trip pulau: please save Pulau Mabul! #part7

13.4.2015

dalam keseronokan menghayati keindahan laut Pulau Mabul, ada satu perkara yang amat menyedihkan. perjalanan mengelilingi kampung telah menyebabkan geng kami perasan dan sedar masalah sampah di pulau adalah isu yang serius dan perlu tindakan segera dari semua pihak. yang peliknya kawasan yang ada resort mahal-mahal maintain kawasan sekitar yang bersih, tapi another side macam kat area budget resort dan kampung, sampah boleh dilihat dimana-mana! 

di mana tempat pengumpulan sampah?



mungkin ada kat atas pulau ni, tapi masa kami jalan-jalan agak sukar nak spot tempat pengumpulan sampah. tong besar? tak perasan ada kat mana. yang kami jumpa ada satu kawasan semak, dekat dengan sekolah, sampah2 domestik semua dibuang kat sana. memang berbau dan kotor. berplastik2 sampah ada kat sana. boleh dikatakan dikawasan kampung memang ada kawasan-kawan pengumpulan sampah yang tak sepatutnya. mereka inform, sampah akan dibakar atau ditanam. masalahnya kalau dibakar akan sebabkan air pollution, kalau ditanam barang2 tu semua tak biodegradable. hmm.

do they recycle and how?




ada satu kawasan berdekatan dengan water bunglow, banyak botol-botol bersepah. sure, kalau duduk atas pulau ni boleh kaya jual botol plastik. terlalu banyak. so ai wonder, adakah orang duduk atas pulau ni practice recycle? ai know, ai pun tak rajin recycle, tapi tak mampu nak tengok botol2 bersepah kat tempat tak sepatutnya. tapi ai ada juga terfikir, kalau mereka recycle, macam mana nak uruskan logistik ke pusat recycle? tak kan nak bawa barang recycle naik bot? hmm.

daun jatuh berguguran


ada area tu memang sakit mata. daun pokok, yes memang biodegradable. tapi bila banyak sampai berbukit dan takde orang nak bersihkan, memang nampak semak.

banyak persoalan yang bermain difikiran. 

adakah sampah akan jadi masalah besar kat Pulau Mabul?

isu sampah kat mana-mana pun masalah. sedangkan yang kat daratan pun ada masalah pengurusan sisa pepejal/ sampah. memang agak mencabar lah nak uruskan isu sampah atas pulau. kat mana nak buang? siapa nak kutip? Alam Flora ada? lagipun agak memalukan view macam ni dipertontonkan kat pelancong. yang kat lautan bukan main cantik tapi yang kat daratan? sendiri mau ingat lah. hmm.

siapa pihak bertanggung jawab?

pertama mestilah nak tanya kenapa orang yang duduk kat pulau boleh relax je tinggal kat kawasan sekitar macam tu. tapi mungkin sebab dah immune, nampak ok je. so, siapa pihak berwajib? tak kan takde pemantauan? tak kan takde orang nak amik tahu, come on Pulau Mabul ni kawasan pelancongan, orang datang Pulau Mabul bukan nak tengok laut je, tapi heart of Mabul pun kita nak explore. memang sakit mata tengok sampah2 ni. 

do they know they should take care the island?

education empower action. masa jalan2, nampak orang yang buang sampah dalam laut tanpa rasa bersalah, ada juga yang buang sampah kat atas pulau tanpa fikir kesan jangka masa panjang. ai terfikir, mereka ni tahu tak mereka kena uruskan sampah aka sisa pepejal dengan kaedah yang betul? sampai tak mesej jaga kebersihan pulau kat mereka? hmm.

how can we play our role?

yup, ini satu masalah gak. dah nampak isu ni, tapi tak tahu nak complaint kat mana. hantar salah department, memang sure lah tak buat apa-apa. how can we play our role hah? any environment ngo yang berkaitan??

ai really want to work on this issue. Mabul memang mencuri perhatian dan sayang betul kalau kecantikan Mabul tak dipelihara. sayang dehhhh!

0 comment:

Powered by Blogger.