Trip Cinta Alam Sandakan Part 5: dinner di Sim-Sim 88

20.10.2014

orang kata tak lengkap kunjungan ke Sandakan (SDK) kalau tak singgah makan seafood, sebab seafood kat sini fresh dan murah. hmm. ye ke? ai dapatkan cadangan dari farhah ptm (tqvm!) untuk aktiviti MAKAN DI MANA? farhah soh kami pi makan kat Restoran Sim-Sim 88. memandangkan kami tak sewa kenderaan, maka kami naik teksi je ke restoran tersebut. nasib baik ada banyak teksi kat sebelah hotel (tepat anis pilih hotel). untuk satu trip ke restoran hanya rm 10 dan perjalanan mengambil masa dalam 10 min.

kami tiba di destinasi pada jam 7 pm! mula2 tu macam pelik gak laluan kedai ni sebab melalui rumah2 orang. rupanya kat sinilah water village. masa ni pun tak ramai lagi orang, ye lah baru jam 7 pm. hihi.



sejurus kami sampai, adik baju merah ni dok suggest macam2 makanan. apa lagi dalam keadaan lapar, masing-masing order dengan confident tanpa memikirkan budget. hahaha.


nampak tak haiwan yang pelik2? fuhh, terbaik dan fresh makanan dinner kali ni! (err, boleh tak depa ni tukar bekas gabus ni?)




kami amik seat berdekatan dengan air. feeling2 makan sambil merasai angin bertiup sepoi2 bahasa. sambil tu boleh usha2 aktiviti orang kampung air ni. hihi. 


borak punya borak, food kami pun sampai. cepat, mungkin sebab tak ramai orang. macam2 yang kami order. in term of rasa memang sedap dan lazat. seafood memang fresh la, no doubt. kena pulak pakej minum teh cina. memang terbaik. bab masak apa yang paling best tanya je lah adik baju merah tu. kami semua ikut suggestion dia je.







memang sedap dan kenyang. Alhamdulillah :-)


dah makan kenyang-kenyang masa untuk bayar dan pulang! aisey tiba-tiba saspen sebab dah syok2 makan baru teringat kena hulur rm. phew. auntie tu dok tekan kalkulator banyak kali, sekali dia kata semua rm 145. eh, murah pulak untuk kami berempat vs apa yang kami makan. sangat berbaloi. 


around 9 pm, kami pun decide tunggu teksi kat jalan utama. lama juga kami tunggu, akhirnya kami decide call je pakcik teksi yang hantar kami tadi. haha.

Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 2/ Day 2
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 3/ Day 3
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 4/ Day 3

2 comment:

DJ said...

ehhh ni bukan sim2 yg aku makan tu...patut aku pelik ko ckp kedai tu ada carlsberg semua...hehehe ni pasar sim2 yang aku cakap tu...

http://wanderlustdj.blogspot.com/2013/03/borneo-trip-to-sandakan-day-1-07072010.html

Asilah Kassim said...

oooh. patut lah memang ada 2 tempat yang sim2 aku p ni dengan sim2 ko p tuh. tapi yang ko p tu jauh sikit

Powered by Blogger.