ops rendang mentarang!

23.8.2014

dah nak penghujung raya baru tercari-cari mentarang nak buat rendang! semenjak dok jauh dari sekinchan ni susah betul nak dapat supply mentarang. sobs. kesian nuurul n farid yang dah lama nak makan rendang ni. hehehe. tq kerana bersabar, kawan-kawan. 

Alhamdulillah, masa pergi pasar berdekatan dapat juga jejak mentarang, beli 15kg sekaligus! terkejut makcik jual mentarang. hehehe. tapi memang nighmare nak handle 15kg mentarang ni wei. nak menangis rasanya!

 

mentarang ni memang susah nak handle. sebab dia dikutip dari kawasan berlumpur, memang kulit dia penuh dengan lumpur. so kena rendam, bilas, gosok, cuci kulit dia bersih2. pastu dah bersih rebus sekejap bagi memusahkan proses keluarkan isi dari kulit. masa kita beli tu, tak semuanya dalam keadaan baik, ada yang dah terpecah2 kulit, so need to be extra caution, takut terluka nanti. masa nak keluarkan isi pun, kena ada sikit skill. hehehe. untuk rekod, dari 15kg mentarang yang dibeli, ai hanya dapat 2.5kg isi mentarang. phewww. 


untuk masak rendang ni, as usual mak ialah chief chef, ai tukang kacau je. hehehe. antara bahan-bahan yang diperlukan ialah cili boh, bawang putih+bawang merah+lengkuas, serai, santan kotak, kerisik, daun kunyit, asam keping dan bahan perasa. 


dan tidak dilupakan isi mentarang yang telah dikunyitkan.


proses masak rendang ni adalah mengikut step chief chef, kena tempek kat blog untuk rekod. mana tau esok2 nak masak sendiri. hahaha.


panaskan minyak, masukkan bawang merah+bawang putih+ lengkuas yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau (subjektif)


next masukkan cili boh sesedap rasa. kalau nak pedas put extra. kacau sehingga cili masak. step ni adalah sangat penting, sebab kalau cili tak masak sangat, rendang cepat rosak dll. cili masak tu camne ialah subjektif, tapi boleh detect perubahan color n texture. hahaha.


next, masukkan mentang dan kacau. diikuti dengan 3 kotak santan 250ml. kacau sehingga sebati. masukkan daun kunyit, 1 keping asam keping (lol!) dan bahan perasa. kacau sehingga kuah santan menjadi sedikit pekat. next masukkan kerisik dan gaul rata. biar selama 15 min dan siap!


haaa, senangkan nak masak rendang ni? part paling susah masa nak uruskan mentarang2 tu je. hmm, apa lagi, jom makan!

0 comment:

Powered by Blogger.