sehari sebelum gst. haha

31.3.2015

apakah mood korang hari ni? nampaknya hari ni ramai yang marah sebab esok kerajaan nak laksanakan gst. siap nak baca niat macam nak baca niat pose. hahaha. realitinya sama ada kita suka atau tak, gst memang akan dilaksanakan. buat apa nak merempan sana-sini. buang masa, buang tenaga. ramai yang ai perhati, dok marah2 bila gst barang naik harga, tapi still dok update makan kat tempat mahal, tunjuk pi shopping tempat mahal, dating tempat mahal, pi melancong tempat mahal, mewahkan anak-anak dengan benda mahal dan macam-macam. so apa ada hal kalau barang naik harga? demm.

tenang. gst kalau tak laksanakan hari ni pasti akan dilaksanakan suatu hari nanti. kalau tak kena pada kita kena pada anak cucu kita. sama ja kan. yang perlu kita ubah habit kita. jangan cepat melatah. setiap benda yang kerajaan nak buat, bukan ikut suka pemimpin je, tapi dah dikaji oleh banyak pihak. so, boleh tak kita tunggu hasil positif gst yang kerajaan dok kata boleh meningkatkan hasil pendapatan negara? kalau cepat marah, pendek umur nanti! tak sempat nak rasa hidup dalam negara berpendapatan tinggi. hah!

hmm. baiklah sempena sehari sebelum pelaksanaan gst, ai nak update status usaha mengumpul duit not hijau since 1st feb hari tu. diam-diam dah berjaya collect 6 gulung! 1 gulung rm50. boleh laaa. lepas dah nak beli 2 gm GAP PG. memang tak sangka dengan diri sendiri. (tepuk bahu sendiri)

okey, usaha akan diteruskan. sila senyum, esok hari pelaksanaan gst, yo!

0 comment:

Powered by Blogger.