Trip Cinta Alam Sandakan Part 1: Sandakan kami datang

18.10.2014

Alhamdulillah, akhirnya trip yang ditunggu2 telah tiba. walaupun dalam negara je, tapi feeling tetap ohsem! siapa lagi nak jalan dalam negara kalau bukan warganegara, ye tak? trip kali ni disertai oleh anis, emel, finaz n ai. oleh kerana kami amik flight yang pertama ke Sandakan (SDK) maka awal2 pagi kami dah terpacak kat KLIA2. tqvm ajis sebab sudi hantarkan kitaorang kat airport. hehehe.

dalam kol 9.15 am kami selamat sampai di SDK. fuhh terasa lama pulak perjalanan 2 jam 50 min. macam mana nak pergi oversea jauh2 ni. hahaha. 


hmm, apa plan hari ni? ingat nak terjah jumpa orang utan, tapi macam tak sempat je nak kejar feeding time. so kami decide untuk pergi RDC kat Sepilok. oleh kerana kami tak sewa kereta, kami naik teksi ke Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok. untuk satu teksi kami bayar rm40 dan perjalan ke RDC mengambil masa dalam 50 min. fuhh. 


oh yeah! selamat datang ke RDC. bayaran masuk ke RDC adalah rm7 sahaja untuk warganegara. 




apa yang menarik kat RDC ni? hutan, hutan dan hutan. ada satu tasik yang luas, jambatan gantung, menara tinjau, taman botani dan pusat maklumat. kat sini kami trekking untuk ke jambatan gantung dan menara tinjau. oleh kerana dalam hutan, banyak monyet yang kami jumpa. pheww. ngeri kot siap share naik jambatan gantung!




dah berpeluh berjalan, kami decide untuk singgah makan. lapar! nasib ada kafe dalam kawasan RDC ni, order lah apa yang patut ye.




selepas makan, kami sambung trekking ke taman botani. kat taman ni ada banyak pokok yang jarang2 kita lihat macam pokok vanila, kayu manis, fig dan lain-lain. gigih kami belajar pasal pokok. dalam kol 12 pm, kami menamatkan sesi belajar di RDC dan tunggu bas pick up kami untuk ke Nature Lodge Kinabatangan. oh yeah!


Nature Lodge Kinabatangan (NLK)

sebelum kami ke SDK kami telah pre book untuk stay 3D2N di Kinabatangan dengan Nasalis Larvatus Tours Sdn Bhd, untuk pakej ni kami bayar rm425 /pax termasuk transport untuk amik/hantar kami ke Sepilok. perjalanan ke Kg Bilit, mengambil masa 3 jam 30 min. sepatutnya takdelah lama sangat, tapi ada banyak jalan yang sedang dibaiki menyebabkan perjalanan tak smooth. apa lagi dalam bas, masing2 tido tak ingat dunia. huhu.


finally, selamat datang ke kampung Bilit. untuk ke Nature Lodge Kinabatangan (NLK) kami kena menyeberangi Sungai Kinabatangan! whoaaa, menarik betul! sampai je kat NLK, staff provide welcome drink (lega tekak) dan bahagikan bilik. kami pilih cabin dengan attached bathroom. kalau dah dok dalam hutan tu, jangan expect bilik 5 bintang okey. memang minima je fasiliti dia, ada 2 katil single, kipas n bilik mandi dengan heater. tapi ruang solat pun terhad gak. ada beranda kat luar, tapi segan lah pulak nak solat kat situ sebab orang lalu lalang. ai solat atas katil je, nasib katil mampu menampung beratku. huhu.




pukul 4 pm, adalah trip river cruise kami yang pertama. super excited. majoriti foreigner dalam bot kecuali kami berempat dan boatman ramzan. dalam masa 2 jam perjalanan menyelusuri Sungai Kinabatangan macam-macam haiwan yang kami jumpa antaranya long tail macaque, pig tail macaque, buaya 1 m, proboscis monkey n eagle. menarik sangat! 





Alhamdulillah, sunset di Sungai Kinabatangan :-)


dalam kol 7 pm, masa untuk dinner! perghh, memang lapar betul time ni. dinner pun ala-ala foreigner nasib baik ada nasi! huhu. takpe janji kenyang. bila dah kenyang, kami lepak jap kat kabin sebelum next activity, night walk!




kol 9 pm, masa untuk night walk. untuk night walk kami sewa torch light dari kaunter receptionist. confident ke nak bergelap dalam hutan kan? selepas short briefing by ramzan, kami teruskan perjalanan dalam hutan! serius dalam hutan gelap gila! nasib baik ada torch light! mula2 kami berempat jalan paling belakang sekali, bila pertengahan perjalanan terus kami menyusup ke paling depan, tak berani kot. huhu. kami jumpa banyak haiwan dalam hutan gelap ni antaranya kera hantu, ular, king fisher yang tengah tido dan terdengar bunyi babi hutan dan cicak tokek. dalam kol 10.15 pm, kami selamat sampai ke kawasan NLK, Alhamdulillah. ngeri wei feeling jalan tengah2 malam dalam hutan ni! 

hari yang amat memenatkan! masa untuk tido awal. esok nak bangun awal pagi!

bbq dinner n river cruise treat!

