heritage walk with ccfo delegates #ccfo2015

12.2.2015

hari ni adalah free day untuk delegates, memandangkan hari ni adalah hari translation report oleh translator french and spanish. maka pihak jkn Melaka offer untuk sponsor heritage walk untuk delegates. untuk seorang tourist guide bayaran mereka adalah rm200/2.5 hour. tq jkn Melaka. hari ni memang memorable lah. secara tak langsung kena jadi pemandu pelancong, 'cikgu pengiring' dan photographer berjaya! phew! lucky hanya ada 2 group je yang nak join heritage walk ni. kalau tak hangus terbakar lah jiwa raga ai ols! group 1 diuruskan oleh irma n kak maria. ai n zu pulak handle group kedua.

group 1


group 2


oleh kerana ai jaga group 2, cerita pun pasal group 2 lahh! kami mulakan perjalanan dalam kol 10.30 am. tempat pertama yang kami jejak ialah kota A Famosa! legend masa kecik2 dulu memang kagum lah ngan building ni. now nampak cam dah usang je.


tourist guide berikan penerangan mengenai kota A Famosa dan perkara yang berkaitan. ai kadang2 dengar, kadang tak. punya lah terganggu sebab ada beberapa delegates yang tak mau dok diam. kejanya asyik nak posing. huhuhu. fenin ai ols. nak marah? tak boleh kot i'm dealing with professor, dr oversea nih!




kami teruskan perjalanan,ke 12 point heritage walk. ada tempat yang sesuai ai capture group photo.


selfieeee..


tempat yang paling legend kat jalan harmony. ada kuil, masjid and chinese temple. memang harmony betul! 


kak chik yang dah kepanasan dan keletihan melayan karenah profesor n dr2 yang ada. adehhhh!


memang penat berjalan dan melayan karenah mereka2 ni semua. around 12.30 last point kami kat jonker walk. tourist guide kata tinggalkan je depa ni kat situ. apa lagi zu and ai terus lah nak balik hotel. panas terik weii, nasib baik en zam (tourist guide) belanja kami cendol, sejukkan tekak! nyaman!! sampai je hotel, kami terus lunch dan cepat2 naik bilik! tido time. keletihan bangat sihhhh!

0 comment:

Powered by Blogger.