trip VM2015 Pantai Timur: Kuala Terengganu, Terengganu #part3

2.5.2015


selamat pagi Terengganu kite! surprise bila dok kat Rumah Tumpangan Mak Teh ni, terpampang gambar group candat kami yang lepas. glamer tau tak?! hahaha. Pok Ya punya keja lah ni!


breakfast kat mana kita hari ni? dengar khabar ada tempat makan famous kat Chendering ni iaitu Mak Ngah Nasi Dagang. ramai orang masa kami sampai. kesilapan utama kami kat sini ialah, pergi rajin beratur kat tempat orang nak tapau nasi dagang. memang takde signage clear kat kedai ni, nak kena beratur or kena duduk? sia-sia kena ambush ngan kakak tapau. 


kedai ni agak ramai ngan local dan orang luar. seriously ramai! oleh kerana keadaan yang agak sesak, kami dapat lihat kekecohan orang2 kedai nak deal ngan orang yang makan n tapau. fuhhh. kelam kabut. food dia biasa je, lagi sedap nasi minyak/dagang depan RT Mak Teh, port breakfast makan lepas balik candat!



selesai breakfast, kami meneruskan perjalanan ke rumah/lokasi zoul harun nikah. kami bergabung dengan Sue untuk ke majlis nikah ni, classmate gathering sangat! plan ni dah masuk dalam travel itinerary, maka masing2 sarung baju kurung untuk amik berkat majlis nikah zoul. hehehe. apapun, tahniah kepada zoul dan isteri, semoga perkahwinan ini diberkati dan semoga suksess melayari alam rumah tangga. yeah, kami akan menyusul jejak langkah mu abang long! hahaha.



lokasi dan misi seterusnya ialah membeli kopok lekor tok beng aka BTB. dipercayai kopok lekor ni yang tersedap dan mantap! kat sini ada dijual keropok leko cheese ball, wajib beli kalau singgah. sedap hingga menjilat jari hehehe.

 

untuk sesi lunch di Kuala Terengganu, kami singgah di Matt Ori Exclusive (MOE) Cafe. masa kami sampai kedai agak lengang dan produk ayam not available. tak tau kenapa. so ai order float dan roti bakar. geng lain cuba menu burger n mi ladna. sedap!


 



dah kenyang makan, kami meneruskan perjalanan ke Chinatown di KT. ada banyak mural yang menarik, sempat kami posing mana-mana yang patut, walaupun panas membahang di KT! phew!

 
 



next kami teruskan perjalanan ke Masjid Kristal. at first, kami rancang untuk masuk ke Taman Tamadun Islam, tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan plan ni terpaksa ditangguhkan. so, posing kat sekitar Masjid Kristal je lah. kali pertama ai jejak kaki kat sini dan rasa amat kagum sebab masjid ni sangat unik. cantik!



tak lengkap syarat kalau berada kat Terengganu kalau tak makan celup tepung. haaaa, agak2 kalau time cuti sekolah, ramai ke tak? memang haru! ramai orang, jalan jam, makanan pun banyak habis! huhuhu. tapi dah tersurat rezeki kami, walaupun gigih beratur kat 2 kedai, tetap dapat food yang diingini, makan sampai licin dan puas hati. Alhamdulillah.




fuhhh, masing2 dah terasa kekenyangan dan keletihan. kami meneruskan perjalanan ke negeri Pantai Timur ketiga iaitu Kelantan. di pertengahan jalan kami berpisah dengan Sue. pheww, jauh perjalanan nak ke Kelantan ni rupanya, namun kami tetap gigih. fuhhh. akhirnya at 12am kami sampai kat hotel di Menara One Hotel, Kampung Kweng Dollah. bilik yang sangat selesa tapi ada surprise lipas! hahaha.



tapi malam kami belum berakhir, boleh pulak nak melawat Wakaf Che Yeh. hahaha. masa kami sampai ada banyak kedai yang masih beroperasi, kat sini je dah habis beratus rembat tudung. aptb! kaki shopping betul!!! agak2 dah kol 2.30am, kedai pun dah nak tutup kami pun balik hotel. apa lagi mandi, borak dan tido!

p/s: keropok leko, kami tumpang kat peti ais hotel. yeay!

2 comment:

Aisyah Sofea said...

Kalau datang lagi ke Terengganu try keropok lekor Kelulut 008. Yg ni sy rasa paling best pernah jumpa. Lokasi sebelah Caltex pantai Kelulut (Marang).

Asilah Kassim said...

Yang tu memang tersedap

Powered by Blogger.