photo book come back: Kuching trip 2014

4.10.2015

dah lama tak submit photo book, kali terakhir dec/14. bila nak sumbit 1 hari ni baru terperasan cost yang bertambah iaitu GST! kah kah, terkena tempias jugak rupanya. kos buat photo book yang 50 page Cool Image Wrap+Slip Case dah touch RM180! demmit!! dah la kena activate voucher expired kena tambah rm20+gst. demam rasa nak submit photo book. phew!

apapun kena submit jugak kan. GST untuk negara. hihihi. ini kali ai submit photo book kuching, trip last untuk #vm2014. lama dah buat, dok tangguh nak touch up & submit. huhu.

yang amazing nya, baru submit 20 min, e-flip dah upload kat website. wow, depa kat Pixajoy tu keja malam2 ahad ni ke? good job guys!









ok, silakan klik e-flip album Part 4 #VM: 2014 Trip Kuching
  

oktober mood! photo book mood!

3.10.2015

sebab dah lama tak menaip jadi terkial-kial pula. haish. cerita september baru je siap publish > revert to draft. kah kah. taktik nak update post mengikut sistem giliran katanya. so, diam tak diam bulan oktober dah pun menjengah. haish, kalau ikutkan pencapaian hidup agak corot. kerja pun tak mantap. perlu booster or mungkin kena tukar angin. life dah ala-ala boring gitu. tapi takpe, bersyukur sebab ada kehidupan dan kerja kan?

dah lama diam dengan aktiviti design photo book kan? now masa untuk buat come back. hahaha. tiba-tiba rasa rajin pulak nak design. untuk merancakkan mood, kita mulakan dengan edisi Semporna/Pulau Mabul. pergh teringat memori2 manis kat Mabul. 

ini sebahagian page yang siap design. kerja ni memang tak siap lagi, slow je progress. nanti dah submit ai tempel kat blog. janji.





ok, masa untuk teruskan perjuangan untuk design. chow!

jangka hayat

3.10.2015

jangka hayat blog ni makin menipis. dalam dilema nak teruskan atau delete sahaja. haish. simptom kemalasan tahap apakah yang melanda? kalau ada keazaman menaip pasti akan ada post menyusul. InsyaAllah :-)

let's rock. let's recall last month events. let's write.

beraya rumah kak ani n farid. yeay!

2.8.2015

kawan-kawan ajak beraya, rugi pulak kalau tak menyusul jemputan, kan? perut pun dah lapar, kena sangat timing beraya. mula-mula kami- nor, zu & ai ke rumah kak ani. agak susah nak cari rumah, somehow we managed to find. fuhhh. sampai2 nampak makanan yang banyak dah terhidang. hebat lah kak ani masak semua hidangan ni sorang2. thumbs up sebab sedap. huhuhu. 


next ke rumah farid pulak. kali ni hanya zu ngan ai je. nor pergi beraya rumah calon boifren. hahaha. happening betul beraya rumah farid coz husband dia tak pemalu. ada je dia cakap :-p farid pun masak banyak. kenyang makan!



anyway, tqvm guys! sedap-sedap masakan. tahun depan kami datang lagi. eh?

kopi-butterscotch chip cookies. ohsem!

2.8.2015

masih dalam mood raya, mood baking cookies! yeay! memandangkan masih ada lagi bahan-bahan so ai decide untuk buat cookies cip kopi & butterscotch dengan kacang badam. wow wow. cip kopi ni 1st time ai jumpa maka excited lebih :-) resepi akan dikemaskini kemudian (lupa mana letak resepi, lol)

adalah diingatkan cip butterscotch ni memang manis, manis dan manis. so bukan sebab biskut tapi cip butterscotch tu. kenapa ada warning ni? sebab kawan2 yang makan cookies ni complaint cookies ni terlebih manis. huhu. tapi biasalah cookies famos amos lagi manis kot. always, makan berpada-pada. 
 
personally, ai memang suka bake cookies yang ada butterscotch cip ni sebab wangi semerbak. nyum!



 

photo wall decoration untuk raya #potluckrayabkkmp3

31.7.2015

sana sini masih heboh sambutan raya. memandangkan pengurusan takde budget nak buat sambutan raya tahun ni, maka geng2 opis pakat2 buat potluck untuk sambutan raya. as usual, geng surveilan take lead untuk event ukhwah macam ni. task special yang geng kami nak buat sangat ialah sediakan tempat ambil gambar aka photo wall!

hmm, mula-mula memang susah juga nak brain storm idea. bila dah google and sketch, maryam-zu & ai come up dengan simple idea yang comel. so, mula lah operasi untuk membuat bunga kipas, potong bulan/bintang/ketupat dll. task paling susah part bunga kipas. TQ korang yang rajin melipat- maryam, zu, nuurul, irma, nida & syahnaz! hasilnya memang comel amat!

 
lepas tu macam-macam idea datang! 

part menampal kat wall memang awesome dan hasilnya cantik sangat. sweet dan comel. TQ DJ untuk text & tukang gunting suzy+maryam.


tahniah semua atas penghasilan photo wall yang awesome! geng2 jangan lupa ambil gambar kat sini ya!

jom study dan makan! #ohriskprofile

31.7.2015

bermula tahun ni mr big boss tambah 1 perkara wajib dalam skt. kena buat 2 laporan risk profile/tahun. kena study dan buat literature review. huhuhu. dah lama tak mengulit bahan bacaan ilmiah, memang rumit betul nak mula, hadam dan siapkan report. on top of preparing a report, kena buat presentation. so, presenter pertama maryam dengan paper yang bertajuk Mercury. fuhhh.



