sementara menunggu waktu berbuka

27.6.2015

tahukah kita 10 buah negara yang mempunyai rizab emas terbesar? no 1 US, ada 8133.5 tonnes. phew. 


AA free seat promo!

21.6.2015

godaan apakah ini? free seats AA promo? demm. tanggungjawab menggunakan passport dah 'dihidupkan' 5 tahun atau nafsu travel? hahaha. tepuk dada tanya iman. 


gigih juga cari tiket nak ke Bandung, tapi time asik tak kena dengan harga yang murah tu. sudahnya, cuci mata je lah. thank you promo AA, nanti muncul lagi yeah!

kursus smart wang oleh tuan SK!

15-16.6.2015


Alhamdulillah! dapat attend kursus smart wang oleh tuan shamsudin kadir (SK) selama 2 hari ni. eh sound familiar tuan SK? yup, penceramah kewangan yang selalu muncul di tv3, tv al hijrah dan radio. actually, ai pernah usha seminar yang dianjurkan oleh company SK ni, tak sangka pulak tuan SK dah muncul dulu. rezeki. tq opis for the opportunity. hehehe :-)


dalam tempoh 2 hari ni memang insaf betul dengan keadaan kewangan diri sendiri. topik tentang bedah siasat gaji betul2 buat we all tercengang sekejap. mana taknya, ingatkan cash flow bulan2 cukup positif, rupanya negative! tahap negative ribu-raban pulak tu. apahal? point paling penting masa bedah siasat gaji ialah senaraikan semua komitmen bulanan, komitmen tahunan dan yang lain-lain. yang mana tahunan tu macam kos raya, kos maintenance kereta divide by 12 month. pastu senaraikan semua perbelanjaan dalam satu list. buat formula gaji tolak perbelanjaan. amacam negative ke positive status kewangan? insaf kannnn. huhuhu.


tuan SK sangat highlight tentang skim cepat kaya/ pelaburan cepat kaya. tuan SK pesan jagan jadi otak beku. maksudnya, jangan buat keputusan tanpa fikir, dengar je membuta tuli. skim cepat kaya ni ada simptom2 dia contohnya:

bisnes yang sentiasa untung tak akan rugi

bisnes yang tak perlu jual barang walaupun ada barang

benda yang paksa orang buat keputusan serta merta (tempat terhad)

dan lain-lain.

so jangan jadi otak beku, geng!

tuan SK juga share tentang pengalaman beliau ada 4 biji rumah pada usia 24 tahun. pergh nangis dengar beb! hartanah memang cabang pelaburan yang menguntungkan. yang menariknya anak-anak tuan SK pun dah dapat pendedahan tentang pelaburan dari kecil lagi even bapaknya baik hati nak bagi anak capital main kat bursa saham. aptb. tuan SK juga galakkan orang makan gaji ni buat unit trust, tapi kena faham risiko terlebih dahulu. suggest start with minimum RM10K. huhuhu

paling menarik ialah masa bedah siasat ansuran/loan kereta. tuan SK minta kami senaraikan ansuran bulanan kereta dan kos-kos terlibat berkaitan kereta termasuk kos balik kampung, kos maintenance, kos cuci, kos kena saman dll (total kos di bahagi dengan 12 bulan). yang amazingnya, daripada senarai yang disediakan, kos untuk maintenace kereta sebulan adalah bersamaan 1 kali ganda dari kos ansuran kereta. contohnya, kalau pakai kereta MYVI, ansuran RM500, kos untuk maintenance kereta adalah RM500/bulan! phewww!



ini belum masuk bab perjuangan fardu kifayah tuan SK. bersungguh2 beliau ingatkan we all supaya berbelanja raya mengikut sunnah, jangan bertuankan adat. no baju raya, kerusi raya, duit raya, kuih raya dll! kalau belanja ikut sunnah memadai bayar zakat fitrah! adeh part ni memang susah sikit, macam tak feel raya. tapi bak kata tuan SK, tengok berapa jauh sanggup DIE, DIE, DIE dalam pengurusan kewangan!

overall, ai memang super happy dengan seminar 2 hari ni. rasa teruja nak memperbaiki status kewangan yang tenat tu! secara in person, tuan SK ini ada suara yang kuat dan suka terkejutkan orang, tak lokek ilmu, suka bagi idea dan ceramah dia mudah difahami. 



