makan di Cotton Craft, Shah Alam. nyum!

1.10.2014

hari ni kami rakan sekerja berkampung kat Shah Alam (SA) untuk event opis. alang-alang dah sampai SA ni, tak lengkap rasanya kalau tak terjah tempat makan yang best. hasil carian kat google ramai yang suggest The Sumbs dan Cotton Craft, both located kat section 19. hasil bantuan waze, kami sampai kat The Sumbs. pheww, ramai sangat orang! memang femes, siap ada yang tengah menunggu kot. bincang punya bincang kami decide nak terjah Cotton Craft.



sampai je kat Cotton Craft, masing-masing dok pelik. dah la tempat ni macam terpencil n gelap, pastu kedai cuma ada 2 orang customer. hmm, tapi sebab dah sampai, kami masuk je lah. perut pun dah lapar! staff yang muda belia menyambut kedatangan rombongan kami dengan ceria dan ramah. hmm, bonus marks kat situ. bila masing-masing dah amik seat, apa lagi jom intai menu n order! kat sini, semua menu western, kalau nak food ikut tekak melayu, sila cari kedai lain. hehe. 





sementara menunggu main course kami sampai, DJ n ai tergoda nak try cake yang ada dalam fridge. nampak tempting sangat! ai order honeycomb cheese cake, DJ pulak order triple sin cheese cake. pergh, masa suapan pertama cake kat mulut, rasa macam nikmatnya makan cake ni. sedap sangat! hantu cheese cake, korang mesti cuba cheese cake kat Cotton Craft ni. sedap sangat2! we ols paling suka triple sin cheese cake! most recommend!

the honeycomb cheese cake


the triple sin cheese cake


borak punya borak, akhirnya food kami sampai. plate presentation jangan cakap lah, kelass sangat. ni yang sayang lebih kat chef. opsss. hahaha. antara food2 yang kami order adalah chicken roulade, cutlet lamb island, lemon drill salmon, spaghetti bolognase n grill chicken. overall, kami enjoy makan kat sini, tapi mungkin sebab kedai ni sejuk sangat, meat2 yang sampai kat kitaorang tu tak berapa panas. in term of taste memang kelass. sedap. 






so, kalau korang berada kat sekitar SA, jangan lupa singgah Cotton Craft okay. tqvm to staff yang entertain kami yang gelak n borak tak ingat dunia kat Cotton Craft. hahaha.

0 comment:

Powered by Blogger.