happy birthday!

27.11.2014

happy birthday, dear me. hopefully more success, more happiness, more loveliness will come around. hahaha! 

bengkel pendakwaan di ILKAP, Bangi

24-28.11.2014

hadir ke bengkel pendakwaan memang menyebabkan semua orang stress. mana nak belajar pasal perundangan teori dan praktikal, mana nak dok dalam mahkamah nak faham dia punya bunga2 bahasa sebagai pegawai pendakwa (PO) dan saksi lagi. arghhhh!!!

apapun sepanjang 5 hari crack kepala, dapat jugak ilmu nak jadi PO dan saksi. tapi memang kena train dan kena mantapkan skill. berani ke nak lawan lawyer kan? hahaha.





dinner kat William, KJ. jom!

7.11.2014

memandangkan sue teringat2 nak makan kat William, maka malam ni kami (+DJ n Irma) decide untuk jalan2 cari makan kat William, KJ. kalau nak order kat sini, kena beringat2. kalau perut kecik jangan amik 1 dish sorang. sebabnya portion makanan dia macam boleh 2-3 orang yang perut kecik makan. tapi kalau tembolok besar, boleh je layan portion William hahaha.


air satu gelas besar. ai order Ribena Laici


ada banyak makanan yang famous kat sini. kalau tak tau nak makan apa, boleh minta staff atau boss William suggest korang specialities depa. antara food yang kami order:

ohsem! Chicken Kiev


super creamy Butter Prawn


Pau Goreng @ Mantao. crispy diluar, gebu didalam. hihi.


Spaghetti Aglio Olio, pedas memikat. sedap!


Nasi Goreng dengan Soft Shell Crab, yummy!


memang puas hati makan sini. sedap nyum! nyum! korang boleh lah try jugak!

hutang photo book Cik Wi. yeay, dah sampai!

7.11.2014

memang bercinta betul nak siapkan photo book (pb) Cik Wi kali ni. lebih banyak malas dari rajin. adeh, kenapa sih malas sangat sekarang? hihi. apapun, hutang dah settle :-) delivery pun cepat. gambar yang print pun cantik. puas hati. 


now nak amik mood buat pb sendiri, voucher banyak nak expired tu!

team building bkkm :-)

6-7.11.14

secara jujurnya ai tak suka nak pi team building ni, tapi dah diarahkan kena lah pergi jugak. lagipun, boleh jumpa artis kan. hahaha. team buiding kali ni adalah anjuran bkkm dengan kerjasama berbayar Explore Minds Asia by Mr Nazril Idrus. 

 

memang banyak benda yang boleh dipelajari sepanjang 2 hari ni. selain dari game yang buat orang confius ke cakap2 by Mr Nash ke luahan perasaan yang tak henti2, kursus ni not bad. hahaha. benda yang paling diingati ialah, untuk belajar benda baru, sentiasa UNLEARN to LEARN. jangan dok perasan yang semua benda kita tau. 




sepanjang 2 hari ni jugak, peserta di bahagikan kepada 4 kumpulan. masing2 kena collect point up to 20 million. hahaha. memang gigih la kitaorang cari point, buat cheer kumpulan kuat2, jawab soalan dan main game. group ai ols memanjang corot, kalau tak no 3, no 4. huhuhu.


selain tu, Mr Nash ajar untuk berjaya kena live above the line. ciri-ciri orang yang live above the line ialah always responsible, accountable dan (x). kalau suka sangat blame orang, kaki complaint sah2 la hidup below the line. sadis!


apapun, memang seronok 2 hari datang kursus ni. kalaupun tak berjaya buat perubahan yang drastik, tak salah kalau mula dengan sesuatu yang kecil. ok, jom cuba!

How You Do Anything, Is How You Do Everything!

Raudhah dah sampai!

3.11.2014

finally, Raudhah dah sampai kat tangan. perasaan? super excited. bunch thanks to RAMFC Store. u guys did a great job! 



masa post ni di taip, ai dah pun habiskan baca Raudhah. mungkin sebab membaca dalam perjalanan, memang susah nak digest jalan cerita. feel pun tak sampai. fenin dengan watak-watak! mungkin faktor usia kot. lol. apapun, syabas kepada tuan RAM, banyak betul mesej dakwah dalam Raudhah. yang amazingnya, cerita satu buku ni, jadi dalam masa 3 min je. hahahaha. luar jangkauan. untuk ai, kena repeat baca Raudhah, kali ni kena feel betul2!

err, siapa White? Bianca?

boss baby girl delivery!

22.10.2014

Alhamdulillah boss selamat melahirkan baby girl dengan jayanya! congrats boss n whole family. welcome to the world baby girl, Jiha Qairyn! semoga sentiasa sihat, happy dan jadi anak yang solehah. see u soon!


