cheese tart oh cheese tart

14.6.2015

cheese tart adalah kuih favorite sesiapa sahaja. kalau musim raya memang kena buat sebab ada je peminat yang tanya. hahaha. kalau musim tak raya, sesuai sangat buat kuih minum petang. nak buat je yang leceh sikit. al maklumlah shell lagi, filling lagi. tapi jangan risau, sekarang kalau pergi je kedai bakery dah ada dijual shell tart. mudah. tapi rasanya mana nak sama dengan buat sendiri, kan? 

kali ni ai akan share resepi shell tart yang sangat mudah. tapi kalau buat sorang-sorang, mahu makan 2-3 jam lebih nak buat. sabar je lah ye.

Bahan-Bahan Shell Tart

200 gm butter
100 gm gula icing
1/2 tsp esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung biskut/ tepung gandum

Cara Membuatnya

1. Kisar gula icing dan butter hingga sebati
2. Masukkan telur dan esen vanila
3. Masukkan tepung biskut, kacau hingga adunan sebati
4. Guna mould 4.5 cm (atau saiz lain). Cucuk dengan garpu 
5. Bakar pada suhu 160 deg C selama 15 min/ hingga kekuningan

Bahan-Bahan Cream Cheese

500 gm cream cheese Philadelphia
200 gm gula castor
60 gm butter
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
100 gm whipping cream

Cara Membuatnya

1. Pukul cream cheese sehingga lembut
2. Masukkan gula castor dan butter. Adun hingga sebati
3. Masukkan telur, tepung gandum dan whipping cream. Mix hingga sebati
4. Masukkan adunan cream cheese dalam piping bag dan press dalam shell
5. Bakar pada suhu 160 deg C selama 10 min

kaedah menghias cheese tart, supaya lebih yummy!


pipe sedikit jem blueberry


diikuti dengan cream cheese. jangan sampai melimpah!


melorek menggunakan jem blueberry!


sedia untuk dibakar!

0 comment:

Powered by Blogger.