fokus menjadi kaya dunia & akhirat

2.2.2015


untuk menjadi kaya adalam impian semua orang. siapa tak nak jadi kaya especially kaya duit. tapi bear in mind, kalau kaya duit semata-mata tapi miskin segala-galanya, memang takde makna. so, balance it. nak duit tapi kena wasatiah. eh!?

RM adalah perkataan mega yang berlegar2 dalam fikiran recently. bila fikir ke belakang rasanya memang jauh tertinggal in term of nak menyimpan, nak melabur dll. berhutang memang banyak, lagi2 hutang mega last year untuk support pembinaan family dream house :-) kalau tak berkorban, memang dream house tinggal dream je lah! 

tapi masih belum terlambat untuk bermula kan?

kan?

ermmmm

.............

untuk menjadi kaya perkara yang mesti dijauhi skim cepat kaya atau skim yang kata nak tolong tapi sebenarnya merapu. teringat cerita member, yang inform family members dia tertipu ribuan ringgit dengan skim pelaburan emas tak sah. pheww. minta dijauhkan.

google kaedah menjadi kaya

kaya

kaya

......

1. perkara pertama kita kena analisis cash flow kita. panduan ni ai dapat dalam panduan cash flow suzardi maulan tu. oleh kerana copyright tak boleh nak cerita detail nanti kena saman pulak! konsepnya kena tahu, earning vs belanja adakah mempunyai cash flow positif atau negatif.

kalau positif, yang terlebih tu apa yang kita buat?

kalau negatif, macam mana nak recover?

2. sudahkah kita menyimpan? expert kata, kita kena ada saving sekurang2 nya 6 bulan gaji untuk masa2 kecemasan. kalau nak cerita saving ni, memang mencabar! nak tunggu duit terlebih tu memang kadang2, so kena ubah tabiat, save dulu baru belanja!

3. start small. idea ni ai dapat dari sis n borak2 ngan DJ pasal simpan duit hijau (rm5) kenapa kena rm5? sebab jarang2 dapat. so setiap kali dapat duit hijau, simpan dalam tabung up to certain period. mula2 rasa macam takde impak, tapi diam tak diam in a week je dah boleh save. tapi konsep ni boleh diupgrade dari nilai ringgit ke gm emas. (tips ini juga dikongsi oleh mr suzardi maulan aka pak di kat web panduan cash flow)

4. ramai orang kata simpan emas adalah benda yang baik. tapi biasalah, selagi input tak sampai depan batang hidung, nan hado nak cari. lepas tu bila cerita emas, semua takut. padahal sekarang saving emas dah boleh start ngan 1 gm. wow, bersemangat tak? ini pun ai baru discover lepas baca blog ustaz ni. produk Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. 

5. GAP ni macam menarik sebab, boleh start dengan 1 gm, which cost around rm157 (masa post ni ditaip). sila intai website PG untuk harga. pastu boleh beli bila2 masa dan semua boleh dibuat melalui online. tak payah nak risau nak simpan emas sendiri, PG simpan kan. menarik kan? info lanjut, google sendiri.

6. cerita tentang upgrade, boleh gabungkan not hijau+GAP. maksudnya simpan not hijau dalam tempoh sebulan/ atau masa yang ditetapkan. end of period, tukar nilai RM ke pembelian emas tru GAP. camne? buat masa ni ai tak buat lagi, baru terfikir. hahaha. 

apapun, kena cuba dulu. harus diingat, bila dah start simpan, labur etc jangan lupa bahagian orang yang memerlukan. tunaikan zakat okey! barulah kaya dunia & akhirat. 



nota: list syarikat alert Bank Negara sila semak dan sahkan status syarikat/ entiti sebelum melabur ribuan ringgit.

0 comment:

Powered by Blogger.