mak's trip to padang!

26.2.2015


ke klia2 kita! phewww. mencabar betul hari ni. dapat tido jam 2 am, pastu kena bangun 3.15 am! kena pulak keluar awal dari rumah sebab geng2 rombongan mak berkumpul at 5 am kat klia2. giler awal padahal flight kol 8 am! memang mengharukan!

sampai klia2, ai ols is bengang ngan ketua trip rombongan ni. adakah tak deliver maklumat betul2 kat orang yang nak follow?! mati2 ingat mak n uda nak pi bandung. rupa2 nya nak pi padang. apakah? pastu boleh pulak dia print siap2 semua orang punya boarding pass. selamba derk je dia buat tak nampak ahli rombongan yang bawak beg oversize tak check in. bila kena tahan ngan polis baru nak menggelabah. aptb lahhh! apapun, harap2 mak, uda n ahli rombongan lain selamat pergi dan balik, shopping habis2 dan enjoy jalan2. 

ai ols? sengsara betul keja hari ni, ngantuk sangat. letih tahan mata. penangan tak cukup tido. arghhh!!

oh dropbox!

25.2.2015

satu hari yang dingin, ai dapat emel dari dr gretel via emel pasukan ccfo yang berhajat nak gambar2 masa ccfo yang lepas. dr gretel ni balik awal, tu pasal dia takde cd copy yang ai n irma pulun buat hari tu. hmm. dia kata dia perlu gambar sebab nak buat newsletter. 


mula2 ingat nak pos. tapi macam jauh n lambat je sampai UK. kalau ulu kelang boleh tahan lagi. hihi. maka ai ols create la account dropbox. pilih basic je dapat 2.75 gb free storage. boleh laa kan. maka ai ols try upload semua gambar masa ccfo kat dropbox. kerja gigih ni, sepanjang malam baru siap upload semua pic! dah settle upload, ai dapatkan link dan emel to dr gretel. Alhamdulillah, dr gretel boleh view gambar2 tu. seronok dia bila dapat gambar2 tu semua even hari yang dia takde. 

hmm, apa lagi ye nak upload kat dropbox?!

aerobik dengan abe (-o-). hmm!

24.2.2015


dah lama sangat tak turun padang! hari ni bila turun aerobik, terkena coach abe. hmm, dah lah susah nak follow, banyak sangat step teknikal yang kepit dan lentik. arghhh ai ols is stress ngan abe ni!

i love to shoot!

22.2.2015

hari ni teman dj pergi batang kali untuk meraikan opening studio dinie. wow, very inspiring betul bila tengok orang buka kedai lagi2 buat sesuatu yang diminati. photography!


anyway, tahniah dinie. semoga terus suksess! siapa2 yang berhajat nak cari photographer dan budget tight silalah calling2 dinie untuk quotation dan service ya! dinie boleh dihubungi di talian 0133513716 atau whatsapp 0192436389. jangan malu2 nak call. mana tau dapat harga promo 2015. untunglaaaa kan!!

memadangkan hari ni ada special promo iaitu free white studio, ai n dj pun gedik2 la pi pose. hahahaha. untung la kan. bila lagi? thanks dinie layankan kegedikan we all. hehehe




awesome day!

the heritage walk part 2. ohsem!

14.2.2015

yeay, sebelum pulang ke pangkal jalan, nor, zu n ai decide untuk jalan2 kat tempat2 berdekatan ngan hotel. kira nak buat heritage walk part 2 lah. dulu2 mungkin dah buat dah tour camni, tapi feeling bila dewasa ni mungkin lain sikit kot?

mula2 kami pose kat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. tempat bersejarah ni. bangunan pun masih cantik!



pastu capture lagi A Famosa


lepas tu kami decide nak masuk muzium pulak. dulu2 cam dah pernah masuk je Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ni? bayaran masuk hanya rm2.  boleh bayar guna touch and go! berbaloi2 tau masuk muzium ni.



unik sangat bangunan dia :-)


dalam muzium


lepas hampir 30 min dalam muzium ni, kami teruskan perjalanan ke Muzium Setem Melaka. bayaran masuk rm2. 


