cerita (basi) ptptn! surat pelepasan hutang.

3.2.2015


ptptn. kalau dapat dikarang satu puisi untuk ptptn mesti bunyinya tidak begitu manis. tapi tanpa ptptn mungkin ai tak berada ditahap sekarang. eh? tidak dapat dinafikan pengorbanan ptptn kepada peminjam, tapi jangan sesekali melupakan pengorbanan (besar) peminjam kepada ptptn! huhu.

Alhamdulillah, ai telah melangsaikan hutang ptptn since tahun lepas. tutup satu lubang hutang! maka, satu perkara yang paling dinanti2 sejak ogos 2014 ialah surat pelepasan ptptn. bila balik kampung weekend lepas, tup2 surat pelepasan dah terpacul kat rumah. nasib pergi follow up jan lepas, kalau tak nan hado lagi gamaknya.

perasaan menerima surat pelepasan ptptn adalah seperti mendapat surat cinta yang bertempek bedak wangi. hahaha. rasa macam nak frame je. tapi yang paling tak boleh blah, ada satu statement berbunyi "sekiranya tiada apa-apa tuntutan daripada ptptn dalam tempoh 6 bulan, surat pelepasam pembiayaan ini dianggap muktamad". fuhhh. kena tunggu lagi 6 bulan. penantian menyeksakan tau ptptn!!!

apapun, settle satu part. kat sini ai ingin menyeru peminjam2 yang masih teragak2 nak bayar hutang, yang takde inisiatif nak bayar silalah berusaha membayar. walaupun, hidup ni penuh dengan cerita hutang, tapi percayalah jika dah langsai hutang yang satu ni (ptptn) feeling dia lain macam! 

selamat membayar hutang ptptn!

0 comment:

Powered by Blogger.