taklimat GST di maeps, serdang #myGST4U

16.12.2014

GST oh GST! sana-sini orang asyik cerita pasal GST. ada info yang tepat, kurang tepat dan salah! Alhamdulillah, ai dapat menghadirkan diri ke salah satu taklimat GST yang diadakan kat maeps, serdang. event hari ini adalah usaha nbos antara kementerian untuk memastikan semua penjawat awam mendapat knowledge tentang GST yang akan enforce pada 1 April 2014 :-) sepanjang full day event ini, wakil dari pelbagai agensi penguatkuasaan gst seperti kastam, kpdnkk dan penerangan gigih menyampaikan maklumat berkaitan GST. siapa yang boleh kenakan cukai kepada consumer? syarikat yang ada perolehan melebihi RM500K setahun. syarikat2 ni kena mendaftar baru boleh collect GST. so, kalau gerai kat kampung perolehan bawah RM500K boleh kenakan cukai tak? jawapanya TIDAK!


okey apa itu GST? ramai orang salah bagi info yang GST stand for Government Service Tax! huhu. sebenarnya GST bermaksud Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. ini bukanlah sistem cukai baru untuk negara kita sebab pada masa sekarang telah pun ada SST (Sales and Service Tax) pada kadar 5%, 6% dan 10%!! tanpa kita sedar dan tanpa kita amik tahu pun, memang kita dah lama bayar cukai ni sejak tahun 1975! itu fakta! yang paling kita tak aware, sebanyak 160/194 negara telah laksanakan GST dan hanya ada 3 negara di ASEAN belum laksana GST iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar. ohhhh!

secara ringkasnya, kenapa kita perlu kisah pasal GST? sebagai pengguna (consumer) kita perlu tahu, kadar GST ialah 6%. bila kita beli barang or dapatkan perkhidmatan kita akan dikenakan GST. apa yang menariknya konsep GST negara kita, banyak barangan kegunaan harian dikelaskan sebagai zero rated GST (tidak dikenakan cukai!) termasuklah perkhidmatan pengangkutan dan hospitaliti. 

tidak dinafikan akan berlaku kenaikan harga terutamanya untuk barang2 yang pada masa ni 0% SST tapi lepas GST ada tambahan 6%! tapi we can expect penurunan harga juga untuk barang2 yang 10% SST ke 6% GST, kan? sebagai panduan pengguna, kpdnkk akan keluarkan shoppers guide yang boleh membantu kita semasa kita membuat pembelian barang aka shopping!  





sama ada kita suka atau tidak GST tetap akan dikuatkuasakan pada 1 April 2014. dari sudut positif, GST dilihat sebagai sumber cukai yang lebih stabil berbanding cukai2 lain yang negara collect. ye lah, selagi ada orang beli barang, adalah GST yang dikutip. so duit2 cukai tu akan digunakan semula untuk pembangunan negara jugak, kan? marilah kita bersedia untuk menghadapi penguatkuasaan GST. jadilah pengguna bijak dan berhemah!

maklumat lanjut mengenai GST sila klik pautan berikut KASTAM GST!

0 comment:

Powered by Blogger.