kursus smart wang oleh tuan SK!

15-16.6.2015


Alhamdulillah! dapat attend kursus smart wang oleh tuan shamsudin kadir (SK) selama 2 hari ni. eh sound familiar tuan SK? yup, penceramah kewangan yang selalu muncul di tv3, tv al hijrah dan radio. actually, ai pernah usha seminar yang dianjurkan oleh company SK ni, tak sangka pulak tuan SK dah muncul dulu. rezeki. tq opis for the opportunity. hehehe :-)


dalam tempoh 2 hari ni memang insaf betul dengan keadaan kewangan diri sendiri. topik tentang bedah siasat gaji betul2 buat we all tercengang sekejap. mana taknya, ingatkan cash flow bulan2 cukup positif, rupanya negative! tahap negative ribu-raban pulak tu. apahal? point paling penting masa bedah siasat gaji ialah senaraikan semua komitmen bulanan, komitmen tahunan dan yang lain-lain. yang mana tahunan tu macam kos raya, kos maintenance kereta divide by 12 month. pastu senaraikan semua perbelanjaan dalam satu list. buat formula gaji tolak perbelanjaan. amacam negative ke positive status kewangan? insaf kannnn. huhuhu.


tuan SK sangat highlight tentang skim cepat kaya/ pelaburan cepat kaya. tuan SK pesan jagan jadi otak beku. maksudnya, jangan buat keputusan tanpa fikir, dengar je membuta tuli. skim cepat kaya ni ada simptom2 dia contohnya:

bisnes yang sentiasa untung tak akan rugi

bisnes yang tak perlu jual barang walaupun ada barang

benda yang paksa orang buat keputusan serta merta (tempat terhad)

dan lain-lain.

so jangan jadi otak beku, geng!

tuan SK juga share tentang pengalaman beliau ada 4 biji rumah pada usia 24 tahun. pergh nangis dengar beb! hartanah memang cabang pelaburan yang menguntungkan. yang menariknya anak-anak tuan SK pun dah dapat pendedahan tentang pelaburan dari kecil lagi even bapaknya baik hati nak bagi anak capital main kat bursa saham. aptb. tuan SK juga galakkan orang makan gaji ni buat unit trust, tapi kena faham risiko terlebih dahulu. suggest start with minimum RM10K. huhuhu

paling menarik ialah masa bedah siasat ansuran/loan kereta. tuan SK minta kami senaraikan ansuran bulanan kereta dan kos-kos terlibat berkaitan kereta termasuk kos balik kampung, kos maintenance, kos cuci, kos kena saman dll (total kos di bahagi dengan 12 bulan). yang amazingnya, daripada senarai yang disediakan, kos untuk maintenace kereta sebulan adalah bersamaan 1 kali ganda dari kos ansuran kereta. contohnya, kalau pakai kereta MYVI, ansuran RM500, kos untuk maintenance kereta adalah RM500/bulan! phewww!



ini belum masuk bab perjuangan fardu kifayah tuan SK. bersungguh2 beliau ingatkan we all supaya berbelanja raya mengikut sunnah, jangan bertuankan adat. no baju raya, kerusi raya, duit raya, kuih raya dll! kalau belanja ikut sunnah memadai bayar zakat fitrah! adeh part ni memang susah sikit, macam tak feel raya. tapi bak kata tuan SK, tengok berapa jauh sanggup DIE, DIE, DIE dalam pengurusan kewangan!

overall, ai memang super happy dengan seminar 2 hari ni. rasa teruja nak memperbaiki status kewangan yang tenat tu! secara in person, tuan SK ini ada suara yang kuat dan suka terkejutkan orang, tak lokek ilmu, suka bagi idea dan ceramah dia mudah difahami. 



Alhamdulillah, work hard!

0 comment:

Powered by Blogger.