ai tak pernah masuk muzium ni. tak sangka ada koleksi setem banyak kat sini. fuhh, nasib ai bukan pengumpul setem. kalau tak mabuk. hahahaha


antara koleksi setem sumbangan individu


arkib setem mengikut tahun keluaran. amazing nihhh. jumpa macam2 setem yang rare!


habis terpesona ngan muzium setem kami jumpa dinasour! hahaha. lokasi nya adalah di Muzium Rakyat. alang2 dah sampai jom masuk muzium ni. bayaran masuk adalah rm3 dan boleh bayar guna touch and go! 



muzium ni rasanya baru di ubah suai. setting dalam muzium ni semuanya masih baru dan fresh! mural kat dinding pun cantik!







yang paling best dalam muzium ni korang boleh jumpa batu meteor original. menurut puan penjaga, batu meteor ni diperolehi dari luar negara. walaupun, batu2 ni nampak macam kecik, tapi amat berat! serius! kandungan besi dalam meteor yang menyebabkan ia amat berat. tak daya nak angkat. mau keluar muscle. hihihi.


dan kalau nak tahu, kat sini boleh jumpa telur dinasour yang tak menetas lagi. huhuhu


memandangkan jam dah kol 11.30 am, kami decide untuk tamatkan lawatan ke muzium kat Melaka. kalau ikutkan memang banyak lagi muzium2 yang ada kat sekitar ni. biasalah orang Malaysia kan mana tahan panas! hahaha. 

anyway, tqvm Melaka sebab pelihara semua artifak bersejarah ni n maintain muzium dalam keadaan baik untuk pelancong dalam dan luar negara. thumbs up!

malam di jonker walk

13.2.2015

malam terakhir di Melaka adalah masa untuk cuci mata! dinner pun tak mau makan hotel dah, nak makan kat black canyon dalam dataran pahlawan. amboiii sangat kan. 


dah kenyang makan, kami terus nak menghala ke jonker walk. gigihkan nak menapak. ramai orang malam ni, kebetulan pulak dah nak dekat cny, memang meriah la ngan tarian naga etc. dalam ramai2 orang, boleh pulak zu ni jumpa mr colombia. hahaha. stalker sangat!

kami teruskan perjalan hingga ke hujung. jumpa pulak stage karoks ni. salute la kat aunty2 ni, walaupun veteran, suara power. memang layan lah!


misi ai ke jonker walk ialah cari ais krim pasu. kata viral, nak gak pi tengok, apakah bendanya? nor ngan zu tak nak beli, tapi ai nak cuba lah. tapi tak tau lah food safety ke tak. tapi takde direct contact ice cream ngan pasu. ok lahhh kot. apakah rasanya? ais krim nestle biasa je kot. tabur oreo atas tu. cuma kreatif lah. harga rm5 termasuk pasu. LOL.



memang banyak barang2 yang rare dan unik kat sini. pastu banyak juga pusat2 komuniti kat sini. sempat juga kitaorang intai pusat tarian tango. perghhh rasa nak join je. hehehe. kat jonker walk ni ai boleh plak terpengaruh nak beli teh bunga2. menarik sangat tau. nanti next2 post baru story ehh.

agak2 dah penat dan dahaga berjalan, kami singgah beli air kelapa. perghh memang skill lah abang2 ni belah kelapa sampai isi kelapa je keluar. superb. owner business ni adalah orang Riau Indonesia yang kawen ngan Chinese (Muslim) Melaka. air kelapa dia manis dan menyegarkan! harga sebiji rm5!



dah kenyang minum air kelapa masa untuk balik hotel!

catatan #ccfo2015

13.2.2015

gambar hiasan

since ai masuk bkkm year 2010, dah 3 kali event ccfo diadakan. tapi tahun ni, adalah 1st time ai join event ccfo. selalunya setiap kali event hanya ahli2 cawangan c&s je yang uruskan. tapi tak tau kena format tahun ni berubah. ada yang kata, sebab ramai sangat geng2 teknikal tahun ni, maka geng2 logistik kena import dari cawangan lain. hmm.

