beli pokok roselle di #floria2015

31.5.2015

penat berjalan kat #floria2015 mestilah ada hasil tangkapan kan? dek terpengaruh dengan zu & nor yang beli pokok buah, ai pun nak beli juga. dah lama nak cari pokok roselle ni, akhirnya jumpa jugak! harap-harap pokok ni bertahan hidup sebelum parents datang next week! please survive roselle!

harga 2 pokok, rm15!



bunga-bungaan di #floria2015

31.5.2015

tertawan betul tengok bunga-bunga yang berkembang mekar di #floria2015! colorful dan wangi. sesuai dengan tema lily, banyak bunga lily yang berwarna-warni dapat dilihat. ada juga yang dah layu sebab panas sangat kot?!

Lily







Orkid












Roses






Lain-lain






Kek Batik in the house!

26.5.2015

kek batik adalah dessert yang paling mudah untuk sediakan. no bake dessert. bila rasa teringin nak makan, boleh terus buat tanpa fikir panjang. resepi ni ai dapat dari internet. rasanya memang tip top. hihihi. 

RESEPI

Bahan-bahan

2 cawan MILO
2 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat 
1 buku buttercup
1 paket biskut marie

Cara penyediaan

1. Cairkan buttercup atas api sederhana
2. Masukkan susu pekat. Adjust kemanisan mengikut kesesuaian
3. Masukkan serbuk MILO dan koko. Kacau hingga rata
4. Padamkan api. Masukkan biskut marie. Gaul hingga rata
5. Tuang adunan dalam loyang, ratakan adunan menggunakan sudu
6. Biarkan sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
7. Sedia untuk dimakan!

  

 






trip Bangkok: plan & hari ini dalam sejarah

15.5.2015

yahuuu! let's go for oversea trip. kali ni usha dekat2 je- Bangkok (BKK), Thailand! geng travel anis & emel (tunggu kat BKK!) kami buat plan nak ke BKK masa kami tengah chill kat Mabul. travel tanpa sempadan katanya, tak sedar budget dah tipis. apapun, travel tetap travel! beli tiket, study, buat itinerary dan tup terpacak kat airport.


hari pergi airport memang lemau sikit, rasa cam ngantuk sangat-sangat dan hari clumsy sedunia. mana tak nya, nak pergi KLIA2 tapi dok tunggu erl arah KL Sentral. bila tersedar dari lamunan, lari lintang pukang kejar train. fuhhh, mengah! sampai KLIA2, masa tengah masukkan barang2 dalam beg (barang=stok makanan beli kat P.Sentral), boleh plak terkeluarkan purse dari beg, dan paling haru boleh nak tinggalkan purse kat bench. apahal kan?! tidak kisah tidak fokus belum berakhir!


at 6.30pm rasa lapar so, masa untuk makan kfc. dah siap makan, boleh plak rasa nak tertidur. around 7.30pm cari surau pastu lepak depan kk sambil tunggu anis. kol 8pm anis call kata dia dah sampai kat KLIA2. kitaorang jumpa dalam kol 8.10pm. borak jap, dalam kepala dok ingat gate buka kol 8.50pm. dalam kol 8.20pm gerak pi gate P. SERIUS GATE NI JAUH GILA. dah la international ni banyak pulak pemeriksaan. demm. masa ni tak perasan lagi boarding pass kata gate tutup 8.30pm, none of us check time, confident kan. sampai kat gate kol 8.40pm, heran awat muka indon je yang tinggal? sekali stewardess tu kata SORRY, GATE DAH TUTUP. TAK BOLEH NAIK LAGI. KENAPA LAMBAT KAN GATE BUKA 8.10PM? masa ni baru terbangun dari mimpi. dah tertinggal flight rupanya. nak sedih ke nak gelak. anis macam nak nangis dan muka frust gila, ai accept je, REDHA katanya. salah sendiri. 

kejadian terlepas flight, hari ni dalam sejarah!

kesilapan utama ialah tak fokus. dah berkali2 tengok boarding pass tapi macam tak alert ngan masa, yang dok ingat tunggu anis sampai. ai pun tak masuk awal, coz boarding pass anis ada kat ai (lain kali sendiri kena pegang boarding pass sendiri!). anis keep salahkan ai sebab tak alert, dia kata selalu ai akan alert ngan masa2 ni tapi nak pi BKK ni cam tak berapa alert. yup memang ai tak fokus, tapi unfair lah nak kena blame. sebab kalau perasan pun sure tak sempat nak kejar 8.30pm gate tutup, dah lah 2 kali kena tahan kat kastam coz anis bawa makanan dalam tin :-p so, kena keluar balik dari kawasan gate tu. masa patah balik tu, officer macam biasa je ngan kes tinggal flight ni. xde tanya pape. cuma kena declare tak jadi keluar Malaysia je kat kaunter imigresen.



