tahniah ezlin dan fizam!

31.8.2014

Alhamdulillah, hari ni kami meraikan hari perkahwinan kawan opis kami Ezlin dan suaminya Fizam. tahniah ezlin, semoga perkahwinan ini akan membawa ke jannah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta rumah tangga yang damai n bahagia. bak kata aziha, terharu datang kawen ezlin hari ni :-) hehehe. InsyaAllah, kawen kan rezeki, semoga lebih ramai menyusul. hehe :-p

tahniah sekali lagi ezlin&fizam! 





selamat hari kemerdekaan negara ke 57!

31.8.2014

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kerana negara Malaysia, negaraku mengecapi kemerdekaanya yang ke 57! doa yang berpanjangan buat negaraku, moga keamanan, kedamaian dan kecintaan kepada negara ini tidak pernah luntur, kasih sayang dan perpaduan kaum antara kita semua tidak terpecah dan moga kita sentiasa bersatu hati dalam menghadapi masa susah dan senang!

#MalaysiakuMerdeka!

ops rendang mentarang!

23.8.2014

dah nak penghujung raya baru tercari-cari mentarang nak buat rendang! semenjak dok jauh dari sekinchan ni susah betul nak dapat supply mentarang. sobs. kesian nuurul n farid yang dah lama nak makan rendang ni. hehehe. tq kerana bersabar, kawan-kawan. 

Alhamdulillah, masa pergi pasar berdekatan dapat juga jejak mentarang, beli 15kg sekaligus! terkejut makcik jual mentarang. hehehe. tapi memang nighmare nak handle 15kg mentarang ni wei. nak menangis rasanya!

 

mentarang ni memang susah nak handle. sebab dia dikutip dari kawasan berlumpur, memang kulit dia penuh dengan lumpur. so kena rendam, bilas, gosok, cuci kulit dia bersih2. pastu dah bersih rebus sekejap bagi memusahkan proses keluarkan isi dari kulit. masa kita beli tu, tak semuanya dalam keadaan baik, ada yang dah terpecah2 kulit, so need to be extra caution, takut terluka nanti. masa nak keluarkan isi pun, kena ada sikit skill. hehehe. untuk rekod, dari 15kg mentarang yang dibeli, ai hanya dapat 2.5kg isi mentarang. phewww. 


untuk masak rendang ni, as usual mak ialah chief chef, ai tukang kacau je. hehehe. antara bahan-bahan yang diperlukan ialah cili boh, bawang putih+bawang merah+lengkuas, serai, santan kotak, kerisik, daun kunyit, asam keping dan bahan perasa. 


dan tidak dilupakan isi mentarang yang telah dikunyitkan.


proses masak rendang ni adalah mengikut step chief chef, kena tempek kat blog untuk rekod. mana tau esok2 nak masak sendiri. hahaha.


panaskan minyak, masukkan bawang merah+bawang putih+ lengkuas yang telah dikisar. kacau sehingga naik bau (subjektif)


next masukkan cili boh sesedap rasa. kalau nak pedas put extra. kacau sehingga cili masak. step ni adalah sangat penting, sebab kalau cili tak masak sangat, rendang cepat rosak dll. cili masak tu camne ialah subjektif, tapi boleh detect perubahan color n texture. hahaha.


next, masukkan mentang dan kacau. diikuti dengan 3 kotak santan 250ml. kacau sehingga sebati. masukkan daun kunyit, 1 keping asam keping (lol!) dan bahan perasa. kacau sehingga kuah santan menjadi sedikit pekat. next masukkan kerisik dan gaul rata. biar selama 15 min dan siap!


haaa, senangkan nak masak rendang ni? part paling susah masa nak uruskan mentarang2 tu je. hmm, apa lagi, jom makan!

hari berkabung negara 22.8.2014

22.8.2014

Al-Fatihah kepada mangsa tragedi MH370 dan MH 17. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, semoga amal baik diterima Allah. kat opis, kami bersama-sama bos berkumpul di ruang lobi menunggu bagi bersama-sama bertafakur bagi memperingati mereka yang telah terkorban dalam nahas MH17.

Al-Fatihah





promo merdeka Pixajoy. yeay!

20.8.2014

amboi-amboi sangat Pixajoy ni, beratur promo-promo Pixajoy buat kat website. sabar je lah. kali ni promo flate rate rm57. phew. apa lagi tak nak ke tergoda dengan promo ni. bila lagi korang nak berphotobook kan? hehehe.




ramah mesra aidilfitri bkkm :-)

18.8.2014

orang lain buat open house, kami pun nak jugak! tapi kami buat majlis ramah mesra aidilfitri, mesra sangat kan! ramai juga muka-muka baru dan fresh, walaupun satu opis tak dan nak berkenalan, jarak memisahkan kita. hehehe :-) jam 12 pm masing-masing dah start berkumpul, glam2 baju raya. ai ols pakai baju keja je lah, tahun ni takde baju raya. sobs. 


apapun, group photo wajib. 


okey, nak kena amik gambar salam-salam. eh apahal en azli photoboom kat situ? hahaha.


pantang ada orang amik gambar, posing je lah.


group lautan biru majlis ramah mesra aidilfitri.


tahun ni banyak juga makanan yang disediakan. kira masing-masing cukup makan, siap bertambah lagi. hahaha. apa lagi, makan sampai kenyang lah!



guys group photo. ini limited edition kat bkkm atau dalam kata lain kumpulan yang diancam kepupusan di bkkm. hahaha. 


meriah sangat gadis dan puan2 bergambar. senyum sikit!


overall, kami berpuas hati dengan penganjuran kali ni, kekurangan sikit2 tu biasalah. harap-harap next year ada lagi. okey masa untuk pulang ke p3, sebelum tu, mari selpiee dulu!