Alhamdulillah, work hard!

cheese tart oh cheese tart

14.6.2015

cheese tart adalah kuih favorite sesiapa sahaja. kalau musim raya memang kena buat sebab ada je peminat yang tanya. hahaha. kalau musim tak raya, sesuai sangat buat kuih minum petang. nak buat je yang leceh sikit. al maklumlah shell lagi, filling lagi. tapi jangan risau, sekarang kalau pergi je kedai bakery dah ada dijual shell tart. mudah. tapi rasanya mana nak sama dengan buat sendiri, kan? 

kali ni ai akan share resepi shell tart yang sangat mudah. tapi kalau buat sorang-sorang, mahu makan 2-3 jam lebih nak buat. sabar je lah ye.

Bahan-Bahan Shell Tart

200 gm butter
100 gm gula icing
1/2 tsp esen vanila
1 biji telur
420 gm tepung biskut/ tepung gandum

Cara Membuatnya

1. Kisar gula icing dan butter hingga sebati
2. Masukkan telur dan esen vanila
3. Masukkan tepung biskut, kacau hingga adunan sebati
4. Guna mould 4.5 cm (atau saiz lain). Cucuk dengan garpu 
5. Bakar pada suhu 160 deg C selama 15 min/ hingga kekuningan

Bahan-Bahan Cream Cheese

500 gm cream cheese Philadelphia
200 gm gula castor
60 gm butter
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
100 gm whipping cream

Cara Membuatnya

1. Pukul cream cheese sehingga lembut
2. Masukkan gula castor dan butter. Adun hingga sebati
3. Masukkan telur, tepung gandum dan whipping cream. Mix hingga sebati
4. Masukkan adunan cream cheese dalam piping bag dan press dalam shell
5. Bakar pada suhu 160 deg C selama 10 min

kaedah menghias cheese tart, supaya lebih yummy!


pipe sedikit jem blueberry


diikuti dengan cream cheese. jangan sampai melimpah!


melorek menggunakan jem blueberry!


sedia untuk dibakar!

kelas memasak geng putrajaya: cheese tart

13.6.2015

weekend ni plan nak belajar dan mengajar masak dengan zu & nor. ketuk-ketuk pra ramadhan katanya. hehehe. around 12 pm masing-masing dah berkumpul kat rumah ai untuk aktiviti kelas memasak bil 1/2015 (hehe). nor and ai keluar beli barang buat cheese tart, zu kami tinggalkan kat rumah untuk masak lauk lunch- ayam masak lemak cili padi. pheww!

sampai je rumah, lauk lunch dah tersedia. jom makan!


bila dah kenyang dan solat, masa untuk mulakan misi #tartproject!


oleh kerana 2 orang student ni memang kaki ke dapur, senang lah nak soh buat keja. hehe. memang gigih ye kami bertiga membuat kulit tart ni. terlebih tebal ada, nipis ada. huhuhu. 

rupa kulit tart selepas bake. untuk lebih rangup bakar crust lama sikit.


ini pula hasil kreativiti student kelas tart hari ni. macam-macam rupa ada.


apapun kelas #tartproject hari ni berlangsung dengan jayanya. boleh lah rancang untuk kelas memasak bil 2/2015 pulak!

rewang bubur untuk sarapan pagi

10.6.2015

hari ini dalam sejarah. first time masak bubur nasi yang menjadi berkat resepi kak piza 1:5 (beras:air). dek kerana excited, bubur yang dibawa kat opis tertumpah dengan jayanya depan LIF!?? omg, memang termalu sekejap dan kalut cari kakak cleaner. nasib baik ai ada simpan sikit bubur sejuk dalam fridge, itu lah yang mampu dibawa. cukup-cukup untuk rasa je. takpe next time akan masak lagi.

