perkara yang perlu settle sebelum masuk kuarters

nak masuk kuarters ni bukannya senang, banyak dokumen kena isi dan banyak juga benda yang nak diuruskan. untung la jadi orang bujang ni, semua kena buat sendiri. hehehe. nasib baik ada kawan2 macam DJ ngan Irma yang banyak membantu. tqvm guys! ai ols uruskan tempat lepak korang jugak kan.


3.10.2014

Elektrik

hari ni ai  nak buka akaun dengan tnb, untuk urusan bil elektrik kuarters. dokumen yang perlu dibawa ialah salinan IC dan salinan surat tawaran kuarters. sampai kat tnb kena isi borang serta sediakan duit. berapa amaun yang diperlukan untuk buka akaun? secara total, korang perlu bawa rm 263, untuk bayar perkara2 berikut:

i) cagaran sebanyak rm 250
ii) caj sambungan ke sesalur utama sebanyak rm 3
iii) duti setem rm 10

urusan kat kaunter adalah sangat cepat jika borang yang dihantar adalah lengkap dan cukup duit. hehehe.

7.10.2014

hari ni bersambung lagi urusan kuarters. ai amik cuti half day untuk uruskan hal2 berkaitan setem hasil, air n deposit kuarters. chaiyo!

Setem hasil (borang perjanjian)

dalam perjalanan balik ke Putrajaya ai singgah kat pejabat LHDN kat Klang. boleh dikatakan ai antara orang yang terawal masuk ofis lhdn. tujuan ialah untuk matikan setem hasil rm 10 (beli kat pejabat pos) kat surat perjanjian masuk kuarters. sila pastikan korang bawa slip gaji bila nak pergi lhdn. ai tak bawa, tapi nasib baik dokumen tu ada dalam pen drive. terpaksalah cik officer print sendiri. hehehe :-)

Air



seterusnya, untuk buka akaun dengan syabas bagi urusan bil air kuarters ai kena pergi pejabat syabas yang terdekat iaitu di salak tinggi. ai telah pilih untuk naik erl ke salak tinggi seterusnya naik teksi ke pejabat syabas. untuk makluman, agak sukar nak dapatkan teksi di erl salak tinggi, korang boleh call pakcik ni jika perlukan teksi okey.



urusan di pejabat syabas lebih kurang je dengan tnb. kena bawa salinan IC dan surat tawaran kuarters, isi borang serta sediakan duit. amaun yang diperlukan adalah sebanyak rm 110 untuk pembayaran:

i) cagaran sebanyak rm 70
ii) pemasangan sebanyak rm40

urusan kaunter memang tip top dan cepat. syabas! eh.

BPH (deposit rumah)

bila nak masuk kuarters ni, kena bayar deposit. kadar deposit telah ditetapkan oleh BPH dalam surat tawaran/ perjanjian. kat Putrajaya ada 2 tempat pembayaran deposit, satu kat ofis JPM satu lagi kat Presint 11. ai pergi ofis kat Presint 11 tu sebab mudah sikit, tak payah nak ikut prosedur masuk JPM. pengsan!

fuhhh, memang terkejar2 nak siapkan urusan ni semua. tapi, Alhamdulillah semua pembayaran dah siap. now, dah boleh amik kunci!

5 comment:

Sarojini Kandasamy said...

Setem RM10 je ke? Ke die org ada calculate ape2 gune slip gaji?

Asilah Kassim said...

Hai @sarojini

masa saya mohon hanya perlu rm10 setem shj.

Tujuan slip gaji dia nak tengok kiraan brp yang akan dipotong

Cairel Daniel said...

Salam... Perlu matikan setem untuk kedua2 salinan perjanjian ke satu salinan jer?

Cairel Daniel said...

Salam... Perlu matikan setem untuk kedua2 salinan perjanjian ke satu salinan jer?

Asilah Kassim said...

Kalau tak silap satu shj

Powered by Blogger.