trip pulau:Hello2! Pulau Mabul, Semporna day 2 #part3

11.4.2015


sambungan entri trip pulau #part2

hari ni bangun dengan rasa yang sangat teruja dan happy! yeah, trip to Pulau Mabul! kami diarahkan berkumpul depan office at 7am. mula2 ingatkan nak kena travel by boat dari depan office rupanya naik van daaa.
 


lebih kurang 1 jam perjalanan dengan van, barulah kami ke Pulau Mabul naik bot! perjalanan dengan bot agak tragik sebab arus kuat dan perjalanan pun agak jauh. sepanjang perjalanan boleh tengok warna air yang berubah2. mengikut kata Amin, kalau air warna biru cerah maksudnya tak berapa dalam, kalau biru gelap maksudnya sangat dalam! huhuhu. 



around 9am, kami sampai di resort Mabul Backpackers! kagumnya dengan view Pulau Mabul ni, air dia jernih emerald blue green. terpukau sekejap! cantik betul! masa ni masing2 dah teruja!
 


selesai urusan check in dan breakfast, Along bagi taklimat ringkas mengenai tentatif program, safety measures dan cara penggunaan peralatan. selama ni dok snorkeling memang zero information, tak sangka dapat ilmu snorkeling hari ni. Along kata:

# kalau nak pastikan snorkel bersih dan clear, ludah pada glass snorkel, bilas dalam air laut dan hasilnya clear view!

# kalau kaki terpijak landak laut, guna urea sendiri dan sapu pada tempat terkena tusukan duri landak laut

itu adalah antara tips Along eh. hihihi


sebelum nak snorkeling, step pertama adalah water confident training. memandangkan resort ni floating atas air, maka tempat training betul2 bawah resort. awesome! masa sesi water confident air dalam ketinggian 8-10 kaki dalam. phew. ai dah lama tak snorkeling, ada jugak lah rasa takut weh. tapi memandangkan geng masing2 dah terjun masuk air, apa lagi terpaksalah menyusul! hahaha. hilang rasa freak kat air weh! Along bawa kami snorkeling kat area coral garden. cantik sangat!



duyong anis tengah menikmati laut Pulau Mabul. awesome! air kat Pulau Mabul ni agak masin dari laut2 yang biasa, so agak senang untuk floating. masa kami training water confident memang tak pakai life jacket pun! confident lah katakan!


untuk rekod, kali pertama ai tengok tapak sulaiman ialah di Pulau Mabul! kesian kan, tapi excited betul! kat Pulau Mabul ni, tapak sulaiman warna warni dan bersepah2 kat dasar laut. apakah?? bila ai post gambar ni kat fb, ramai yang kata ni gambar photoshop. hehehe. ini real weh!!





dah selesai sesi water confident, masa untuk lunch! dalam pakej memang dah disediakan makanan, tapi kalau teringin nak makan fresh seafood, boleh dapatkan dari pala'u yang akan singgah ke setiap resort untuk jual beli ikan/ seafood. lunch kami hari ni diserikan dengan ketam! hahaha, sedap weh! isi ketam yang padat dan rasa yang yummy!



dah kenyang makan, masa untuk rehat dan solat! around 2.30pm masa untuk sesi snorkeling! memandangkan geng kami takde sesi snorkeling, maka kami plan untuk join 2 dari 3 sesi snorkeling. setiap sesi kena add rm50! tapi Along baik hati, offer kami 3 sesi snorkeling for rm100! hahaha, apa lagi, terus setuju lah. rezeki kan!



tempat snorkeling petang ni adalah di area lobster wall. area ni sempadan antara kawasan cetek ke kawasan dalam. first time ai turun, arus terus tolak ke kawasan laut dalam! serius gelap, apa pun tak nampak. lepas tu start menggelabah, hahaha. panik okey, nasib pakai life jacket! hilang semua skill water confident! tak lama lepas tu boatman terus panggil naik bot sebab arus kuat, bahaya kalau snorkeling. phew! 


boatman teruskan usaha mencari kawasan yang agak selamat untuk kami snorkeling. Alhamdulillah, ada kawasan yang arus agak terkawal dan masa untuk terjun! masa ni ai dah confident sikit, lagi happy bila nampak ikan2, coral dan tapak sulaiman. tapi tak berani nak pergi jauh. cukup sejam, masa untuk kembali ke daratan! wow, awesome experience! memang menarik dan mengagumkan!


setelah penat snorkeling, masa untuk berehat sebentar. fyi, kat Pulau Mabul ni esp kat resort ni, memang tiada bekalan elektrik dari 8am-6pm. panas memang panas, tapi bila letih tak sempat nak fikir semua tu.

aktiviti petang di Pulau Mabul ialah jalan-jalan sekitar pulau! yeay! around 5.30pm, kami dah ready untuk follow Along ronda kawasan sekitar! transport tidak diperlukan, memadai kaki yang sasa. hehehe.


kat Pulau Mabul ni banyak resort yang mahal-mahal boleh didiami. tapi budget pun kena tinggi lah. kami cuci mata je lah tengok depa yang kulit putih dok resort mahal2 ni.



ada hati nak posing gaya adik-adik 20 an. hahaha


antara tempat yang paling mahal kat Pulau Mabul ni ialah Mabul Water Bunglow Resort. mengikut kata Along, artis n vip macam Siti Nurhaliza, Shah Rukh Khan n Angelina Jolie pernah duduk kat resort ni. resort ni ada heli pad tau, tak payah susah2 nak naik bot. ceyyyy. kami tumpang posing je lah!



agak2 hari dah gelap, kami patah balik ke resort. letih gak berjalan keliling pulau ni. nasib baik sampai resort bekalan elektrik dah ada. hihihi. masa untuk mandi dan bersiap untuk makan! cerita tentang mandi, memang menyayat hati gak lah. memandangkan kami ditempatkan di sharing bathroom, memang sadis rupa bathroom nya eh. kadang2 ada banyak bau yang tidak menyenangkan. memang nak marah gak lah. huhuhu. pastu kalau mandi, jangan harap feeling macam mandi air paip biasa ye. korang akan mandi air laut yang masin, hasilnya badan korang akan melekit2. untuk pastikan badan korang selesa sikit especially untuk tido, sila bawa wet tissue yang banyak. maybe this tips can help :-)


malam ni kami takde makanan extra special. huhu. tapi kenyang makan lauk yang disediakan. serius kelaparan. huhu. malam kat Pulau Mabul ni agak hening dari biasa, baru pukul 9pm, dah macam feeling 1am! adoi kakak2 memang tak larat nak layan aktiviti adik2 kat platform, maka kakak2 masuk tido awal! esok ada mission menanti sunrise :-p

Alhamdulillah, for a great n awesome day. tapi part snorkeling kat area lobster wall tu memang tak dapat dilupakan! seram!

0 comment:

Powered by Blogger.