Bahan-bahan Bubur Nasi

Beras 2 cawan
Air 10 cawan
2 kiub ayam Knorr
Hirisan halia
Sedikit garam

tq geng bawa semua lauk pauk untuk sarapan pagi mega sebelum posa ni. hehehe.


pic credit DJ

ma'long and kids

5-8.6.2015

nowadays is no more free time untuk ma'long nak lepak2 or layan tido sebab selalu ada cik-cik yang spot check tengok ma'long buat apa. lebih dahsyat, paksa ma'long tengok dia susun blok kayu dengan tema 'buat rumah ma'long'. phew. thanks Allah for sending us bunch of gifts. walaupun selalu je kena marah dengan ma'long. haish la ma'long, sabar la sikit dengan cik-cik kecik ni. hmm!

now we have the Q-SISTERS trio in the house! Qurratul (Auni), Qila & Qisha! 


meet Nur Qisha Qaisara, the miss sweetie in the house!


Qisha and the very protective Kakak Auni. jangan harap outsider nak pegang adik-adik dia. habis melalak satu rumah, macam adik dah kena culik. LOL.


Qisha and the sweetest Kakak Qila. selalu je kacau adik time adik tido. jeles lah tu bulu mata adik panjang. hehehe :-p


ma'long doakan anak buah ma'long diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang baik dan dengar kata, rajin solat dan baca quran. jangan besar cepat sangat, k! tak puas lagi ma'long buli korang. hehehe.

love! 

misi download vs pending photo book project

5-8.6.2015

antara dilema pembuat photo book tegar dengan Pixajoy ialah bila dah banyak photo book yang publish, timbul sedikit rasa bosan dengan scarp book item, background yang ada dalam editor. maka ai telah beli satu promosi daripada favorite designer HarperFinch kat Etsy, cost me about 25 dolar. kegilaan apakah ini? huhuhu! 

nak dijadikan story, dalam pakej yang dibeli ni ada banyak sangat folder nak kena download>extract. haish la, memang bertahun nak buat semua benda ni. lucky ada cuti rehat, maka ai pulun download folder2 ni. malangnya ada lagi 2 folder besar tak sempat nak download. fuhhh, lenguh tangan. anyway, dah ada 1 folder besar dah siap download, tak sabar nak explore n guna untuk next photo book project. yeay!


sebut pasal photo book project ni, dah lama tak design kan. rindu plak rasanya. pending project pun banyak! jom list satu-satu, ada masa ai siapkan. fuhhh!

2014 year book
Candat Sotong 2014
VM14 Kuching
VM14 Sandakan
VM15 Pulau Mabul
VM15 Pantai Timur
Bangkok Trip
Qila Year Book
Sister-Sister Vol 1

chaiyok! keep calm and let's design a photo book!

my famili di FLORIA 2015

4.6.2015

setiap tahun tanpa gagal, famili mesti nak menyinggah kat floria. oleh kerana parents memang green hands, tanam apa pun menjadi, maka floria memang kena lah! sambil cuci mata tengok bunga-bunga yang cantik, sempat jugak usha pokok apa yang nak dibeli. hobi baru ayah tanam pokok adenium aka kemboja cina. sejak pencen ni macam-macam hobi muncul. takpe lah isi masa lapang kan. cucu kesayangan atok pun follow. aktif, lincah dan kepoh betul 2 orang ni. 

bukti kehadiran di floria 2015! yeay!


tok ayah & qila bersama dengan poney


sisters with rabbit dvs. ma'long rabbit tak nak makan pun carrot ni. adik makan lah! LOL


nak amik gambar tapi nak menyorok. aptb


qila was so afraid dengan orang pasu.


fuhh, 3 jam berjalan sampai auni tertidur sambil berjalan. qila pulak dah minta dukung sebab penat. hahaha. rasakan, nak ikut sangat! tok ayah beli 5 pasu adenium n tok mak beli 1 pokok orkid. dah, jom balik!
Powered by Blogger.