sehari sebelum gst. haha

31.3.2015

apakah mood korang hari ni? nampaknya hari ni ramai yang marah sebab esok kerajaan nak laksanakan gst. siap nak baca niat macam nak baca niat pose. hahaha. realitinya sama ada kita suka atau tak, gst memang akan dilaksanakan. buat apa nak merempan sana-sini. buang masa, buang tenaga. ramai yang ai perhati, dok marah2 bila gst barang naik harga, tapi still dok update makan kat tempat mahal, tunjuk pi shopping tempat mahal, dating tempat mahal, pi melancong tempat mahal, mewahkan anak-anak dengan benda mahal dan macam-macam. so apa ada hal kalau barang naik harga? demm.

tenang. gst kalau tak laksanakan hari ni pasti akan dilaksanakan suatu hari nanti. kalau tak kena pada kita kena pada anak cucu kita. sama ja kan. yang perlu kita ubah habit kita. jangan cepat melatah. setiap benda yang kerajaan nak buat, bukan ikut suka pemimpin je, tapi dah dikaji oleh banyak pihak. so, boleh tak kita tunggu hasil positif gst yang kerajaan dok kata boleh meningkatkan hasil pendapatan negara? kalau cepat marah, pendek umur nanti! tak sempat nak rasa hidup dalam negara berpendapatan tinggi. hah!

hmm. baiklah sempena sehari sebelum pelaksanaan gst, ai nak update status usaha mengumpul duit not hijau since 1st feb hari tu. diam-diam dah berjaya collect 6 gulung! 1 gulung rm50. boleh laaa. lepas dah nak beli 2 gm GAP PG. memang tak sangka dengan diri sendiri. (tepuk bahu sendiri)

okey, usaha akan diteruskan. sila senyum, esok hari pelaksanaan gst, yo!

audit ISO9001. oh!

30-31.3.2015

AUDIT ISO! itu lah benda pertama yang muncul dalam kepala usai bangun tido hari ni. adehhh, dah la tido kol 3 am, memang sah2 la akan kurang segar satu hari nanti. keja yang berkait dengan ISO pun tak siap lagi. kena pulun ni! siapa yang suka audit kan. tapi tanpa audit, memang tak berjalanlah sistem yang dibuat. 

audit kali ni ialah audit pensijilan. malangnya auditor yang datang semua yang kali pertama jejak opis. jenis yang tak dapat tangkap whole picture operasi opis. ada sorang tu okey, tapi ada yang sorang ni berlagak pandai tak kena tempat. perghhh, tak tau lah nak handle camne. dia je yang betul. bikin hot!

apapun, kena tunggu dan lihat hasil audit. banyak ke dapat nc. boleh ke tak sambung pensijilan ni. hmm?



reunion lunch geng SV

13.3.2015

hari ni geng SV beramai2 telah ke picc cafe untuk reunion lunch. macam2 agenda ada, saje nak makan ramai2, nak celebrate 1st quarter birthday, nak welcome ahli baru dan celebrate cny ngan dr chin. haaa, sweet kan? of coz la, kata geng semua satu gender kecuali boss. kafe picc, offer buffet lunch for rm20/ pax, ada banyak juga pilihan makanan dan desserts. kalau nak datang berkumpulan, sila buat booking awal, no phone ada kat website depa. 


ada bayak yang sedap food dia, tapi ai paling suka ayam dia ni. rangup dan sedap. hihi



 

bila dah duduk berborak, isu kerja memang tak keluar lah, bahan je lah orang esp zu, cerita gossip dan leisure talk. boss nampaknya dah boleh get along dengan kita semua dan tak stress dah dengan anak buah dia yang gelak macam tak ingat dunia!


 

untuk birthday celebration kali ni ditujukan khas untuk kak piza, zu and maryam. Happy Birthday, uolsss!!



 

apapun, we have vey memorable reunion lunch. for sure we will have more soon!

phone retak, budget retak. adehh!

11.3.2015

dah 3 minggu fikir nak tukar phone ke tak. hahaha. aisey, wat hal pulak kan time2 ni. suka2 nak slippery dari tangan pastu cium tar yang baru letak. memang retak lah kan. retak juga hatiku. hahaha. so, decide nak tukar phone baru. zenfone5 pulak, beli online je from lamido. 


zenfone5 ni upgrade sikit dari phone retak, tapi rasanya takdelah hebat mana pun. hahaha. tapi bolehlah as long boleh call, sms, browsing, whatsapps, amik gambar, okey dahhh. hahaha. buktinya, DJ dah rasmikan phone aku. selfie sangat, aku tepek kat blog. 


zu pun selfiee gak, tapi pantas dia padam. nasib ko zu!


nampak sangat kamera function amat penting bagi mereka dan ai ols. hahaha. kata kepohci, mana boleh tinggalkan paparazi mode :-p

okey, let's bermanja dengan phone baru. like!


bengkel FSSM. #work

10-11.3.2015

ofis ke arah membangunkan satu web base system yang super canggih soon. for start, setiap cawangan kena perah otak untuk setup architecture of the system. hmm. kelas adalah sangat dry dengan term komputer yang sounds not familiar. haha. point of the workshop kena buat business model and business canvas- new thing learned! huhuhu.

lucky, classmate adalah geng2 happening, geng buat bising dan geng kaki gosip. baru hidup sikit kelas. hmm. lagi 2 week ada kelas susulan, homework pun kena siapkan. adehhh, kalau dah buat keja hakiki tu tak siap lahh keja ni cikgu, oii!






menu sihat?

