trip VM2015 Pantai Timur: Kota Bharu, Kelantan #part4

3.5.2015


gigih betul nak bangun pagi hari ni dek penangan shopping kat wakaf che yeh. apapun, hidup mesti diteruskan! jom kita check out dan cari makan! hahaha.


breakfast kali ni di Kopitiam Kita. tempat famous juga kat Kelantan ni. as usual, kedai makan yang famous mesti ramai orang dan kena beratur panjang untuk makan! konsepnya, kat kopitiam ni, ada banyak bungkusan nasi lemak dari kedai2 famous di Kelantan dan ada menu special iaitu roti titab. 


ai makan nasi berlauk ayam goreng dan roti titab yang super awesome. *rugi order satu, malas nak beratur semula* ada banyak jenis roti titab tapi yang ni paling sedap dan mantap.
 

dah kenyang breakfast, kami teruskan perjalanan ke Pasar Siti Khadijah. kalau dah sampai sini kena lah shopping tudung, kain pasang dan kemeja. nasib masing-masing bawa belanja yang terhad, selamat poket.




dah penat shopping, kami singgah posing kat Menara Rehal. matahari memang tengah terik, so masing2 tak nak berpanasan lama-lama.


misi lunch hari ni ialah misi jejak kasih untuk irma. dah lama tak makan nasi abang mi katanya. so, here we go! sampai2 ramai jugak yang beratur, apa nak buat, join the queue dan dapatkan nasi abang mi!



konsepnya ala-ala nasi campur, tapi ayam goreng abang mi paling sedap. awesome! patutlah irma teringat-ingat.


dah kenyang lunch kami return balik ke hotel untuk collect kopok leko. nasib baik tak tinggal, kalau tak nangis! dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Puan Natrah kak long kawasan. hehehehe.

 

tepat jam 4pm kami meneruskan perjalanan pulang. perjalanan pulang melalui Gua Musang adalah sangat scary. patut irma beria-ia ingatkan supaya gerak awal. melalui kawasan Kuala Krai, jelas kesan banjir masih ada. rumah2 yang terkesan dek banjir, masih dihuni memandangkan tiada alternatif lain. huhuhu. sedih betul.



jalan agak slow kerana jalan yang agak menakutkan. pergh memang pengalaman betul lah lalu kat kawasan bukit tujuh ni, berbukit dan gelap! bahaya kot! kereta pulak masing2 tak sabar, asik nak memotong je. hmmm. kami singgah di r&r gua musang untuk dinner.



ingatkan ketakutan drive dah berakhir, rupanya ada lagi jalan yang adventure. merapoh kalau tak silap nama tempat. memang tabik spring lah kat orang kelatan yang balik kampung sokmo. kawe ngeri kot lalu jalan2 ni. huhuhu. ada satu part tu lori pun gigih nak memotong, hampir nak kena kereta kami. iskh laaaa. around 1.30am, kami selamat sampai di rumah irma. Alhamdulillah, syukur! DJ ngai meneruskan perjalanan kami ke rumah masing2. phew.

Alhamdulillah, suksess trip VM2015 edisi Pantai Timur. banyak tempat makan n tempat menarik yang kami terjah. tq kepada kawan2 yang menjamu dan menghabiskan masa bersama kami. tq gak kepada DJ n irma yang bawa kereta degan penuh hati2 dan berhemah. yeay!

0 comment:

Powered by Blogger.