air terjun sungai lepoh, hulu langat #part2

5.4.2015

indahnya dapat tengok sunrise awal2 pagi, udara pun segar habis! i love nature! hehehe :-) misi hari ni ialah trekking air terjun lepoh. pheww. 


sebelum memulakan aktiviti, kaum2 ibu sibuk bersilat memasak breakfast, gadis2 dok tepi (hehe) n anak2 plak dah sibuk berkubang dalam kolam yang dekat ngan tapak khemah. nyaman!




hasilnya, bihun goreng yang marvelous! yeay! jom makan!! 


dah kenyang makan, gadis2 punya turn pulak basuh periuk belanga. jangan harap nak duduk goyang kaki eh. 


around kol 10am, ketua pasukan bagi arahan untuk bersedia untuk trekking. apa lagi masing2 bersiap dengan kasut trekking etc. kanak2 lah yang paling happy!


walaupun berulang kali geng2 yang pernah trekking kat lepoh ni kata, "jangan risau, trek simple jaaa" ai memang tak nak percaya. belum apa-apa lagi, trek mula je dah membukit naik. hailaaa, mintak nyawa makcik! 


nasib baik depa ni rajin stop amik nafas. budak2 ni pulak, time ni lah nak buang air kecil etc. hihi. ada yang meragam, terus mak nya patah balik tapak khemah!


boleh dikatakan trek kali ni jauh lebih mudah dari Lata Medang. tapi bukanlah simple sangat. untuk kurangkan stress, boleh hayati flora dan fauna kat sekitar. jangan terkejut kalau jumpa batang pipe yang besar ni. 


kalau korang berjaya jumpa batang pipe ni, sah lah korang melalui jalan yang benar. hihi. amazing betul camne orang dulu2 boleh angkut batang pipe ni kan. kagum!


selepas melalui kawasan batang pipe tadi, masa untuk bersusah payah sikit. trek ni agak mencacak naik dan sila kuatkan semangat ya! ai hampir2 nak putus asa, nasib baik ada nor n aisyah yang bagi semangat. fuhhhh.


tak jauh dari trek susah payah tadi, korang akan mendaki kawasan berbatu dan akhirnya sampai kat kawasan air terjun! ohseeemmm!!! 



agak memenatkan ye trekking selama 1 jam setengah ni. hampir2 makcik nak putus asa. phuiii. kat air terjun ni, punya lah banyak lebah hurung. geng2 kata, lebah ni suka kat bau peluh orang (choiii), maka untuk atasi masalah ni, kena berendam dalam air! nyaman! air sejuk!


Air Terjun Lepoh ni memang cantik, tapi agak sukar nak dapatkan port paling atas sebab ramai budak2 muda yang sibuk main slide kat batu2 yang ada!



around 2pm, kami mulakan perjalanan turun ke tapak khemah. masa ni kitaorang follow bro Asri turun. banyak gak pengalaman yang kami kutip dari bro Asri ni. al-maklumlah orang dah berapa kali naik turun bukit/gunung. dalam perjalanan turun tu, bro Asri ajak singgah sungai. fuhh, cantiknya kawasan ni. hidden gems! macam berada kat kawasan lain je. 



dah habis posing mana-mana patut, kami teruskan perjalanan ke tapak khemah! complete 1 jam perjalanan turun, syabas! tanpa melengahkan masa, jom kita bersiram! memandangkan kanak2 dah amik port kolam, terpaksalah aunty2 cari port ala2 kolam puteri bersiram. syoknyaaaa. 


around pukul 4pm, masing2 bersiap untuk pulang. badan pun dah letih kan.


thanks to Nor sebab drive dengan selamat. kami sampai kat Putrajaya around 6.15 pm. ikut highway sejam je perjalanan. hehehe. ok, next time boleh repeat!

3 comment:

Juaini Jamaludin said...

starting track dah pacak ke? aish. nervous. besok baru nak pergi. dah tiga minggu berturut hiking saje. besok kalau terus pacak jugak, takut patah balik je. tapi tempat dia nice lah. siap camping lagi korang. bestnya.

Asilah Kassim said...

Salam @juaini jamaludin trek ni senang je untuk kaki hikers. Setengah jam je dah settle. Yup camping memang nice ada kolam kecik depan campsite mandi malam2 bawah sinaran bulan. Hehe

Asilah Kassim said...

Salam @juaini jamaludin trek ni senang je untuk kaki hikers. Setengah jam je dah settle. Yup camping memang nice ada kolam kecik depan campsite mandi malam2 bawah sinaran bulan. Hehe

Powered by Blogger.