8.3.2015

teringat-ingat nak makan twister kfc dulu-dulu. nasib baik ada pengalaman keja kfc, boleh lah mencurah bakat ke dalam aktiviti memasak style bujang. hahaha. step breading pun ikut step 7-10-7 kfc. pergh, kuat betul ingatan kan. nyum-nyum.


dah siap prepare barang, now masa untuk roll!


mayo>telur>coleslow>ayam chunk. roll!


yeay, ai dapat 3 roll!


masuk oven sat. bakar satu-satu. jangan nak tamak!


now, dah ready untuk makan!


yeay, menu sihat suksess! amacam sihat ke tak?

jom kita #fitMalaysia! err :-p

8.3.2015

ohsemmmm sunday morning! jom cuci mata n riadah #fitmalaysia kat taman saujana hijau! kali ni ngan geng #gobk zu n nor :-p taman saujana hijau ni memang kena ngan nama. memang kawasan ni menghijau je. banyak pokok2 tanah tinggi yang pelbagai dan rare. minah bunga? pasti terpegun dengan bunga2 yang ada kat taman ni. patut la zain n che ta photo shoot kawen kat sini. nak gak la! eh?!!


kitaorang pi beriadah dan posing gak!


zu: aku nak tunjuk korang lalang kaler ungu!
me: err, lalang ni ke? apa yang menariknya?!
nor: laaa, ingatkan lalang nak mati!
zu: ptftftf! penat je aku excited!


posing lagi. bila nak pi jogging?

 

yang menghijau!


gadis buluh betung. eh!


kitaorang habiskan masa hampir sejam setengah kat taman saujana hijau hari ni. tapi jalan je lebih, orang lain dah 3-4 round, kitaorang relax satu round je. motif sangat nak #fitMalaysia ke nak #carijodoh? hahahah.

aptb?!

nyanyi kat kotak hijau

7.3.2015

hari ni ai join nor n zu jalan2 pi shopping kat jusco balakong. maklumlah orang2 nak pi melancong negara sejuk kan, sibuk memasing nak cari baju 'keep warm'. huhu. tapi sebelum nak shopping, kami bertiga jalan2 sampai tersesat kat kotak hijau. hahaha

kami tersesat kat green box karaoke!

amboiiiiii sangat kan!

alang-alang dah sampai, kami singgah lah dok dalam kotak hijau, 3 jam test suara. tapi tak sedap2 gak, sumbang lagi ada lah. hahaha. tapi apa ada hal layan je lahhh. 


la ni, karaoke pun dah maju. tv pilih lagu pun dah touch screen. tercangak2 ai ols nak handle. lagu pun update. lagu nasyid pun ada weh. kelasss kau.

hmm, lupa pulak nak cari 'sakitnya tuh di sini'!


pastu boleh free flow minum air, jadi lah dapat minum ice lemon tea kan. kering tekak dok nyanyi jerit-jerit.


kos nyanyi jerit2 rm19 untuk 3 jam. boleh laaa. tempat pun cantik!

burn CD tak habis-habis. hmm!

6.3.2015


dah nak sebulan #ccfo habis, keja irma n ai tak habis2 lagi. lol. photog tak hantar draf photo book lagi, vera myceb ni pulak tak habis2 nak minta report n cd2 bersusun nak kena burn. hmm, nasib baik lah masa #ccfo nafi ajar cara nak burn cd. hahaha. kalau tak nganga lah korang semua tak dapat cd gambar. yeah, mari teruskan usaha gigih ini!

#nexttimetaknakajknilagi!


kamik rindu!

4.3.2015

benda paling susah nak tahan- lapar. hahaha. tu cabaran paling tak best masa nak siapkan photo book (pb) trip Kuching last year. obviously, trip Kuching 2d1n tu memang kejanya makan tak henti2. tapi yang paling dirindui pastilah pisang cheese n sayap ayam de tamu cafe. adehhhh. delivery plissss!!!


e-filing done! yeay!

3.3.2015

kalau sebut cukai semua orang nak marah la ni. tapi apa nak buat bayar cukai tanggung jawab kita kan? mana nak lari? start awal bulan ni lhdn dah announce boleh bayar cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2014. hmm, nasib baik dah ada sistem e-filing, tak payah dah nak isi borang segala. yang hebatnya, e-filing tahun ni berwajah baru :-) baru lah ai ols semangat nak bayar cukai. aptb!


mula-mula buka e-filing tercangak gak la. banyak betul menu2 sampai confius, borang BE ada kat mana. lol! kalau korang tercari2 gak, sila ke menu e-filing, pilih drop down menu. kalau agak2 nak update alamat rumah ke, no telefon ke pergi ke menu e-kemaskini.


as usual bila dah buka borang BE, masukkan maklumat2 yang berkaitan. magik nya bab pendapatan semua dah terisi. cuma kalau ada pendapatan dari bisnes ke, rumah sewa ke, tu kena masukkan sendiri lah. jangan lupa gak masukkan semua maklumat pembayaran antaranya insurans, pembelian buku, zakat dll. agak2 dah settle, boleh klik rumusan. masa ni boleh lah view sama ada terkurang bayar or terlebih bayar cukai. untuk kes ai, mestilah terlebih bayar. hahaha.


pastu jangan lupa submit! Alhamdulillah, e-filing settle! now boleh tunggu duit refund. hehehe :-p
Powered by Blogger.