kelas memasak geng putrajaya: cheese tart

13.6.2015

weekend ni plan nak belajar dan mengajar masak dengan zu & nor. ketuk-ketuk pra ramadhan katanya. hehehe. around 12 pm masing-masing dah berkumpul kat rumah ai untuk aktiviti kelas memasak bil 1/2015 (hehe). nor and ai keluar beli barang buat cheese tart, zu kami tinggalkan kat rumah untuk masak lauk lunch- ayam masak lemak cili padi. pheww!

sampai je rumah, lauk lunch dah tersedia. jom makan!


bila dah kenyang dan solat, masa untuk mulakan misi #tartproject!


oleh kerana 2 orang student ni memang kaki ke dapur, senang lah nak soh buat keja. hehe. memang gigih ye kami bertiga membuat kulit tart ni. terlebih tebal ada, nipis ada. huhuhu. 

rupa kulit tart selepas bake. untuk lebih rangup bakar crust lama sikit.


ini pula hasil kreativiti student kelas tart hari ni. macam-macam rupa ada.


apapun kelas #tartproject hari ni berlangsung dengan jayanya. boleh lah rancang untuk kelas memasak bil 2/2015 pulak!

0 comment:

Powered by Blogger.