Kek Batik in the house!

26.5.2015

kek batik adalah dessert yang paling mudah untuk sediakan. no bake dessert. bila rasa teringin nak makan, boleh terus buat tanpa fikir panjang. resepi ni ai dapat dari internet. rasanya memang tip top. hihihi. 

RESEPI

Bahan-bahan

2 cawan MILO
2 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat 
1 buku buttercup
1 paket biskut marie

Cara penyediaan

1. Cairkan buttercup atas api sederhana
2. Masukkan susu pekat. Adjust kemanisan mengikut kesesuaian
3. Masukkan serbuk MILO dan koko. Kacau hingga rata
4. Padamkan api. Masukkan biskut marie. Gaul hingga rata
5. Tuang adunan dalam loyang, ratakan adunan menggunakan sudu
6. Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
7. Sedia untuk dimakan!

  

 






0 comment:

Powered by Blogger.