Trip Cinta Alam Sandakan Part 2: bersatu dengan alam!

19.10.2014

bangun awal pagi ni dikejutkan oleh amukan babi hutan kat sebelah kabin! haaa, barulah namanya dok dalam hutan kan. punya lah terkejut. apapun nasib baik babi hutan mengamuk, kalau tak mesti subuh gajah. aktiviti pagi ni bermula seawal 6 am untuk morning river cruise di downstream Sungai Kinabatangan.





selamat pagi Sungai Kinabatangan!


river cruise pagi ni mengambil masa 1 jam. pheww. sejuk tak ingat, perjalanan di selubungi kabus. grrrr. seperti biasa, misi adalah mencari2 haiwan yang ada di Sungai Kinabatangan. as usual kami nampak bangau, eagle, macaque dan yang paling gempak nampak buaya yang panjangnya hampir 3 meter kat tepi riverbank. tapi tak berapa jelas, nampak sikit ekor, nampak sikit kepala. tapi dah cukup mengujakan! dalam kol 6.45 am kami bergerak menghala balik ke lodge. sampai2 je dah time breakfast ala-ala omputih, nasib baik ada mi goreng. layan.



dah kenyang makan, kami balik ke kabin sebelum ready untuk next activity, morning walk ke Ox-bow lake! tepat kol 9 am, briefing untuk morning walk. masa ni guide suruh kami sewa boot (rm10) sebab sepanjang perjalanan ke ox-bow lake akan melalui tempat yang berlumpur. kalau pakai sport shoe biasa macam tak sesuai sangat. 


perjalanan dari lodge ke ox-bow lake mengambil masa 45 min. perghh, jauh wei jalan. menitik peluh jantan. hahaha. ada la kitaorang jumpa ular n beberapa serangga kecik. sampai kat lake tu, terpegun sekejap. cantik. nature! kat sini guide bagi masa 30 min untuk membuat aktiviti fish spa. perghhh best tu. seperti biasa emel memang geli ngan aktiviti ni. anis, finaz n ai memang layan lah kan. tapi oleh kerana ikan ni kecik2 dan banyak memang tersa kegeliannya. tapi maintain macho. hahaha.







habis sesi fish spa, kami teruskan perjalanan balik ke lodge. sepanjang perjalanan ramzan terangkan pokok2 dan buah2 yang kami jumpa dalam hutan tu. baru tau yang kat Borneo ni banyak buah fig/tin yang orang dok bawak balik dari Mekah. kalau korang nak tau buah fig/tin adalah buah yang sangat digemari oleh orang utan. 



fuhhh, memang meletihkan morning walk kali ni, 3 jam kot! sampai lodge, masing2 balik kabin dan bersihkan diri sebelum bersiap untuk lunch. hehehe. seperti biasa lunch ala-ala omputih dengan nasi memang menyelerakan. dah kenyang ai chow masuk kabin. masa ni kepala memang dah terasa berat dan pening. anis, emel n pinaz masih lepak kat tempat makan bincangkan isu semasa. ai pulak telan panadol dan tido tak sedarkan diri. hahaha. selain dari 2 aktiviti ni, borak n tido, NLK ada sediakan 2 buah kayak. kalau berani, pergilah berkayak di Sungai Kinabatangan. hihi

tepat kol 4 pm, masa untuk afternoon river cruise. walaupun kami berharap untuk jumpa pygmy elephant, tapi takde rezeki. petang ni sekali lagi kami jumpa macaque, proboscis monkey dan silver langur. apa yang menariknya tentang silver langur ni, anak dia warna oren. hihi. comel sangat. setelah 2 jam menyelusuri Sungai Kinabatangan kami pulang ke lodge. setelah bersihkan diri, masa untuk dinner! 






proboscis monkey cari tempat tido at 5.45 pm :-) dok bertenggek kat hujung2 dahan pokok!


nampak buaya? jaga-jaga ada yang memerhati.



malam ni kami tak join night walk, apa lagi time untuk gossip girl kat kafe. hahaha. ye la, lama tak jumpa, update lah apa-apa yang patut. session berborak berlarutan sampai lah kafe tutup. hihi. kami tukar port ke receptionist area, kebetulan masa tu ada beberapa geng foreigner tengah bersantai. bila kami sampai, terus depa tanya adakah kami orang Malaysia. 

geng foreigner kata depa suka ngan Malaysia, suka KL, suka SDK, suka makanan dan yang paling penting suka orang-orang Malaysia yang friendly. kalau diberi peluang, memang depa akan datang lagi. in fact ada geng yang dari Germany tu dah 2 kali datang negara kita :-) Alhamdulillah. 

bila malam dah semakin larut dan guide dah warning jangan bangun lambat untuk trip cruise esok, so masa untuk tido. again, hari yang meletihkan dan menyeronokkan!

Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 1/ Day 1
Trip Cinta Alam Sandakan/ Part 2/ Day 3

0 comment:

Powered by Blogger.