trip Bangkok: plan & hari ini dalam sejarah

15.5.2015

yahuuu! let's go for oversea trip. kali ni usha dekat2 je- Bangkok (BKK), Thailand! geng travel anis & emel (tunggu kat BKK!) kami buat plan nak ke BKK masa kami tengah chill kat Mabul. travel tanpa sempadan katanya, tak sedar budget dah tipis. apapun, travel tetap travel! beli tiket, study, buat itinerary dan tup terpacak kat airport.


hari pergi airport memang lemau sikit, rasa cam ngantuk sangat-sangat dan hari clumsy sedunia. mana tak nya, nak pergi KLIA2 tapi dok tunggu erl arah KL Sentral. bila tersedar dari lamunan, lari lintang pukang kejar train. fuhhh, mengah! sampai KLIA2, masa tengah masukkan barang2 dalam beg (barang=stok makanan beli kat P.Sentral), boleh plak terkeluarkan purse dari beg, dan paling haru boleh nak tinggalkan purse kat bench. apahal kan?! tidak kisah tidak fokus belum berakhir!


at 6.30pm rasa lapar so, masa untuk makan kfc. dah siap makan, boleh plak rasa nak tertidur. around 7.30pm cari surau pastu lepak depan kk sambil tunggu anis. kol 8pm anis call kata dia dah sampai kat KLIA2. kitaorang jumpa dalam kol 8.10pm. borak jap, dalam kepala dok ingat gate buka kol 8.50pm. dalam kol 8.20pm gerak pi gate P. SERIUS GATE NI JAUH GILA. dah la international ni banyak pulak pemeriksaan. demm. masa ni tak perasan lagi boarding pass kata gate tutup 8.30pm, none of us check time, confident kan. sampai kat gate kol 8.40pm, heran awat muka indon je yang tinggal? sekali stewardess tu kata SORRY, GATE DAH TUTUP. TAK BOLEH NAIK LAGI. KENAPA LAMBAT KAN GATE BUKA 8.10PM? masa ni baru terbangun dari mimpi. dah tertinggal flight rupanya. nak sedih ke nak gelak. anis macam nak nangis dan muka frust gila, ai accept je, REDHA katanya. salah sendiri. 

kejadian terlepas flight, hari ni dalam sejarah!

kesilapan utama ialah tak fokus. dah berkali2 tengok boarding pass tapi macam tak alert ngan masa, yang dok ingat tunggu anis sampai. ai pun tak masuk awal, coz boarding pass anis ada kat ai (lain kali sendiri kena pegang boarding pass sendiri!). anis keep salahkan ai sebab tak alert, dia kata selalu ai akan alert ngan masa2 ni tapi nak pi BKK ni cam tak berapa alert. yup memang ai tak fokus, tapi unfair lah nak kena blame. sebab kalau perasan pun sure tak sempat nak kejar 8.30pm gate tutup, dah lah 2 kali kena tahan kat kastam coz anis bawa makanan dalam tin :-p so, kena keluar balik dari kawasan gate tu. masa patah balik tu, officer macam biasa je ngan kes tinggal flight ni. xde tanya pape. cuma kena declare tak jadi keluar Malaysia je kat kaunter imigresen.



so, kami decide nak teruskan pi BKK atau tak? lama jugak fikir akhirnya kami agree beli tiket baru fight esok! mahal beb! tapi tutup mata je lah bayar. huhuhu. plan seterusnya cari makanan dan tempat lepak (tidur) kat KLIA2. masa nak cari port tidur, ai teringat last time ada satu level yang ramai orang lepak kat situ. bila jumpa, ada orang info sekarang dah tak boleh lepak lagi. cari punya cari akhirnya kami jumpa port yang ala-ala sesuai. tempat ni dekat ngan surau kat tempat menunggu international. ala ramai orang tido kat sini, so takde hal, cuma kami pilih tempat tersorok sikit. so, masa untuk tidur. masing2 pun dah cool down dan redha kena bayar double nak pi BKK ni. anggap ada hikmah disebalik kejadian. who knows, kalau kami sampai malam2 kat BKK tu ada kejadian bahaya ke, kan? cerita tidur kat KLIA2 ni pun satu hal. susah gak nak tidur, atas lantai kan. pastu ada pulak abang2 polis dok lepak kat sini, nasib tak lama. tapi STILL susah nak tidur. ai asyik terjaga sebab fobia tertinggal flight lagi. ahahaha. 


finally, masa untuk terbang. kami bangun dan masuk gate agak awal. nasib baik pagi ni dapat gate yang dekat. syukur. yang bestnya ada surau berdekatan, so takde lah miss subuh. huhuhu :-) perjalanan ke BKK mengambil masa 2 jam, tapi yang bestnya masa kat sana lambat 1 jam dari Malaysia. Alhamdulillah, after all(s) drama, we finally arrive at BKK! forget the past, and let's create the memories!

p/s: anis jangan marah kena kutuk eh. kena catat emosi untuk gelak kemudian hari. peace :-p

0 comment:

Powered by Blogger.