misi mencari pt sambilan. interview mode!

7.4.2015

setelah sekian lama, akhirnya boss bagi green light untuk amik pembantu tadbir (pt) sambilan. lega, ada gak orang nak buat aktiviti-aktiviti rencam untuk seksyen kami. huhuhu. maka hari ni interview session! 2 orang panel interview yang dilantik ialah irma n DJ. hehehe. ai jadi penapis jee. huhuhu

sesi interview berjalan dari kol 9 am to 12 pm. ada 8 orang berminat untuk hadir sesi interview kali ni. melalui pemerhatian ai, calon yang datang hari ni agak kurang bersedia dan hanya ada mentaliti nak keja gomen walaupun hanya jawatan sambilan. kadang2 geram jugak dengan calon yang main redah je, habis semua protokol tak jaga :-(

apapun, kami berjaya mencari pt sambilan yang diingini. harap-harap boleh lah membantu tugas2 rencam kami yang dah menimbun tu. huhuhu


0 comment:

Powered by Blogger.