trip pulau: selamat datang ke Semporna day 1 #part2

10.4.2015

sambungan entri trip pulau #part1

perjalanan dari airport ke Pasar Tanjung Tawau (PTT) & Pasar Ikan Tawau (PIT) mengambil masa lebih kurang 45min. sampai je kat sini Along bagi masa unuk kami shopping. macam2 ada kat PTT ni, tapi ai hanya beli ikan bilis n udang kering. 




di PIT, kami surprised habis. harga ikan murah-murah dan banyak variety. ada juga ikan yang berwarna. huhuhu. sayangnya, ikan2 yang segar kat sini hanya dapat dilihat. sotong pun segar dan murah gila, rm5/kg. Anis frust habis tengok sotong2 tu. takpe ada rezeki nak makan ikan fresh kat Mabul nanti. fuhhh.



sementara menunggu geng lain shopping, Along borak2 pasal Wilayah Tawau. Along kata Wilayah Tawau ni terdiri dari daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu. kawasan2 ni majoriti adalah Melayu. so kalau ada kat kawasan ni tak perlu risau tentang food dan nak cari surau/masjid. ada jugak along cerita tentang culture n heritage tapi yang paling menarik tentang pala'u. mengikut kata Along, pala'u ni adalah orang asli laut/sea gypsy yang tiada nationality. hidup mati dia semua kat laut dan dilindungi oleh UNHCR. 

akhirnya, around 3pm, kami teruskan perjalanan ke Semporna. dipertengahan jalan kami telah bergabung dengan 2nd group ke Mabul. 


perjalanan ke Semporna mengambil masa 1 jam 30 min melalui rumah2 kampung dan ladang kelapa sawit. untuk masuk ke kawasan Semporna ada pemeriksaan polis (handsome), so jangan nak buat muka takut. huhuhu. mengikut itinerary, hari ni group kami akan bermalan di Dragon Inn Floating Resort, Semporna. 

selamat datang ke Dragon Inn Floating Resort! yeay!


fyi, kami amik tour kami kali ni dengan Mabul Backpackers. abang Dini aka Along adalah orang yang responsible untuk uruskan kami sepanjang kami ada di Pulau Mabul nanti. ohsemmm! as usual kami kena isi borang2 berkaitan sebelum dibenarkan untuk check in bilik. yeay!



hehehe. muka excited masing-masing! air kat sini pun clear, macam mana agaknya air di Pulau Mabul ye?!


separuh jiwa dah tak sabar2 nak sampai Pulau Mabul, tapi night at Dragon Inn pun memang mengujakan! resort atas air kot! ini rare!




masuk je bilik, terus kagum! memang cantik, unik dan kemas. patutlah Dragon Inn dinamakan sebagai antara resort yang terbaik n terkenal kat Semporna ni :-) tidur pasti akan lena. air cond pun ada tau!


 

so masa untuk rehat dan regangkan kaki. around 7pm masa untuk cari makan. memandangkan group kami tak join full package, kami tak join welcome dinner. kebetulan masa kami nak keluar, Along n Amin (husband Dini) nak keluar ke Giant beli barang, maka kami tumpang sekaki naik kereta. actually boleh je nak jalan kaki sebab dekat je Giant/tempat makan dengan resort. untuk info, kalau nak withdraw duit pastikan korang buat awal2 ye sebab nak cari bank kat kawasan ni kena jalan agak jauh dan kawasan sekitar agak gelap. jangan jadi macam kami, gigih berjalan cari bank guna gps :-p

dah letih berjalan, jom kita makan di Ocean Treasure Live Seafood Restaurant!


actually kedai ni Along yang suggest n welcome dinner pun buat kat sini gak. Along ada offer untuk join sekaki welcome dinner dengan caj rm30, tapi kami nak makan asing. maklumlah banyak gosip nak catch up kan?! hihi. so, jom pilih haiwan untuk dimasak! ya, pilih yang ada kat akuarium ni. hihi. make sure pilih jangan ikut nafsu, tengok harga tau!


antara menu yang kami pilih telur dadar, shell masak pedas, ikan stim n sayur. simple dinner, tapi sedap dan mengenyangkan. kena pulak makan tepi laut, fuhhh nyaman! untuk dinner malam ni kami kena bayar rm81 untuk 3 orang! worth it!







dah habis makan kami sambung berborak, lama gak kami lepak kedai ni. macam2 cerita keluar. around 10.30pm kami menapak balik ke Dragon Inn. yeah, masa untuk tidur! esok kena berkumpul kat depan office Mabul Backpackers @ 7am!

selamat malam Semporna!

0 comment:

Powered by Blogger.