Trip Cinta Alam Sandakan Part 1: Sandakan kami datang

18.10.2014

Alhamdulillah, akhirnya trip yang ditunggu2 telah tiba. walaupun dalam negara je, tapi feeling tetap ohsem! siapa lagi nak jalan dalam negara kalau bukan warganegara, ye tak? trip kali ni disertai oleh anis, emel, finaz n ai. oleh kerana kami amik flight yang pertama ke Sandakan (SDK) maka awal2 pagi kami dah terpacak kat KLIA2. tqvm ajis sebab sudi hantarkan kitaorang kat airport. hehehe.

dalam kol 9.15 am kami selamat sampai di SDK. fuhh terasa lama pulak perjalanan 2 jam 50 min. macam mana nak pergi oversea jauh2 ni. hahaha. 


hmm, apa plan hari ni? ingat nak terjah jumpa orang utan, tapi macam tak sempat je nak kejar feeding time. so kami decide untuk pergi RDC kat Sepilok. oleh kerana kami tak sewa kereta, kami naik teksi ke Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok. untuk satu teksi kami bayar rm40 dan perjalan ke RDC mengambil masa dalam 50 min. fuhh. 


oh yeah! selamat datang ke RDC. bayaran masuk ke RDC adalah rm7 sahaja untuk warganegara. 




apa yang menarik kat RDC ni? hutan, hutan dan hutan. ada satu tasik yang luas, jambatan gantung, menara tinjau, taman botani dan pusat maklumat. kat sini kami trekking untuk ke jambatan gantung dan menara tinjau. oleh kerana dalam hutan, banyak monyet yang kami jumpa. pheww. ngeri kot siap share naik jambatan gantung!




dah berpeluh berjalan, kami decide untuk singgah makan. lapar! nasib ada kafe dalam kawasan RDC ni, order lah apa yang patut ye.




selepas makan, kami sambung trekking ke taman botani. kat taman ni ada banyak pokok yang jarang2 kita lihat macam pokok vanila, kayu manis, fig dan lain-lain. gigih kami belajar pasal pokok. dalam kol 12 pm, kami menamatkan sesi belajar di RDC dan tunggu bas pick up kami untuk ke Nature Lodge Kinabatangan. oh yeah!


Nature Lodge Kinabatangan (NLK)

sebelum kami ke SDK kami telah pre book untuk stay 3D2N di Kinabatangan dengan Nasalis Larvatus Tours Sdn Bhd, untuk pakej ni kami bayar rm425 /pax termasuk transport untuk amik/hantar kami ke Sepilok. perjalanan ke Kg Bilit, mengambil masa 3 jam 30 min. sepatutnya takdelah lama sangat, tapi ada banyak jalan yang sedang dibaiki menyebabkan perjalanan tak smooth. apa lagi dalam bas, masing2 tido tak ingat dunia. huhu.


finally, selamat datang ke kampung Bilit. untuk ke Nature Lodge Kinabatangan (NLK) kami kena menyeberangi Sungai Kinabatangan! whoaaa, menarik betul! sampai je kat NLK, staff provide welcome drink (lega tekak) dan bahagikan bilik. kami pilih cabin dengan attached bathroom. kalau dah dok dalam hutan tu, jangan expect bilik 5 bintang okey. memang minima je fasiliti dia, ada 2 katil single, kipas n bilik mandi dengan heater. tapi ruang solat pun terhad gak. ada beranda kat luar, tapi segan lah pulak nak solat kat situ sebab orang lalu lalang. ai solat atas katil je, nasib katil mampu menampung beratku. huhu.




pukul 4 pm, adalah trip river cruise kami yang pertama. super excited. majoriti foreigner dalam bot kecuali kami berempat dan boatman ramzan. dalam masa 2 jam perjalanan menyelusuri Sungai Kinabatangan macam-macam haiwan yang kami jumpa antaranya long tail macaque, pig tail macaque, buaya 1 m, proboscis monkey n eagle. menarik sangat! 





Alhamdulillah, sunset di Sungai Kinabatangan :-)


dalam kol 7 pm, masa untuk dinner! perghh, memang lapar betul time ni. dinner pun ala-ala foreigner nasib baik ada nasi! huhu. takpe janji kenyang. bila dah kenyang, kami lepak jap kat kabin sebelum next activity, night walk!




kol 9 pm, masa untuk night walk. untuk night walk kami sewa torch light dari kaunter receptionist. confident ke nak bergelap dalam hutan kan? selepas short briefing by ramzan, kami teruskan perjalanan dalam hutan! serius dalam hutan gelap gila! nasib baik ada torch light! mula2 kami berempat jalan paling belakang sekali, bila pertengahan perjalanan terus kami menyusup ke paling depan, tak berani kot. huhu. kami jumpa banyak haiwan dalam hutan gelap ni antaranya kera hantu, ular, king fisher yang tengah tido dan terdengar bunyi babi hutan dan cicak tokek. dalam kol 10.15 pm, kami selamat sampai ke kawasan NLK, Alhamdulillah. ngeri wei feeling jalan tengah2 malam dalam hutan ni! 

hari yang amat memenatkan! masa untuk tido awal. esok nak bangun awal pagi!

0 comment:

Powered by Blogger.