di sini lahirnya sebuah cinta

18.8.2014

hari ni ada event sambutan bulan merdeka & kibarkan jalur gemilang 2014. ai dapat surat arahan untuk attend event ni, maka dengan rasa patriotiknya telah hadir bagi meramaikan majlis. hehehe. event macam biasa lah ada ucapan, nyanyi2 dan gimik event. yang menariknya dalam event ni, ada panel untuk tulis ucapan bagi memperingati mereka yang telibat dalam misteri #mh370 dan nahas #mh17. 

apapun kita panjatkan doa, semoga negara kita Malaysia akan terus dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa dalam keadaan aman. tidak lupa kepada muslimin dan muslimat #mh370 dan #mh17 semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah!






cerita buah tampoi aka tabai

16.8.2014

buah tampoi ni langsung tak common pada pendengaran telinga sehinggalah beberapa minggu lepas nampak pn fatimah upload kat fb. terus teringin nak rasa tapi limited edition. hmm. nak dijadikan cerita, masa pi kenduri jayent kat seri menanti, nampak banyak buah ni dijual kat tepi2 jalan sebelah menyebelah dengan itik salai. terus pasang niat nak beli masa patah balik seremban nanti. 

oleh kerana kami terus ke keratong, memang tak dapat la nak membeli tampoi kat tepi jalan tadi. sedih! zahid kata, don't worry ada tu lagi jual kat depan2. dalam hati memang berharap jumpa, tapi memang agak kecewa sebab tak nampak pun bayang tampoi!

kalau dah tertulis rezeki, memang pasti akan jumpa. masa mula2 approach keratong, tiba2 nampak orang jual tampoi!! ai ngan zahid ter excited gak la sampai kena u-turn sebab dah terlajak. hahaha. rupanya abang2 orang asli yang jual. baru petik fresh dari hutan, katanya lah! orang asli panggil buah ni "tabai". Alhamdulillah. dapat juga membeli :-)

tadaa, masa untuk makan tabai! tak dinafikan buah ni memang sedap tapi tak puas nak makan. rasanya macam buah rambai. memang rare lah!


masa bawak pi ofis, ramai yang macam, "erk, buah apa ni?" macam alien je tabai, kesian. ada yang berani rasa, dapatlah merasa. yang apa pun tak boleh memang dok jauh2 la. ai la yang makan sampai habis. sedap betul! hihi






kalau korang jumpa buah ni jangan lupa beli. buah ni bermusim dan rare sangat sekarang. susah nak jumpa!

singgah sebentar di felda keratong

16.8.2014

usai beredar dari majlis kenduri, ingatkan u-turn balik seremban, rupanya zahid n sha dah pasang plan nak balik kampung zahid at Felda Keratong, ada kenduri kawen (lagi???). fuhh, ramainya orang nak kawen sekarang!! okey, fine. perjalanan ke Felda Keratong ni mengambil masa dalam 2 jam dari Seri Menanti. menariknya, sepanjang perjalanan ditemani pemandangan ladang kelapa sawit. hijau. 

dalam kol 6 pm kami sampai di kampung zahid. kenduri kawen memang dah habis lah kan, siap khemah dah masuk dalam lori. hahaha. kebetulan, ramai pulak sedara mara sebelah mak zahid kat rumah. fuhhh, segan sekejap ai ols nasib baik selain ai sha bawa roy, takde la pelik sangat kewujudan ai ols kat situ. haha. sampai2 rumah, apa lagi makan time! lauk kenduri kawen, nasi beriani (lagi??). hahaha, layan. janji kenyang, Alhamdulillah! bila dah kenyang, tiba2 muncul plan nak pergi kebun buah famili zahid. jam dah pukul 6.30 pm, reman-remang senja dah ni. tapi, best gak layan kebun buah kan. hihi. so, kami semua bersiap2 nak terjah kebun. confident. 

ada pokok salak, manggis

 

buah salak

 
pokok manggis, rambutan


dah nak around 6.50 pm, kami pun mula beransur nak balik umah. seram gak la dok kat kebun, nyamuk banyak lak tu. hihi. masa on d way balik nampak pokok petai. fuhh, singgah jap.


nak dijadikan cerita, ai n sha dok tunggu kat jalan, berborak. tiba2 nampak roy n zahid terjerit n melompat lari. apa kitaorang nampak? ular kot. yang bertuahnya, roy siap kena patuk ular. hoho. ngeri beb. apa lagi masing-masing panik. kebetulan ada adik zahid lalu, kitaorang soh dia angkut roy balik umah. dalam hati, nasib baik bukan aku yang kena patuk ulak, oii ngeri. sampai je rumah, diorang decide bawa roy pi klinik, malangnya klinik tutup. terpaksa la zahid bawa roy pi hospital muazam. fuhhh.

kitaorang free2 kena marah sebab dah senja baru nak pi kebun. hahaha. sabar je lah ngan mak mentua sha ni, ai ols pun kena gak sedass. sekelip mata jadi glamer roy kat rumah ngan kisah ularnya. hahaha. dalam hati (lagi?), nasib baik bukan aku yang kena, kalau tak mesti nangis guling-guling. iskh. sudahnya, sampai malam menunggu zahid n roy balik dari hospital. nasib baik takde pape. patukan ular yang tak serius.

moral of the story, beringat2 bila masuk kawasan semak lagi2 bila senja. huhu. malam tu, kami gerak balik ke Seremban at 11.30 pm. fuhhh. ngantuk tapi kena teman driver, roy n sha dah selamat mimpi sampai bulan!

okey. chow!
Powered by Blogger.