cerita buah tampoi aka tabai

16.8.2014

buah tampoi ni langsung tak common pada pendengaran telinga sehinggalah beberapa minggu lepas nampak pn fatimah upload kat fb. terus teringin nak rasa tapi limited edition. hmm. nak dijadikan cerita, masa pi kenduri jayent kat seri menanti, nampak banyak buah ni dijual kat tepi2 jalan sebelah menyebelah dengan itik salai. terus pasang niat nak beli masa patah balik seremban nanti. 

oleh kerana kami terus ke keratong, memang tak dapat la nak membeli tampoi kat tepi jalan tadi. sedih! zahid kata, don't worry ada tu lagi jual kat depan2. dalam hati memang berharap jumpa, tapi memang agak kecewa sebab tak nampak pun bayang tampoi!

kalau dah tertulis rezeki, memang pasti akan jumpa. masa mula2 approach keratong, tiba2 nampak orang jual tampoi!! ai ngan zahid ter excited gak la sampai kena u-turn sebab dah terlajak. hahaha. rupanya abang2 orang asli yang jual. baru petik fresh dari hutan, katanya lah! orang asli panggil buah ni "tabai". Alhamdulillah. dapat juga membeli :-)

tadaa, masa untuk makan tabai! tak dinafikan buah ni memang sedap tapi tak puas nak makan. rasanya macam buah rambai. memang rare lah!


masa bawak pi ofis, ramai yang macam, "erk, buah apa ni?" macam alien je tabai, kesian. ada yang berani rasa, dapatlah merasa. yang apa pun tak boleh memang dok jauh2 la. ai la yang makan sampai habis. sedap betul! hihi






kalau korang jumpa buah ni jangan lupa beli. buah ni bermusim dan rare sangat sekarang. susah nak jumpa!

0 comment:

Powered by Blogger.