jom makan di Qasreena Cafe, Bukit Katil, Melaka!

11.9.2014

bila ai cuba search "tempat makan best kat Bukit Katil", nama Qasreena Cafe agak ngetop ye uols. bila baca review, ada yang kata sedap, ada kata biasa-biasa dan ada jugak yang kata tak sedap. fuhh, no harm trying kan? kata orang kuat makan. hahaha! so ai n d gang decide untuk terjah Qasreena Cafe ini malam. waze tak dapat detect di manakah Qasreena Cafe, tapi through reading, ramai yang kata landmark yang paling dekat ialah "Sekolah Menengah Vokasional Melaka (SMVM)". perjalanan dari Bayou Lagoon ke SMVM agak dekat, tapi mula-mula kami macam cuak jugak sebab laluan masuk ke SMVM ni agak gelap dan menyeramkan! hahaha! kedai ni memang unbelievable sikit in term of location, sebab hanya ada 1 kedai makan kat deretan bangunan ni. kedai kiri kanan pun gelap. tapi oleh kerana ada gak orang kat cafe tu, so masa untuk makan!

keadaan dalam Qasreena Cafe adalah cool dengan concept English style. kedai tak terlalu besar dan keadaannya bersih. bila dapat menu masing-masing teruja sebab nama menu yang kebabom. gempak kot.




masing-masing mentelaah menu. memang macam-macam nama yang ada. hehehe :-)



 

oleh kerana nama menu terlalu gempak, kami terpaksa tanya adik manis baju merah detail satu2 food. of coz, dia terkejut bila tau kitaorang bukan origin Bukit Katil, siap tanya mana tau pasal Qasreena Cafe. hahaha. google lah dik. tq kepada adik2 blogger uni/sekolah berdekatan yang tulis pasal Qasreena Cafe, dapat kami merasa makan kat sini.



tunggu punya tunggu, akhirnya order ai sampai! yahoo Chicken Chop with Butter Rice. nyum! ohsem, sedap dish ni especially black pepper sauce dia. i did enjoyed it very much!


air pun tak nak kalah, ai order Rose Float. obviously yang merah tu sirap ros yang dicurah di atas whipping cream. fuhh, nama sikit punya gempak, bila mix well terus bertukar air bandung. hahaha. tapi sedap!


geng yang lain order, Nasi Goreng Shah Rukh Khan. not bad, worth trying!


menu yang paling femes kat Qasreena Cafe ialah Mee Racun! nor n syu masing2 sahut cabaran nak makan mee racun ni. haa, jangan risau, mee ni takde racun okey! cuma tahap kepedasan lada dia adalah extreme bagi bukan pemakan makanan pedas, pergh berasap telinga makan, tak mampu nak hirup kuah! hot! hot!


kami memenag enjoy makan kat Qasreena Cafe, kecuali bihah yang tak puas hati dengan nasi putih, tom yam n ayam masak kunyit. oh, maybe their specialities untuk makanan goreng2 kot? apapun good job!

12.9.2014

oleh kerana kak laila agak teruja dengan cerita kami makan kat Qasreena Cafe, maka kak laila pun request nak makan kat sana. ai okey je, makanan sedap kan? kali ni air order menu yang berbeza dari 1st visit. adik manis baju merah semalam pun dok ingat muka ai. hehehe :-p

kali ni try Mango Madness! pergh this is too awesome. must try!


kak laila order Nasi Goreng Ayam Di Bali. nasi dia a bit pedas dihidang bersama ayam goreng crispy yang sedap. 


ai pulak order Nasi Goreng Coloseum 1986! perasan tak lauk2 letak kat bulatan tengah tu? hahaha. rare! nasi ni pun sedap. 


hmm, dari 2 visit ke Qasreena Cafe, ai boleh simpulkan food adalah sedap sesuai dengan harga dia yang amat berpatutan. worth to try! now, ai dah mula teringat-ingat si Mango Madness. arghhh!!!

2 comment:

Monster Oven said...

Hi salam..Menarik cara olahan..Kalu sudi datang la.ke restran #LeQUE di area.jonker walk..satu2 nya restran Halal di Area jonkerwalk...

Mohd Hidir said...

Salam..
terima kasih atas info menarik tentang Melaka..

Tp jika ke Melaka,
boleh cuba utk menginap di homestay hamba..

Ada pelbagai koleksi, dari yg setingkat biasa,exclusif, Villa hingga ke Banglo sebuah 5 bilik.
ada juga unit yg telah dijadikan lokasi pengambaran dan tersiar di RTM & Tv-AlHijrah..

berminat boleh layari..
http://www.anugerahhomestay.com

atau click pada ID saya di atas tu. .

Powered by Blogger.