lunch di Ikan Bakar Malim, Melaka. nyum!

13.9.2014

sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami bertiga singgah sebentar lunch di Ikan Bakar Malim. kedai ni terletak berdekatan dengan MITC Melaka. oleh kerana Melaka ni agak terkenal dengan ikan bakar, rugi rasanya kalau tak cuba, kan? lagi-lagi bila terbaca tagline kedai ni, "pasti tinggal tulang". hehe :-)


fuhh, bila tengok deretan ikan yang dah siap dibakar, tak sabar rasanya nak ngap! kali ni ai pilih ikan siakap. 


demi nak merasai keaslian ikan bakar Melaka, sanggup makan nasi putih ngan sayur je. hihi. 


tadaa, ikan siakap bakar dengan kuah kicap yang ohsem!


fuhh, memang sedap ikan bakar dengan gandingan kuah kicap yang meletop kat kedai ni. sungguh menyelerakan! ai siap tambah kuah kicap tu kot. ikan, no doubt memang fresh, terbaik! tak sia-sia terjah makan. harga pun sangat berpatutan. so, kalau korang ke Melaka jangan lupa singgah sini ye?

0 comment:

Powered by Blogger.