the heritage walk part 2. ohsem!

14.2.2015

yeay, sebelum pulang ke pangkal jalan, nor, zu n ai decide untuk jalan2 kat tempat2 berdekatan ngan hotel. kira nak buat heritage walk part 2 lah. dulu2 mungkin dah buat dah tour camni, tapi feeling bila dewasa ni mungkin lain sikit kot?

mula2 kami pose kat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. tempat bersejarah ni. bangunan pun masih cantik!



pastu capture lagi A Famosa


lepas tu kami decide nak masuk muzium pulak. dulu2 cam dah pernah masuk je Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ni? bayaran masuk hanya rm2.  boleh bayar guna touch and go! berbaloi2 tau masuk muzium ni.



unik sangat bangunan dia :-)


dalam muzium


lepas hampir 30 min dalam muzium ni, kami teruskan perjalanan ke Muzium Setem Melaka. bayaran masuk rm2. 


ai tak pernah masuk muzium ni. tak sangka ada koleksi setem banyak kat sini. fuhh, nasib ai bukan pengumpul setem. kalau tak mabuk. hahahaha


antara koleksi setem sumbangan individu


arkib setem mengikut tahun keluaran. amazing nihhh. jumpa macam2 setem yang rare!


habis terpesona ngan muzium setem kami jumpa dinasour! hahaha. lokasi nya adalah di Muzium Rakyat. alang2 dah sampai jom masuk muzium ni. bayaran masuk adalah rm3 dan boleh bayar guna touch and go! 



muzium ni rasanya baru di ubah suai. setting dalam muzium ni semuanya masih baru dan fresh! mural kat dinding pun cantik!







yang paling best dalam muzium ni korang boleh jumpa batu meteor original. menurut puan penjaga, batu meteor ni diperolehi dari luar negara. walaupun, batu2 ni nampak macam kecik, tapi amat berat! serius! kandungan besi dalam meteor yang menyebabkan ia amat berat. tak daya nak angkat. mau keluar muscle. hihihi.


dan kalau nak tahu, kat sini boleh jumpa telur dinasour yang tak menetas lagi. huhuhu


memandangkan jam dah kol 11.30 am, kami decide untuk tamatkan lawatan ke muzium kat Melaka. kalau ikutkan memang banyak lagi muzium2 yang ada kat sekitar ni. biasalah orang Malaysia kan mana tahan panas! hahaha. 

anyway, tqvm Melaka sebab pelihara semua artifak bersejarah ni n maintain muzium dalam keadaan baik untuk pelancong dalam dan luar negara. thumbs up!

0 comment:

Powered by Blogger.