sepanjang malam menunggu report translate! #ccfo2015

12.2.2015

dalam banyak2 malam kat meeting ccfo ni, malam terakhir sebelum adoption report adalah sengsara untuk team logistik. malam ni kami diarahkan untuk standby tunggu report yang telah translate. kalau dah siap kena fotostat supaya sebelum adoption report meeting bermula semua dokumen dah tersedia. fuhhh. 

mencabar. penantian memang menyeksakan.

abes je burn cd, ai memang zero activity. kena pulak menunggu report. around 1 am zu and ai dah mulakan aktiviti karoks! mengarut kan. tapi memang tu lah keja kitaorang sepanjang malam. sekejap2 zu check report dah masuk ke belum. sekejap2 pilih lagu. tak henti2. gila. kalau mengaji sepanjang malam kan bagus. aptb. baru nak insaf hari ni. lol. orang lain pun terpaksa lah layan kesumbangan pitch kitaorang ni. ala ngantuk lah wei, nak kill time lagi. huhu.

sudahnya report masuk 4.16 am. arghhhhh. stress. ini dah melebihi rekod stay up previous ccfo at 4.00 am! 

muka2 kental yang mengantuk tapi tetap nak senyum!


 

dah siap buat copy, kami bergegas balik bilik. jam menunjukkan pukul 4.50 am! arghhhh. ingatkan nak tunggu subuh, tapi mata tak daya nak menahan. nasib tak terbabas. fuhhh.

0 comment:

Powered by Blogger.