hari kelima berkampung, hari ketiga meeting #ccfo2015

11.2.2015

hari ketiga meeting. nampaknya hari ni cik wi pulak balik. team logistik semakin kecik. huhuhu. aptb! untuk meeting ccfo pulak, hari ketiga bermakna semua agenda telah habis dibincangkan. now, masa untuk codex secretariat buat report. masa ni team logistik relax sikit lah, boleh kemas barang2 yang nak dibawa balik ke opis. again, team logistik nak buat photoshoot petang pulak. kali ni dengan ketua team logistik, pn ne. 

dengan delegates dari India. macam-macam :-)




sesi malamnya pulak, irma, zu n ai nak cari asam pedas untuk dinner! weh kata datang Melaka, apa lagi yang nak dicari. malam ni team dokumen pun tak berat sangat, maklumlah codex secretariat tengah pulun tulis report.



niat hati nak makan asam pedas jr yang depan dataran pahlawan ni. rupa2nya tutup pulak. demmm je. ai ols tak paham betul lah konsep jual asam pedas kat melaka ni. siang ke malam? emo. huhuhu. apapun kami gigih jugak la berjalan cari asam pedas. nasib baik jumpa, abes lorong2 mana ntah kitaorang terjah.



habis dinner, kami balik ke bilik sekretariat. malam ni balik on time kol 11pm! hmm kena prepare mental n fizikal ni, esok nak bawa delegates jalan2 pusing bandar Melaka!

0 comment:

Powered by Blogger.