malam di jonker walk

13.2.2015

malam terakhir di Melaka adalah masa untuk cuci mata! dinner pun tak mau makan hotel dah, nak makan kat black canyon dalam dataran pahlawan. amboiii sangat kan. 


dah kenyang makan, kami terus nak menghala ke jonker walk. gigihkan nak menapak. ramai orang malam ni, kebetulan pulak dah nak dekat cny, memang meriah la ngan tarian naga etc. dalam ramai2 orang, boleh pulak zu ni jumpa mr colombia. hahaha. stalker sangat!

kami teruskan perjalan hingga ke hujung. jumpa pulak stage karoks ni. salute la kat aunty2 ni, walaupun veteran, suara power. memang layan lah!


misi ai ke jonker walk ialah cari ais krim pasu. kata viral, nak gak pi tengok, apakah bendanya? nor ngan zu tak nak beli, tapi ai nak cuba lah. tapi tak tau lah food safety ke tak. tapi takde direct contact ice cream ngan pasu. ok lahhh kot. apakah rasanya? ais krim nestle biasa je kot. tabur oreo atas tu. cuma kreatif lah. harga rm5 termasuk pasu. LOL.



memang banyak barang2 yang rare dan unik kat sini. pastu banyak juga pusat2 komuniti kat sini. sempat juga kitaorang intai pusat tarian tango. perghhh rasa nak join je. hehehe. kat jonker walk ni ai boleh plak terpengaruh nak beli teh bunga2. menarik sangat tau. nanti next2 post baru story ehh.

agak2 dah penat dan dahaga berjalan, kami singgah beli air kelapa. perghh memang skill lah abang2 ni belah kelapa sampai isi kelapa je keluar. superb. owner business ni adalah orang Riau Indonesia yang kawen ngan Chinese (Muslim) Melaka. air kelapa dia manis dan menyegarkan! harga sebiji rm5!



dah kenyang minum air kelapa masa untuk balik hotel!

0 comment:

Powered by Blogger.