trip pulau: last day kat Pulau Mabul, Semporna day 4 #part5

13.4.2015

sambungan entri trip pulau #part 4

last day kat Pulau Mabul?!! OH NO! hari ni gigih bangun awal sebab nak menikmati pagi terakhir di Mabul. kalau ikut itinerary memang takde nak snorkeling jauh2, tapi kalau nak main air bawah resort boleh je. ai pilih lepak kat platform, boleh nampak coral garden. Along kata coral ni 'ditanam' sebab tu nampak tersusun. nice view kan! 


suasana pagi kat Mabul memang mendamaikan, view pun cantik saujana mata memandang :-)

 
masih ingat tentang pala'u? pagi terakhir ni ai dapat tengok closely their lifestyle. hidup pala'u memang kat atas bot. semua aktiviti buat kat atas bot. amazing kan? wonder macam mana pala'u ni survive kan?



life start very early at Mabul. aktiviti utama ialah menangkap ikan dengan skill yang superb. huhuhu



ada gak budak2 pala'u datang just nak pow duit. sabar je lah!



around 10am, masa ni masih ada pala'u yang cuba jual ikan, sayangnya kami dah nak balik, adeh melepas ikan fresh!

 
semua orang tengok bersungguh-sungguh ikan pala'u bawa. oh! pengantin dalam gambar ni adik Dini, baru kawen, dok buat photoshoot sekitar Pulau Mabul n underwater. hebat! 


what we missed today! arghhh!



ikan ni pala'u bagi free kat adik resort ni. baik betul!



around 10.30am, masa untuk pulang. adeh, sedih betul nak tinggalkan Pulau Mabul! masa untuk tinggalkan mereka yang sangat friendly dan helpful. masa untuk kembali ke realiti. sobs!


bye Mabul Backpackers! sure we will meet again!

 
perjalanan balik ke Semporna melalui jalan laut sepenuhnya. pergh memang mencabar betul lah, bila bot bergerak melawan arus. terhentak2 duduk dalam bot, senak perut dibuatnya. sepanjang perjalanan tu, kami spot kampung pala'u, kawasan penanaman rumpai laut dan view yang sangat cantik!


finally sampai kat Semporna around 12pm. terseksa jiwa raga naik bot. huhuhu. sampai2 je, ada beberapa orang datang sapa nak jual mutiara. ada jugak yang offer nak angkatkan barang. bear in mind, kalau korang terima offer angkat barang, bersedialah juga untuk bayar ye! kat Semporna, Along bagi masa untuk wander around kalau nak beli barang or cari kraftangan. tepat 12.30pm masa untuk kami bertolak ke airport memandangkan ada ahli group yang lain akan depart at 3.30pm.


 
around 2.30pm kami sampai kat airport. memandangkan flight kami bertiga petang, maka agak sangap lah nak dok melepak kat airport. nasib baik ada cafe untuk lepak dan makan!




Jesselton cafe- tempat kami lunch!

 
Sipadan cafe- tempat kami lepak sementara tunggu flight. cafe ni lengang je, takde orang sangat.


finally masa untuk terbang. masa ni boleh pulak ai buat kalut. tak sengaja check in (luggage) pass masuk yang kena hantar kat imigresen. demm. nasib baik officer tu kasi lepas walaupun muka dia serius. tq encik! jasamu dikenang!


fly home. hope to come again!

1 comment:

Fatimah Jaafar said...

ASSALAM,

FIRSTLY, THANK YOU FOR THE LOVELY POST. SY PLAN NAK PEGI BLN 7 NI & 1ST TIME KE SANA.
BOLE TANYA SKIT:
1. KALAU TAK PANDAI SWIMMING BOLE TAK SCUBA DIVING?
2. NAK BOOK MABUL BACKPACKERS NI ADA WEBSITE KE?ATAU KENA CALL?SBB CEK WEBSITE TAKDE ONLINE BOOKING.

TQ.

FATIMAH

Powered by Blogger.