Trip Cinta Alam Sandakan Part 3: selamat tinggal Kinabatangan!

20.10.2014

setiap pagi memang nak kena ada drama agaknya kat Nature Lodge Kinabatangan (NLK) ni? mana taknya seawal 3 am, long tail macaque dah main baling2 buah atas bumbung kabin. sabar je lah. nak tak nak tido je lah. kalau nak marah pun tak guna. huhu. seperti biasa kol 6 am adalah masa untuk morning river cruise. nak dijadikan cerita, pagi ni ada beberapa geng foreigner bangun lambat. kalau nak tau, kat NLK ni staff akan palu gong 15 min sebelum aktiviti start. oleh kerana pemukul gong tiba-tiba MIA pagi ni, masing2 nak bangun lambat. ramzan pun hot jugak, membebel2 dia dalam bot. tapi buat tak layan je lah. hahaha.





yeah, pagi yang dingin untuk perjalanan sejam di Sungai Kinabatangan. river cruise yang terakhir! oh ye, tips untuk trip macam ni, kena ada dan bawa gear yang mantop. kalau boleh, dslr dengan lens yang boleh zoom dekat. ai ols bawa compact je, gambar pun ala-ala je lah. kalau bawa binocular pun bagus, sebab binatang2 ni semua jauh2, susah gak mata nak zoom dekat. hihi.

pagi ni kami nampak banyak eagle, ada gak eagle yang diberi nama White Bilit Sea Eagle (tiada dalam gambar), sempena nama kampung, kelas sangat. tak jauh dari lokasi eagle, kami nampak buaya sepajang 2 meter. tengah menyorok atau memerhatikan mangsa. siapakah mangsanya? 



tapi apa yang membuatkan hari kitaorang lebih gempak, kami jumpa lagi buaya sepanjang 4 meter tengah bersantai di bawah cahaya matahari. ingat korang je nak sun bath, buaya pun nak. ramzan inform, yang buaya ni adalah buaya yang sama kitaorang nampak masa morning cruise sebelum ni. hmm, walaupun gambar ni nampak kitaorang macam dekat je dengan buaya ni, tapi sebenarnya tak. gila apa, buatnya buaya ni lapar, tak sempat nak lari oii.



habis jumpa buaya, kami berpatah balik ke lodge. memang sedih tak dapat jumpa pygmy elephat, tapi kami redha dan pasrah. hihi. 



memandangkan hari ni last day, maka kena rush sikit. sampai je lodge, kami terus breakfast. dah kenyang, masing2 balik kabin untuk mandi n packing. tepat jam 8.30 am, masa untuk bertolak balik dengan bas! sepanjang perjalanan memang qada tido je lah, perjalanan pun lama hampir 3 jam. kami berempat turun di Sepilok untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. 

selamat tinggal Sungai Kinabatangan. kenangan manis simpan dalam hati, kalau umur panjang, pasti kita bertemu lagi.


sedikit review/cadangan river cruise Kinabatangan

kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa masukkan river cruise Kinabatangan (RCK) sebagai salah satu aktiviti wajib. kalau bukan pencinta alam sekalipun, korang pasti akan teruja! 

hmm, ada banyak company yang offer pakej RCK ni. kami pilih Nasalis Larvatous Tours Sdn Bhd di website www.insabah.com. company ni ada offer 2D1N, 3D2N or 4D3N experience RCK. ada juga kami bandingkan dengan beberapa company lain dan akhirnya terpaut pada pakej 3D2N RCK Nasalis. sebab? complete pakej, ada makan minum, meet aktiviti yang kami nak buat. plus feeling duduk dalam cabin dikelilingi hutan. awesome. for us, memadai pilih pakej 3D2N sebab lama2 sangat pun boring. hihi. 

budget untuk pakej Nasalis ialah rm 345/pax. tapi kami tambah beberapa kos lain iaitu rm 80 untuk transport pergi/balik Sepilok, sewa torch light rm 10, sewa boot rm 10 dan 1 night walk rm 15. memang costly but worth it. untuk book dan nego tentang pakej ni, boleh contact Donny 0138636263/ sales1@nasalislarvatustours.com.

Nature Lodge Kinabatangan adalah awesome dan kami memang gembira dengan service dari sebelum kami jejak kaki ke NLK sehingga masa balik :-) tqvm, so much! dengan adanya hospitality macam ni, definitely foreign tourist akan datang ke negara kita. 




will miss u NLK! okey, cerita hari ketiga masih panjang, kita sambung next post ya :-)

Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 1/ Day 1
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 2/ Day 2

0 comment:

Powered by Blogger.