tawaran masuk kuarters. ohsem!

oh oktober! amboi bukan main malas nak update belog sekarang ni. sibuk ke? hahaha. apapun kena gigih gak nak update, untuk rekod katanya. 

1.10.2014

finally, panggilan yang ditunggu2 akhirnya tiba! apakah? tawaran duduk kuarters kerajaan je. hihihi. kira penantian ai selama 2 tahun berakhir! maka, bermula lah episod sibuk sepanjang oktober ni (alasan). but really, memang sibuk wei nak uruskan kemasukan ke kuarters kerajaan ni. banyak pulak urusannya, ingat nak cuci kaki je. amboi-amboi sangat!

banyak juga blog ai intai nak dapatkan info pasal nak masuk kuarters ni, ada yang membantu ada yang ala-ala. kebetulan ai ada member ofis yang baru masuk kuarters, so banyak gak info refer kat dia. Insya'Allah, ai akan buat catatan mengenai proses kemasukan kuarters kerajaan nanti. kalau rajin dan line internet tidak slow lah! actually, ai tak sangka gak dapat panggilan secepat ni, target next year. luckily, ada budget. kalau tak naya je. huhu. memang banyak kos nak pakai, sadis!

so, aktiviti hari ni, amik surat tawaran kat BPH and dapatkan info yang berkaitan. yeah, ohsem!!


yeay dapat kuarters!

0 comment:

Powered by Blogger.