jom pi kenduri kawen lida & wan izz

20.9.2014

okey lagi cerita kenduri kawen. hihi. kali ni kenduri kawen lida dan pasangannya. lida ai kenal trough anis- her housemates. lokasi kenduri kawen di Seremban, N9. kami bertolak seawal 11 am menuju ke Seremban. masa kami sampai kat dewan (kenduri), hujan renyai-renyai. so, lepas dah hai2 dengan lida, kami terus bergegas ke tempat makan. menu kenduri kalau kat N9, tak sah kalau takde masak lemak cili padi, pergh menyengat rasanya! 

kami juga mengambil kesempatan (dan berkat kawen) bergambar bersama pengantin. suwit je lida dengan baju shocking pink! anyway, to lida n pasangan, selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke jannah.






nak dijadikan cerita, dalam perjalanan balik, kami telah singgah kat bengkel kereta near Senawang. haaa, air cond kereta anis buat hal, hot je sepanjang perjalanan. habis terbang rm300. untunglaaa, tokey bengkel kereta tu :-p

0 comment:

Powered by Blogger.