so, kami decide nak teruskan pi BKK atau tak? lama jugak fikir akhirnya kami agree beli tiket baru fight esok! mahal beb! tapi tutup mata je lah bayar. huhuhu. plan seterusnya cari makanan dan tempat lepak (tidur) kat KLIA2. masa nak cari port tidur, ai teringat last time ada satu level yang ramai orang lepak kat situ. bila jumpa, ada orang info sekarang dah tak boleh lepak lagi. cari punya cari akhirnya kami jumpa port yang ala-ala sesuai. tempat ni dekat ngan surau kat tempat menunggu international. ala ramai orang tido kat sini, so takde hal, cuma kami pilih tempat tersorok sikit. so, masa untuk tidur. masing2 pun dah cool down dan redha kena bayar double nak pi BKK ni. anggap ada hikmah disebalik kejadian. who knows, kalau kami sampai malam2 kat BKK tu ada kejadian bahaya ke, kan? cerita tidur kat KLIA2 ni pun satu hal. susah gak nak tidur, atas lantai kan. pastu ada pulak abang2 polis dok lepak kat sini, nasib tak lama. tapi STILL susah nak tidur. ai asyik terjaga sebab fobia tertinggal flight lagi. ahahaha. 


finally, masa untuk terbang. kami bangun dan masuk gate agak awal. nasib baik pagi ni dapat gate yang dekat. syukur. yang bestnya ada surau berdekatan, so takde lah miss subuh. huhuhu :-) perjalanan ke BKK mengambil masa 2 jam, tapi yang bestnya masa kat sana lambat 1 jam dari Malaysia. Alhamdulillah, after all(s) drama, we finally arrive at BKK! forget the past, and let's create the memories!

p/s: anis jangan marah kena kutuk eh. kena catat emosi untuk gelak kemudian hari. peace :-p

perhimpunan hari pekerja & hari jururawat

14.5.2015

selamat hari pekerja dan hari jururawat! hari ni perhimpunan agak special, sebab seat dipenuhi dengan jururawat! kadang-kadang hati ada kecut tengok jururawat sebab teringat hospital. hehehe. apapun dikesempatan ini, ai ingin ucapkan terima kasih kepada jururawat yang tidak pernah bersungut dengan tugas tak kira pagi atau malam. semoga sentiasa diberi kekuatan, kesungguhan dan dedikasi dalam menjalan tugas harian!

chaiyo!



cik auni masuk hospital!

8.5.2015

bila ayah text inform yang kakak auni masuk hospital sebab jangkitan kuman pada paru-paru, phew! macam nak pengsan ma'long baca text! the very over reacting ma'long. google segala benda yang boleh dibaca. ayah kata auni ada blockage pada saluran pernafasan dia due tu kahak dari batuk yang dia tak berjaya keluarkan. kanak-kanak memang susah nak buat kerja ni. keluarkan kahak bila batuk. hmmm. so, dia ada masalah pernafasan, kadang2 macam susah nak bernafas! poor little girl! mula-mula hantar check kat kk, tup2 doktor kat kk suruh hantar pergi hospital tanjung karang, naik ambulans! wow tak pernah lagi dalam family naik ambulans. huhuhu.



atuk ayah belanja kakak auni makan kfc, nak bagi kakak auni kurang stress (or atuk ayah yang stress?) atuk mak ambik giliran jaga kakak auni malam ni. kawan-kawan sebelah katil semua sakit terbaring, demam due to denggi. kakak auni still boleh buat concert dalam ward sebab boring. huhuhu. 


the next day, masa ma'long pergi lawat kakak auni, seriously macam nak nangis! huhuhu. even mak long pun tak pernah cucuk water drip tu. perghhh, sakit auni kata. i was like, errr tahan sikit, kakak auni kan dah besar! sebenarnya ma'long tak tahu nak cakap apa sebab kalau ma'long yang kena mesti sakit gak. lol. hari ni mama datang bawa adik baby, tapi nurse tak bagi adik baby duduk lama2 dalam ward, so ma'long kena jaga adik baby. mama temankan kakak auni. dah habis waktu melawat, kami kena balik. ma'long nampak kakak auni macam tahan nangis. you're so strong! malam ni turn papa jaga kakak auni. we hardly pray that you can discharge soon!

Alhamdulillah, hari ketiga kakak auni kat ward, doktor benarkan kakak auni balik! good news for everyone! Alhamdulillah!! 
Powered by Blogger.