Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat #part1

4.4.2015

ai bukanlah kaki trekking, panjat gunung dan lain-lain. tapi bila dah kawan dengan kaki outdoor ni, memang tak boleh nak lari lah dari trip2 nature macam ni. seperti biasa sha n zahid ajak ai pergi camping kat Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat. fuhh, camping?! hahaha. memang zaman tok kaduk dulu je pi. mula-mula tu memang dah malas nak join, ye lah pengalaman hiking kat Gunung Angsi n trekking Lata Medang masih segar dalam ingatan. perghhh. penat kot! tapi Nor pulak excited nak pergi. maka ai dengan separuh hati merelakan diri sendiri untuk trip 2D1N camping & trekking kat Air Terjun Sungai Lepoh! pheww

around 3 pm Nor n ai bergerak dari Putrajaya ke Stesen ERL BTS. kami janji ngan sha n zahid untuk gerak sama ke Hulu Langat. perjalanan ke Hulu Langat ikut jalan zahid ni memang agak memeningkan dah susah nak explain. kalau nak senang waze je 'Lopoh Waterfront Chalets' atau 'Sungai Lopo Village'. 


around 5.15 pm kami selamat sampai ke Hulu Langat. untuk masuk ke kawasan air terjun ni, sila perhatikan signboard seperti di bawah. dari jalan utama ke lokasi tempat berkumpul agak jauh, so jangan sesekali fikir nak jalan kaki. hehehe



petang tu memang bertapa agak lama kerana menunggu geng2 lain. agak menggugat kesabaran jugak lah. huhu. ditambah pula dengan pakcik penjaga yang berkeras tak nak bagi kami masuk kat tapak perkemahan atas alasan hari dah lewat dan kami bawa kanak2. choi! nasib baik ada pak syeikh yang boleh kawtim ngan pakcik tu dan sebagai balasan kami kena park kat depan umah dia dengan charge rm7/kereta (kos parking 2 hari+guna tandas+upah jaga). perghhh. untung lah! untuk masuk ke tapak perkemahan kami kena rekod nama untuk tujuan keselamatan! tanpa melengahkan masa, kami terus ke tapak camping (kena jalan 15 min, phew!) hari pun dah makin gelap, apa lagi bergegas lah kami pasang khemah. oh ya, untuk pengetahuan, tapak perkemahan ni bukan free ye, ada juga penjaga kawasan yang charge tapak ni  for rm50! business minded orang2 asli kat sini :-p



sebenarnya agak menakutkan lah dok camping kat hutan ni. dah la gelap kawasan sekitar. pencahayaan pun bergantung kepada head lamp dan lampu2 kecik yang ada. tapi oleh kerana ai datang dengan geng2 otai outdoor, diorang memang relax lah. sempoi, siap boleh masak ayam percik kot! tq kak sherrie, chef sepanjang trip ni!


dah lama menunggu (hehehe), now, masa untuk makan! nikmat betul dapat makan nasi goreng bersama ayam percik! 


ikan bakar dengan air asam marvelous pun ada!


sementara berkumpul ni, kami ice breaking mana2 yang patut. bro paam plak dok buli budak2 kecik ni nyanyi. kesian betul! dah lah masa orang makan dia boleh citer pasal muntah. choi betul!


around 10 pm, Nor ajak mandi. luckily ada sungai berdekatan. apa lagi masa untuk bersiram di bawah cahaya bulan lah. masa tu memang tak fikir apa, tau nak fresh kan diri je. camping ni paling susah part nak mandi, buang air kecik/besar dan nak tukar baju! aisey mencabar betul lah!! around 11pm, masing dah letih dan decide nak tido. masa ni bulan bercahaya menerangi kawasan. SubhanaAllah, dalam gelap ada terang! budak2 kecik ni memang tak reti penat, dok main game walaupun hari menjelang pagi. nasib baik lah bukan ai yang kena jaga. huhuhu.


6 am, ai bangun untuk Subuh. wow, walaupun tido dalam khemah, tapi nyenyak. hahaha. cabaran awal pagi ialah nak cari toilet! haru betul lah, nasib baik Nor ajar camne nak survive. how? hehehe :-p

okey let's start our day!

0 comment:

Powered by Blogger.