gigih kami belajar tau! end of discussion, kpp set jadual untuk next presentation. DJ and ai kena present on 28th. hehehe. a month to go :-) untuk lebih surprise, kpp kata kena present depan kawan2 dari seksyen lain. haha, cari pasal betul lah! aptb!


dah penat belajar, masa untuk makan. tq to mmyza cafe untuk tajaan laksam yang sedap. hehehe. ai ols bawa nasi goreng kuning dengan rendam ayam- first time masak. hahaha. okey, makan kenyang-kenyang. jumpa lagi dalam sesi perkongsian risk profile akan datang. oh yeahhhh!
 



akhirnya dah jumpa! old friend - Siti Nurbaya!

28.8.2015

masa 12/2009, ai ada tulis satu open letter untuk baya. hope untuk jumpa dia one fine day. tapi cerita nak cari tamat macam tu je. huhuhu. ntah macam mana, raya lepas, mak tiba-tiba sebut pasal Baya. oh! ai terus search internet, dan jumpa beberapa baya dan send emel. lucky me one of them adalah baya yang ai cari. Alhamdulillah :-)

apalagi terus WA tanpa henti dari pagi sampai petang. macam2 recall dan yang paling penting dua2 kepoh nak update mak masing2 yang kitaorang dah jumpa secara maya! masih kepoh seperti dulu.

baya, TQVM sebab masih ingat. wow you've 3 kids now and happy family. ada sikit segan&nervous gak nak jumpa secara real ni. hmm.

hobi lama diberi nafas baru. jom mewarna!

27.7.2015

balik dari audit kilang, terpacak awal kat airport around 5.30pm! naik flight kol 9.30pm! haru! so pusing2 airport, nampak MPH. usha2 around, pastu mata tertangkap buku mewarna for adult. wow, interesting! apa lagi, pakat beli buku+pensil warna sekali!


lama dah tak mewarna kan. rasa macam kanak-kanak je yang buat kerja ni. tapi rupanya, i'm not too old for colouring actvities. pasni ma'long boleh join the Q sister mewarna lah. hehehe. so sementara menunggu masa untuk berlepas, let's colour the first page. hasilnya, jeng3!

 


read somewhere in the internet, colouring for adult can help stress release and mental deterioration. hahahaha. apa lagi jom mewarna!

jom ke simpang renggam!

26.7.2015

yeay, 2nd audit task kali ni ke simpang renggam! ai naik flight ke Senai Airport>teksi ke Simpang Renggam. sampai awal at 10am di Hotel Wawasan and lucky me sebab boleh check in awal. yeay! 


wow, hotel ni memang baru dan nice. tilam empuk kot. worth rm65/night kat Agoda. apa lagi hari masih awal, layan tv dan zzz. kah kah kah.
 


yang best nya dok hotel ni, bawah ada kedai makan dan kedai mamak.masa dinner ai lepak kat kedai mamak @ D' Tepian Amirul. makanan kat sini boleh tahan lah, yang paling special otak-otak dan roti sardin. unik dan sedap! kenyang perut.




dah kenyang, masa untuk tido. esok kena kerja! oh #audit!
 

selamat kembali ke Pusat Darah Negara. #darahO

23.7.2015

kali terakhir derma darah ialah 2005. pastu ada niat nak derma tapi tiba2 nurse kata "sorry nama kena block sebab.....". kena pi pusat darah negara (PDN) tapi dok tangguh sekian lama. bila dah pergi PDN, salah hari, doktor takde dll. sehinggalah hari ini dalam sejarah, berjaya menjejakkan kaki semula ke PDN dengan niat untuk unblock nama dari sistem, berniat untuk jadi penderma yang regular selepas ini. 

5008

fuhh, setelah sekian lama menanti akhirnya sampai turn bertemu doktor. soalan pertama doktor tanya

"kenapa tiba-tiba datang balik ni"

gulp. instantly ai jawab "insaf". hahahaha. well not an expected question doc! bila dia go through dokumen, dia kata kalau ikut result dulu memang takde pape. tapi since dah 10 tahun, kena repeat test sebelum boleh masuk dalam pool donor. ooohhh!

so dia prepare jarum dan darah dikeluarkan dalam 2 tiub kecil. dalam hati berkata, erk pekatnya kaler darah ai! huhuhu. habis session keluarkan darah, doc set appointment on 27th. hmm. tiba2 rasa nervous pulak nak tau result!

hopefully everything goes well. Insya Allah :-)
 

majlis khas bersama KSU!

2.7.2015

hari ni berpeluang ke majlis khas sempena persaraan KSU kat Marina Putrajaya. tq sponsor kerana membenarkan ai gantikan tempat untuk makan iftar. hehehe. memandangkan KSU nak bersara on 4th, pengurusan buat surprise event untuk KSU.



selain dari iftar ada banyak program yang disajikan sempena majlis khas ni. ada nyanyi, bacaan sajak dll. kami layan je lah apa yang mampu.


spot pian in same room. huhu


cik wi dapat pesanan penaja dari pn nik, supaya buat event yang sama masa PK retire nanti. huhuhu


end of event, sesi ramah mesra KSU bersama semua yang hadir


dan yang penting dapat bergambar dengan KSU. all the best KSU. selamat maju jaya!
 
Powered by Blogger.