trip pulau: kami di Pulau Mabul, Semporna day 3 #part4

12.4.2015

sambungan enti trip pulau #part3

hari ni gigih bangun awal untuk misi menunggu sunrise. lama jugak anis n ai menunggu kat tepi pantai ni. akhirnya berjaya capture sunrise. selamat pagi Pulau Mabul!


balik je resort, breakfast dah tersedia. apa lagi jom makan! pagi ni ada sesi snorkeling kedua di Pulau Kapalai. wah! walaupun kami di Pulau Mabul, masih ada peluang ke Kapalai atau Sipadan. Pulau Kapalai ada resort yang cantik tapi mahal. Sipadan pulak adalah tempat diving yang awesome especially kalau nak tengok species ikan yang besar-besar. tapi Pulau Mabul adalah sangat special! hehehe.  



untuk snorkeling di Pulau Kapalai, kami kena turun di tengah2 laut dalam. haha. ngeri weh. kena pulak arus tengah kuat, hilang rasa confident! once dah masuk air, arus terus tolak ke arah resort. so nak tak nak, kena enjoy view underwater. memandangkan ada kat laut yang agak dalam, banyak ikan-ikan besar. dah sampai kat area resort, keadaan arus lebih cool, air pun tak berapa dalam. banyak ikan2 kecil colorful dan coral pun cantik. paling best air dia jernih. so boleh nampak dengan jelas ikan pari lalu, tapak sulaiman kat dasar n ikan2 kecil berenang2! awesome! terasa 1 jam tak cukup!


sampai je resort, kami rehat sekejap sementara menanti waktu lunch! hehehe. special nya lunch hari ni ada ketam! lagi special sebab ada kakak dalam group kami yang masak- style Singapore katanya. layan je lah!


tengah kami makan, ada pala'u datang jual ikan. oleh kerana malam ni last night kat Mabul, kena lah makan besar aka birthday celebration. so kami beli ikan kerapu bara, katanya ikan ni sedap. beli 5 ekor ikan kerapu bara hanya bayar rm10! murah!



tengah sibuk-sibuk sambung makan, Dini datang meja tanya nak beli udang tak. Dini kata dia geli tengok udang tu, so dia tak nak beli. huhu. anis terus excited dengar perkataan udang sebab cita-cita nak makan lobster. sampai je kat nelayan, nampak udang dalam botol! 


rupanya udang lipan aka mantis prawn! perghhh, besarnya udang lipan ni, asal kat semenanjung kecik je?? nelayan nak jual rm13/ ekor. hahaha. mahal ke? oleh kerana anis nak amik semua 10 ekor mantis prawn, nelayan bagi diskaun rm10/ekor. dah beli ikan n udang siapa nak masak? kami upah adik kat kitchen resort untuk masakkan. upah rm20/dish. untung laaa!


dah kenyang masa untuk relax! adoi memang layan betullah view kat Pulau Mabul ni. rasa tenang n cool je sepanjang masa. around 2.30pm Along call untuk sesi snorkeling ketiga dan terakhir kat Paradise 2!


kenapa Paradise 2? view underwater amazing sangat. susah nak explain. ada banyak ikan yang cantik2, coral yang macam2 bentuk. awesome sangat! kena experience sendiri. 1 jam memang tak cukup! 


muka puas hati dah snorkeling kat Paradise 2! awesome!


menjelang petang, kami decide untuk tour kampung kat Pulau Mabul ni. misi petang ni nak cari goreng pisang Kak Neng. Along kata tak perlu risau masa masuk kampung sebab orang kampung friendly je. that's so true. nak cari kedai goreng pisang Kak Neng punya lah susah, jalan pun asik tak sure je, nasib baik makcik2 dan pakcik2 tunjuk kami jalan. takde lah kami kempunan goreng pisang Kak Neng yang 10pcs hanya rm1. pengsan!




hai goreng pisang Kak Neng!


kat kampung ni jugak terselit turtle hatchery. sayangnya takde peluang nak tengok depa lepaskan anak-anak penyu. huhuhu.


kalau tak silap atas Pulau Mabul ni ada beberapa kampung, sebabnya ada beberapa penempatan berbeza tak pasti ikut pekerjaan ke suku ke? mystery. huhu.



cerianya muka kami kat Pulau Mabul. huhuhu :-)


kids having fun!


menjelang senja, kami bergegas nak balik resort semata-mata nak enjoy sunset. bestnya menginap kat Mabul Backpackers ada platform yang sangat sesuai untuk tengok dan capture sunrise. cantik sangat! masa ni anis sibuk nak buat video birthday wish untuk jin. aptb. 


masa yang paling ditunggu2 telah tiba. oh yeah, dinner time!! malam ni memang makan besar lah. thanks to adik kitchen yang masak sedap, kena dengan taste kakak. hahaha :-) hensem nya kerapu bara n udang lipan. jom makan!



kami fokus makan mantis prawn sebab risau tak habis. tamak kan beli sampai 10 ekor! amazingly, kami berjaya makan sampai habis. Along pulak kagum dengan kami sebab beli udang ni. Along kata udang ni memang sedap, susah nak dapat dan favourite dia. geram je dia dengar bila Dini tak order udang ni untuk group depa. hehehe. sorry Along! kalau nak tau, Along cerita kat pekan, mantis prawn ni dijual rm11.80/100gm. kalau beli 4-5 ekor sila bayar rm100++. phew. memang rezeki kami lah. anyway thanks Anis & Emel untuk birthday treat ni.


sementara kami enjoy makan, ada tayangan video tentang Pulau Mabul dan kawasan sekitarnya. haiwan underwater adalah sangat amazing! sayangnya kami tak diving, maybe next time! tengah syok2 layan video, tiba2 dengar geng jerit penyu! penyu! Alhamdulillah dapat tengok penyu lalu depan resort malam ni! betul2 kenangan manis untuk geng kami! Along kata memang rezeki kami untuk tengok penyu, bukan senang tapi kalau dah rezeki apa lagi nak dikata, ye tak?!!


around 10pm, geng adik2 masih happening lagi, geng kakak2 nak masuk tido dah. flat betul hari ni. apapun, pengalaman snorkeling hari ni betul2 tak dapat dilupakan. jatuh cinta dengan Pulau Mabul!!

0 comment:

Powered by Blogger.