trip VM2015 Pantai Timur: Kuantan, Pahang #part2

1.5.2015


selamat hari pekerja, buat semua yang bergelar pekerja. makan gaji vs tak makan gaji? apa ada hal semua kena kerja untuk teruskan kehidupan kan? okey!? hari ni kami check out agak awal, al-maklumlah ada banyak tempat nak pergi hari ni. sebelum kita mulakan aktiviti, jom pekena menu sarapan pagi di Eda Yasin, Lorong Tanjung Api 12. tempat ni agak famous dengan nasi minyak. masa kami sampai memang berderet orang beratur, kedai pun full house. kami pun gigih beratur!



antara menu pilihan kami ialah nasi minyak dan laksam. harga berpatutan dan rasa pun sedap.



agak2 dah kenyang kami teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Muzium Sungai Lembing. perjalanan dari bandar Kuantan mengambil masa hampir 1 jam. gigih ke tak, nak pergi muzium? hehehe. mengikut sejarah Sungai Lembing merupakan antara kawasan penggalian bijih timah tertua di negara kita. pekan sekitar dihuni majoriti kaum cina, so banyak gerai2 makan cina. tapi ada juga terselit kedai2 kopi melayu. ramai traveller yang datang ke kawasan ni untuk aktiviti hiking Bukit Panaroma, Air Terjun Pelangi dan melawat underground tin mines. 


untuk masuk ke muzium ni kami dikenakan bayaran sebanyak rm2.


di muzium ini, banyak maklumat berkaitan perkembangan awal Sungai Lembing, aktiviti penduduk pada masa itu, aktiviti perlombongan bijih timah dan banyak lagi. kena rajin-rajin membaca ya!




around 11 am kami meneruskan perjalanan ke Sungai Lembing Underground Tin Mines yang terletak berdekatan dengan muzium (bukan walking distance ye). tiket masuk berharga rm30, tapi kebetulan ada diskaun, maka kami bayar half price+gst at rm15.90. 



apa yang menarik kat sini ialah, merasai sendiri pengalaman berada dalam kawasan lombong bijih timah. fyi, lombong bijih timah di Sungai Lembing merupakan lombong bijih timah yang terbesar didunia! hebatkan!


untuk masuk ke kawasan lombong kita akan naik keretapi. tapi hanya dalam beberapa meter sahaja, selebihnya kena jalan kaki. suasana dalam lombong ni, gelap dan menyeramkan (hehehe), tapi sejuk!



ada beberapa kawasan yang terang, so boleh lah menyelit ambil gambar. kat kawasan yang gelap tu, pastikan sentiasa jalan berkumpulan dan pastikan partner sentiasa cukup. sepanjang perjalanan kita akan rasa suasana yang agak sejuk, tapi bukan disebabkan oleh air cond. lubang2 udara telah dibina untuk pengaliran udara keluar masuk. fuhhh.


lubang udara


dipenghujung lorong, ada show berkaitan sejarah lombong Sungai Lembing. kat sini korang boleh tengok keadaan sebenar lombong bijih timah. memang unexpected! macam mana agaknya orang zaman tu bekerja.



ada juga kawasan yang kita boleh experience naik lif- pelombong akan guna lif untuk turun ke tingkat2 kawasan lombong yang ada. lif ni tak bergerak, cuma simulasi je. tapi panas gak lah! 


around pukul 12pm, kami keluar dari kawasan lombong. lega. hihihi. secara jujurnya, memang agak menyeramkan bila dalam lombong tu walaupun ada lampu. kalau yang fobia kawasan gelap dan sempit tu tak payah masuk lah! sepanjang trail lombong ni ada pekerja yang jaga, so kalau ada soalan boleh lah tanya mereka. lombong ni worth to visit, jangan lupa masukkan dalam travel itinerary kalau ada kat Pahang!



memandangkan hari ni jumaat, kawasan ini ditutup sepanjang masa rehat (12.15pm-2.45pm), maka rancang perjalanan korang baik-baik eh! lokasi seterusnya ialah di Jambatan Gantung Kolong Pahat, tempat ni tak jauh dari lombong bijih timah. hmm, tak pasti kenapa tempat ni terkenal, tapi yang pasti ada jambatan gantung yang tinggi! ai tak dapat nak explore jambatan gantung sampai hujung sebab DJ and irma gayat. hihihi.



dah penat berjalan dan posing, kami pulang ke Kuantan untuk makan! tak sah kalau ke Pahang kalau tak makan masak tempoyak ikan patin. sejak ai termakan ikan patin kat kedai sha @ Dapur Koi, dah jatuh cinta pulak kat masakan ni. hehehe. 


lokasi lunch kami di Restoran Akob Patin House di Lorong Haji Abdul Rahman 1. menu ikan patin mas masak tempoyak kaww. masa kami sampai kedai agak penuh, siap nasi pun habis! hehehe :-) kat sini kami janji ngan nuurul n husband untuk lunch together. 



kami punya lah confident mintak kuah lebih, konon-konon nak hirup, tapi tak mampu melawan kepedasannya! hahaha. baru betul2 kawww!


untuk desert ada tapai pulut dan puding raja (manis ya ampun!)



pergh memang kenyang dibuatnya. harga pun berpatutan, tak memeranjatkan poket kami pun! seterusnya kami ke Taman Gelora. untuk apa? misi jejak kasih DJ kat tempat belajar lama dan hunting karipap gergasi. 


tak dapat dipastikan sama ada karipap ni sama dengan zaman belajar DJ, tapi rasanya memang sedap. walaupun kulit besar inti pun banyak. tak sia2 tapau karipap gergasi Taman Gelora :-)


pergh, perjalanan yang sangat mengenyangkan! hahaha. now kami meneruskan perjalanan ke negeri Pantai Timur kedua iaitu Terengganu kite. hehehe. malam ni kami janji ngan sarah untuk dinner kat rumah beliau. di pertengahan jalan kami singgah beli sata dan otak-otak. bau nya punyalah menyegat dalam keta, tapi masing2 tak larat nak makan. amik bau je.


DJ inform ada pantai yang cantik untuk singgah. apa lagi singgah sebentar di Pantai Kemasik! memang diketahui umum, Terengganu banyak pulau-pulau yang cantik, tapi Pantai Kemasik ni just awesome. ingatkan ala-ala PD je, tapi view dia cantik kot! terubat rindu kat Pulau Mabul. eh.




agak2 dah letih feeling ombak rindu, kami teruskan perjalanan ke rumah sarah. langkah kanan betul, bila sarah masak dinner yang marvelous. kami main2 je soh sarah masak dinner. hihihi. tapi ni lah rezeki, beria-ia kami makan dengan jayanya. tq sarah, lain kali boleh masak lagi. hihihi.



memang susah nak minta diri dari rumah sarah, nasib baik dah book bilik kalau tak mau menginap kat rumah sarah huhu. around 10pm kami bergerak ke lokasi tempat tidur malam ni, Rumah Tumpangan Mak Teh di Chendering. macam familiar je kan? biasa nak candat sotong je bermalam sini, tapi memandangkan hotel2 kat KT fully book terpaksa cari alternatif! phew. wow, hari yang amat memenatkan dan berjaya merentasi 2 negeri Pantai Timur. masing-masing dah letih dan kenyang, masa untuk bersihkan diri dan tidur!

0 comment:

Powered by Blogger.