16.10.2014

benda paling best kalau bengkel, mesti ada special treat. lagi2 kalau penganjur yang best2. hehehe. hari ni ada special bbq dinner n river cruise treat. oh yeah!

bbq dinner

makan, siapa yang tak seronok kan. ai ols lagi lah excited. hmm, ada banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. yummy sangat! makan sampai kenyang. hehehe :-)










masing-masing makan tanpa menghiraukan keadaan sekitar. sedap sangat la tuh. hehehe. kenyang kami makan. Alhamdulillah.

Melaka river cruise

kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tak naik river cruise. memandangkan hotel yang kami duduk Wana Riverside, memang betul2 sebelah tempat laluan cruise maka masing2 teruja nak naik cruise. ini ialah kali kedua ai naik cruise, mula2 memang malas lah nak naik sebab teringat2 percikan air, tapi bila diajak bertalu2 kena lah naik jugak. hihi.

abang cruise inform yang sungai ni ada banyak biawak. kalau korang nak tau, biawak kat sini dibela dan makan ayam. abang tu kata orang kita memang tak heran kalau biawak sebab selalu nampak, tapi kalau orang luar memang depa excited kalau nampak biawak. huhu. macam2 dunia ni. hihi.





boleh dikatakan masing-masing excited dengan trip cruise kali ni. ramai first timer rupanya. haha. ingat kalau sampai kat Melaka, jangan lupa naik river cruise okey!

bengkel WISN di Melaka. kerja!

14-17.10.2014

minggu ni adalah minggu perah otak untuk bengkel pemurnian proses kerja. memang blur juga nak buat apa, tapi layan je lah. 


bengkel minggu ni disertai oleh wakil2 dari bkkm, jkn n pkd. harap2 matlamat tercapai. semua orang memang tekun dan bersemangat waja. hihi.






masing2 dok fikir cara kreatif untuk pastikan manpower yang ada berkadar lansung dengan proses kerja. nasib baik cawangan ai tak keluar figure yang bombastik. ada gak cawangan yang manpower tak cukup sampai beribu2. hahaha. macam2. pening kepla organiser.

roti sarang lebah dari Yatt's Bakery.mantop!

14.10.2014

Alhamdulillah. akhirnya, dapat merasai kelembutan dan kegebuan roti sarang lebah dari Yatt's Bakery! sedap sangat! memang berbaloi dengan harga rm6/box dapat roti gebu n sos butterscotch yang nyum2!! 




adoi nasiblah yati kat Ipoh, kalau dekat je boleh lah pakat order selalu. oh roti sarang lebah. hmm, termimpi-mimpi nak makan roti ni? orang Ipoh boleh lah roger yati :-)

good bye bilik sewa! feeling ohsem!

13.10.2014

masa pindah hari tu, ai tak sempat nak bersihkan bilik n pass kunci. kali ni ai datang untuk bersihkan bilik sekaligus nak say good bye. kalau tak silap, ai dah dok bilik sewa ni for 1 n half year. tenant pun dah bertukar2. now turn ai pulak nak keluar. bila fikir2, ai paling suka dok bilik sewa masa kat flat hijau. masa tu dok ngan mala, echa n sal. depa lah housemate yang paling best yang ai pernah ada. sampai sekarang pun kitaorang masih keep in touch. 

apapun, life must go on! time to say good bye, bilik sewa!


pindah rumah lagi

12.10.2014

kat putrajaya ni ai dah pindah lebih kurang 5 kali dalam masa 4 tahun. huhu. finally, dapat juga kuarters, so no more duduk dalam bilik sewa. Alhamdulillah. in term of bayar sewa dengan bayar kuarters memang banyak beza, tapi feeling duduk dalam bilik sewa dengan duduk dalam rumah pun ada banyak perbezaan. 


misi hari ni ialah pindah rumah! amboi bunyi macam banyak sangat barang kan. yup, ai book lori (rm300) untuk bawa barang dari rumah jeram n barang dari bilik sewa. lucky me, adik ai pindah dok menetap dengan mak kat jeram. so barang2 kat rumah jadi double. untuk jimatkan kos, ai beli lah barang2 rumah adik n bawa pindah kuarters. hehehe :-) misi pindah rumah ni dibantu oleh family. masa 1st time parents masuk rumah, depa pun excited sebab rumah ni luas. hehehe. nasib baik rumah kerajaan, kalau rumah sendiri mesti terlebih excited. 

ada gak orang dok tanya. tak takut ke tinggal sorang? hahaha, mau nya tak kan. kalau dah dasar penakut, memang penakut kot. tapi apa nak buat, terpaksalah beranikan diri. no choice. huhuhu :-p

p/s: untuk rekod hari ni beli tv. melayang lagi fulus.

terjah buffet lunch PICC bersama geng cawangan

10.10.2014

dah lama rasanya tak lunch date bersama geng cawangan. so, misi lunch date kali ni adalah di PICC. kalau sesiapa yang belum tahu, PICC ada offer lunch buffet pada harga rm20/pax. mula-mula kami call untuk buat tempahan, tapi penuh, adik receptionist tu kata, just walk in je. 

first time ai lunch kat PICC ni, ada banyak juga pilihan makanan. rasanya memang menepati selera. cehhh. favorite ai among all, ayam goreng dia. perghhh sedap okey. buffet lunch rm20 ni hanya pada weekend sahaja tau, so kalau kerja di area berdekatan boleh lah terjah :-)




tengok, masing-masing makan sampai tak ingat dunia. sah satu geng cawangan. hahaha




tu dia, muka kekenyangan dan puas hati :-)


jangan lupa terjah buffet lunch di PICC!
Powered by Blogger.