Trip Cinta Alam Sandakan Part 4: kenangan manis di Sepilok

20.10.2014

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Sepilok pada jam 11 am, setelah mengharungi perjalanan yang panjang. hehe. semua orang mesti tahu, di Sepilok mempunyai tarikan utama pelancong iaitu Borneon Sun Bear dan Orang Utan. kedua2 pusat ini terletak dalam kawasan yang sama. untuk memudahkan pergerakan, kami menggunakan kemudahan tempat simpanan barang yang telah disediakan di pusat rehabilitasi orang utan dan ianya free.  


sun bear aka honey bear adalah bear yang terkecil di dunia. favorite food depa ialah madu, buah fig n anai2. setiap sun bear mempunyai individual chest mark sebagai identifikasi. di centre ni ada beberapa ekor sun bear antaranya Bermuda, Kuamut, Takob dan Natalie. kelasss kan nama.



fi masuk ke centre ini adalah rm 5 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2. centre ni ditubuhkan sebagai pusat latihan kepada sun bear. setiap sun bear yang ada akan diajar cara hidup berdikari dan apabila dah lulus sun bear ini akan dilepaskan semula ke dalam hutan. daripada info yang kami dapat, setiap sun bear mempunyai kompetensi yang berbeza2. ada sun bear yang hanya mengambil masa yang singkat sebelum dilepaskan ada yang makan tahun!


pusat ini telah diasaskan pada tahun 2008, oleh En Wong Siew Te, seorang ahli biologi hidupan liar. untuk pengetahuan, tapak pusat ini pada asalnya telah digunakan bagi melindungi badak sumatera. oleh kerana badak2 tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain, founder dengan kerjasama pelbagai pihak telah menubuhkan pusat konservasi ni. 


usai tayangan video, kami meneruskan perjalanan ke platform. masa ni ada beberapa ekor sun bear tengah cari makan dan sun bear2 ni memang extreme comel.


tengah asyik tengok aksi sun bear tiba2 staff arahkan kami beredar sebab ada orang utan tengah mengamuk! 


memang pengalaman paling berharga, jumpa orang utan secara dekat memang impian kami semua. walaupun kami kena kuarantin dalam ofis kami tetap happy dalam ketakutan. hahaha.


orang utan yang tengah mengamuk, habis bulu2 mengerbang. dipercayai, orang utan ni memang selalu datang ke centre ni, tapi hari ni mood tak baik. habis bench kat platform dibaling and sign board semua tunggang terbalik. huhu. keadaan masa tu memang cemas. kami? excited dapat tengok orang utan dekat2!


hampir 20 min juga staff nak uruskan orang utan mengamuk ni, dan akhirnya orang utan ni beredar. kami naik semula ke platform untuk tengok sun bear. tapi semua sun bear menyorok! hahaha.





dalam kol 1 pm, kami pun beredar meninggalkan pusat ni. kami bangga dengan founder dan staff sebab gigih memelihara sun bear2 ni semua. bukan mudah, kos pun tinggi. so sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita pun boleh bersama2 membantu mereka. macam mana? join sun bear adoption program! eh, bukan boleh bawa balik, tapi provide bantuan kewangan untuk beli honey, tempat rehat, makanan dan etc. semua maklumat boleh didapati di website. jom kita bantu!


now masa untuk makan dan solat! setelah kekenyangan, kami pun beredar keluar dari restoran. tiba2 nampak orang ramai tengah berkerumun. laaa, rupanya orang utan tadi belum masuk hutan lagi. tapi now mood dia dah baik, so kami pun amik kesempatan untuk posing. hihi. memang pengalaman manis! tapi kesian plak tengok dia, apa kah problem orang utan ni?




 Orang Utan Rehabilitation Centre


feeding time sesi petang adalah pada jam 3 pm dan fi masuk adalah rm 5 untuk dewasa. untuk ke feeding platform, kena menapak melalui trail yang disediakan.


setelah beberapa minit menunggu, staff datang untuk bagi makan. masa ni ada orang utan betina dengan anaknya dah standby. apa lagi masa untuk makan!



muka excited nampak orang utan. hahaha.


ada beberapa ekor orang utan yang lain menghampiri feeding platform, tapi sume macam takut nak dekat.


macam-macam aksi comel orang utan nak dapatkan makanan tanpa dimarahi oleh orang utan betina. hihi.


memang seronok memerhatikan aksi2 orang utan ni. masa kami datang ada dalam 7 ekor orang utan. ada seekor orang utan yang tanpa bulu menarik perhatian ai. lepas ricky information dari staff kenapa orang utan tu takde bulu, rupanya dia ada sakit kulit daa. kesian. oh, ya! kat centre ni pun kita boleh join adoption program. jangan lupa lawati website untuk maklumat lanjut.


around 3.50 pm, sorang staff tegur kami tanya macam mana kami nak balik Sandakan (SDK). aisey, confident je kan. nasib baik staff tersebut inform, yang bas last ke SDK jam 4 pm. apa lagi kami pun bergegas keluar. kami bernasib baik sebab bas masih ada, apa lagi jom naik bas! tambang rm 5. fuhhh, save budget!


perjalanan dari Sepilok ke SDK dengan bas henti2 mengambil masa hampir sejam setengah. fuhhh. masa kami sampai di Sandakan hari pun dah hampir gelap. apa lagi bergegas kami cari hotel untuk bermalam-City View Hotel rm 60/ room/ night

Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 1/ Day 1
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 2/ Day 2
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 3/ Day 3
Powered by Blogger.