Trip Cinta Alam Sandakan Part 6: jejak warisan Sandakan

21.10.2014

tak lengkap rasanya kalau tak explore town Sandakan (SDK)! maka, hari ni kami decide untuk jejak warisan (heritage trail). kalau nak tau, ada 11 tapak warisan di SDK. jom! 


William Pryer Monument

tugu peringatan ini dibina bagi memperingati founder Sandakan iaitu Sir William Burgess Pryer pada tahun 1879


Stairs of Hundred Steps/ Tangga Seribu

walaupun anak tangga ni tak sampai seribu, tapi mengah jugak la nak menapaknya. macam tak habis2. kenapa nak daki tangga ni? kita boleh tengok eagle view town SDK dan boleh pi rumah Agnes Keith. walau bagaimanapun, keadaan sekitar tangga ni kurang terjaga, harap pihak berwajib dapat ambil perhatian :-)


muka bersemangat sebelum mendaki



memandangkan rumah Agnes Keith pun tak buka lagi, kami decide untuk jalan-jalan di kawasan sekitar. kemunculan kami berempat mengundang curious pada en polis yang berkawal di rumah presiden MPS. depa siap sound yang kami datang terlalu awal tapi tak pun menghalang perjalanan kami ke destinasi yang tak pasti. hahaha.

Istana

kami jumpa pintu Istana! err, tapi tak tau pulak Istana apa. hehe. 


Japanese Memorial Park


kami teruskan perjalanan mendaki bukit dan akhirnya kami jumpa kubur! hahaha. ini paling tak boleh blah. kubur pun nak p. tapi katanya, ni historical cemetery.  


Agnes Keith House

agak-agak perjalanan dah macam mengarut je, kami decide untuk kembali ke pangkal jalan. kami teruskan menapak ke rumah Agnes Keith dan menunggu hampir 30 min sebelum kaunter dibuka jam 9.00 am. Fi masuk cuma rm 2.



daripada luar, rumah ni nampak tersergam indah, tak mustahil lah kalau suatu masa dulu, rumah ni dikenali ramai. oleh kerana dilarang penggunaan kamera, takde apa yang kami dapat capture. tapi ai memang adore dan suka design rumah ni dan susur atur barang. ada banyak panel yang boleh di baca di setiap ruang.


sejarah mengenai Agnes Keith bukan rahsia lagi, kalau tak tau sila google! beliau telah menulis pelbagai jenis buku dan salah satu yang paling terkenal dan berkait dengan SDK ialah Land Below The Wind. kalau nak tau, rumah yang ada sekarang sebenarnya adalah binaan semula. sebelum Muzium Negeri Sabah amik alih, tapak ni jadi port penagih n kupu2 malam. rupa jangan cakap memang buruk habis!


English Tea House & Restaurant

kalau dah sampai Agnes Keith house, jangan lupa singgah di English Tea House & Restaurant. masa operasi restoran ni 11 am. jangan datang awal sangat, kalau tak lama la menunggu (macam kami). hihi. okey, memandangkan kitaorang pun belum sarapan lagi, maka jom cari makanan!




walaupun makan kat kedai english (katanya), kalau tekak melayu tetap cari mi goreng. apahal?


sedap bread butter puding ni. ohsem!





err, harga pun boleh tahan. jangan makan kat sini hari-hari. hahaha


Muzium Warisan Sandakan

dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah kat muzium ni. tapi first impression macam nak masuk office je. hihi. memang out. tapi kat sini ada banyak pameran gambar SDK, tentang budaya dan haiwan. boleh lah nak datang kalau nak kill time



Pasar Umum Sandakan

around 12.00 pm kami sampai hotel, lekas2 nak pack sebab dah sabar nak pi Pasar Umum Sandakan. oleh kerana masa agak mendesak, kami tak sempat nak round habis-habisan. 



Pasar Umum ni punya lah bersih tak sama macam tempat lain. thumbs up! macam-macam ada kat sini, dari t-shirt, mutiara, baju bundle, ikan bilis, ikan, belacan dll. kalau banyak duit bolehlah berborong sakan!



around 2 pm, masing-masing dah habis shopping. fulus pun dah kekeringan. hahaha. masa untuk pulang! kami teruskan perjalanan ke airport SDK, kena pi awal sebab boarding pass tak print lagi! perjalan mengambil masa 40 min, dalam teksi masing-masing terhibur dengan bebelan pakcik teksi. 


yeah boarding time!


seronok ke tak bercuti kat dalam Malaysia? ohsem! ohsem! sepanjang trip 4D3N, macam2 pengalaman baru dapat. trip highlight pastilah kenangan manis di Kinabatangan! teringat2 nak tido dalam kabin! hehehe.

Alhamdulillah!

Powered by Blogger.