lawatan ke public gold kajang dengan MD kak normi

3.4.2015

hari ni buat aktiviti lawatan yang luar biasa dari aktiviti normal iaitu melawat kedai gold aka public gold (PG) branch kajang. trip kali ni diketuai oleh master dealer kak normi. actually ai yang approach kak normi untuk tanya pasal produk PG tak sangka lah pulak kak normi ajak car pool pergi PG branch Kajang ni. so ai tag along zu n nor untuk temankan n sekaligus dapatkan exposure dengan gold2. hahaha.

selamat datang ke PG. memandangkan ni kedai gold, maka sekuriti dia agak ketat. kalau tak silap ada double pintu protection.


sampai2 je kat PG Kajang ni, agak surprise jugak. simple je setting dia, orang pun tak ramai. tengah kami sibuk usha kiri kanan, kak normi datang dengan beberapa keping gold simpanan kedai. perghhh, memang tertarik lah weh. fine gold katanya!

*gold ni bukan ai punya* mata memang terpesona lah wei. dapat pegang gold 100 g yang mencecah harga RM 15,400. phew.


tanpa membuang masa mereka berdua ni terus nak menjebakkan diri dalam dunia gold. start with 1g gold dengan GAP. hahaha. ini namanya pengaruh rakan sebaya. 


ai pulak membeli 1g gold sebagai kenangan lawatan julung2 kali ke PG Kajang. hahaha. comeyyy ja 1gm edisi Happy Birthday. fuhhh. 


now masa untuk encourage diri sendiri, adik2, famili, rakan sebaya dan kawan2 untuk memulakan simpanan emas. it's ok, now kita boleh start ngan 1g je, tak kan tak boleh kan? go to your nearest PG branch! 

0 comment:

Powered by Blogger.