RESEPI: Muffin Pisang Chocolate Chip

3.4.2015

hari ni rasa nak makan pisang dengan coklat cip. mula2 ingat nak buat cekodok pisang tup2 terjadi muffin pisang ngan coklat cip. tq google carikan resepi yang awesome. sedap tau rasa muffin ni, silalah cuba sendiri kalau tak percaya. lagi sedap kalau makan fresh dari oven.

tq mantan presiden yang bagi pisang yang gebu. pisang apa nama ntah? hihihi


RESEPI: Muffin Pisang dengan Coklat Cip

Bahan-bahan

140 gm buttercup
3/4 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung gandum*ayak bersama
1 sudu teh baking powder*ayak bersama
1 cawan pisang (lenyek)
1/2 cawan coklat cip Beryl's

Cara membuatnya

1. Panaskan oven pada suhu 180 deg C, api atas bawah
2. Wisk butter hingga kembang. Masukkan gula, telur dan esen vanila
3. Guna spatula, masukkan adunan tepung+baking powder
4. Masukkan pisang
5. Masukkan coklat cip
6. Bake dalam 15 min ke 20 min (sehingga fully bake)








tadaa, muffin dengan tekstur yang cantik, bau yang wangi dan paling penting sedap! jangan lupa cicah ngan air milo! hehehe :-)

0 comment:

Powered by Blogger.