kerja2 untuk #ccfo2015 ni dah start since mid year 2014. irma n ai satu team kena uruskan penari, myceb n photog. tapi bila event nak dekat, macam2 kena settle kan termasuk amik sendiri souvenir myceb kasi, uruskan hadiah2 chair, kena fikir barang2 nak bagi jemputan dll. bila pi Melaka kami kena tanggung tugas ajk lain esp berkaitan banner/ infoshell/ buku etc. pheww. nasib baik irma ni organize dan planning punya orang, so ai follow je lah apa yang dia plan. hihihi.

masa sampai kat Melaka for the first time untuk meeting, tengok muka geng2 logistik semua cam familiar. haaa, boleh geng dah ni! tapi really, walaupun kena keja pagi, malam n mid night kalau kena geng memang tak terasa lah. memang keja nak jadi kepoh kalau tak ai, zu or nizam. kalau bergabung sure bergegar bilik sekretariat. kalau takde suasana sunyi sepi je. hahaha. selalu jumpa geng2 ni kat opis masing2 muka ketat je, stress kan ngan keja, tak sangka pulak bila dah berkampung, hari2 tengok muka sama, persepsi muka ketat tu hilang. betul lah orang kat tak kenal, maka tak cinta. hahaha.

bila berkampung ni, terlupa dah keja hakiki kat opis tuh. that was the best part actually. tak angkut semua beban keja tu. hari2 enjoy turun bilik sekretariat, pi makan sama2, gosip & bahan orang esp adik2 vendor yang konon2 pendiam (masuk hari ke 3 korang dah bahan kitaorang balik!!!) dan tido kat tilam paling empuk. ohsemmm!!

even ada sedikit salah faham, rasanya boleh settle. buang yang keruh, ambil yang jernih, right? kadang2 rasa macam rindu je suasana bilik sekretariat#ccfo2015 tu. it was so fun! walaupun, at first bilik tu cam busuk gila-tapi lama2 immune weh ngan bau dia. hahaha.

maybe lagi 2 tahun #ccfo2017 (yup, Malaysia berjaya kekalkan kerusi host ccfo) keadaan dah tak sama. mungkin gak ai tak join dah, kot2 dah kena transfer mana2 ke? tapi harap2 event yang akan datang akan dilaksanakan lebih baik dari tahun ni. hehehe :-)

last but not least tqvm to semua esp team logistik!

p/s: wehhh, siapa salin nota lesson learn pn ne?!!

kawan dari maldives #ccfo2015

13.2.2015

perkara paling best sepanjang ccfo kali ni ialah dapat kenal delegates2 dari pelbagai negara. oleh kerana ai ni kepoh2 gak masa ccfo ni, ai able lah nak recognize delegates. tapi memang tak ingat lah nama depa just ingat nama negara je. huhuhu. tapi geng maldives ni sempat lah ai berkenalan. namanya Asifa or nickname dia Asi. keja kat FDA Maldives. 

oh Maldives!

ccfo meeting last day! #ccfo2015

13.2.2015

pagi ni memang sengal sikit. 8.30 am dah terpacak kat meja dokumen sebab nak edarkan cd gambar. ngantuk sangat. jasad dah bangun tapi otak tak cukup setting. tido 2 jam 30 min je kot?! apapun, hari ni last day meeting ccfo. yeay! yeay! sepanjang meeting berjalan, geng2 teknikal inform adoption report berjalan dengan baik. Alhamdulillah. 

irma and ai kepoh lagi hari ni, sebab kami nak prepare souvenir yang pk nak bagi kat translator, interpreter, codex secretariat dan etc. pheww. ai pulak macam biasa lah kena jadi photographer. nasib baik camera dah ready je bawa. kalau tak kelam kabut lahhh makcik!

delegates meeting with chairperson :-) muka happy masing2!






chair dengan interpreter


chair dengan dr tee


geng translator


dah habis sesi photoshoot bersama chair, masa untuk makan. hari ni hotel dah buat deco cny. apa lagi masing2 nak pose kenangan. aptb!


ni pulak kak chik aka zu nak pose ngan mr colombia dia. ceyyy. malu tapi mahu!


geng yang paling kuat berusaha untuk ccfo kali ni


menjelang petang, masing2 dah tukar uniform. ccfo dah habis!!! yahooo! masa untuk packing barang! rajin diorang ni kan. book untuk ccfo pulak :-p

Powered by Blogger.