photo book project #tripjalan part 2

20.7.2014

hari ni hari rajin. ai dah move ke 2nd photo book project #tripjalan. amazingly gambar dah siap pilih tinggal nak buat adjustment je. nampaknya by this week boleh lah submit 2 project. oh yeah!

draft project. trip KL + trip Utara


iftar geng aysk the 9th @Noya's crib

19.7.2014

cerita iftar lagi, kali ni iftar ke 9 bersama geng2 aysk. despite of controversy penganjuran iftar kali ni, everything looks normal. hahaha. eventhough, ai ada sikit2 rasa macam nak tak nak pergi iftar kali ni, tapi pergi gak la. walaupun mula-mula niat macam kureng baik, tapi bila dah sampai dan jumpa semua kawan-kawan lama, perasaan kureng baik tu dah terbang. hahaha. lalang betul. after all, sekali setahun je jumpa kan?? emel, pnaz n ai sampai around 7.10 pm. memang ramai muka-muka baru yang turun. tergezut dibuatnya. good job to organizer and of coz the power of WA. phew.


ai should salute the hard work of organizer, sebab kalau ai yang buat takde la nak hidang kambing golek, khemah dan yang paling dasyat masak sendiri. tq noya n super family.




solat maghrib kami berpeluang solat berjemaah. Alhamdulillah. pastu apa lagi, makan time. walaupun ada banyak food terhidang, rasa nak jumpa kawan2 lama tu lagi menebal. memang banyak citer lah. those yang tak pernah join iftar bukak lah cerita2 asrama, ai n anis dok join geng bawah khemah cerita isu-isu semasa. hihi.









we have so much fun chit chat sampai kol 11.30pm! giler ah! apapun tahniah atas penganjuran, at least anis n ai boleh dah cuci tangan dari hal2 iftar ni, kami nak datang as tetamu je pulak. hihi.


p/s: comel souvenir tahun ni.

siap draft photo book #tripjalan part 1! sebulan!

18.7.2014

#pray4gaza #pray4MH17

akhirnya, siap jugak draft photo book #tripjalan part 1. gigil nak siapkan satu draft, hampir sebulan. hihihi. itulah dia, kalau rajin, cepat je siap, cuba kalau "segan", memang makan tahun lah nak siap. now dah boleh submit. voucher pun dah nak expire dah. lol.

proofs #tripjalan part 1. full album, sila nantikan e-flip album later, ok?







iftar geng U @tom yam kung, ayer 8, putrajaya

17.7.2014

iftar hari ni ialah iftar geng U. walaupun kehadiran gagal, cuma ada 3 orang je, tapi iftar masih juga diteruskan. hahaha. hari ni kami iftar di tom yam kung, ayer 8. presint 8. untuk pengetahuan tom yam kung ada gak branch lain kat putrajaya iaitu di presint 15. kami sampai kat restoran agak awal, dan makanan pun dihidangkan by stage bermula dari kol 7 pm. interm of presentation makanan memang nampak lazat. hehehe.

boleh dikatakan makanan dia mempunyai rasa, tapi mungkin kerana keadaan food dah sejuk, maka feeling kesedapan makanan tu dah hilang. tapi yang paling sadis tom yam kung dia, iskh udang pun hancur. hmm.

 
 sotong celup tepung (sedap) dan sotong serai (kureng)

 
 kangkung signature dish (sedap) dan tom yam kung (tak sedap, isi udang hancur)

 
ayam lemon (kureng) dan pulut mangga (serius sedap)

agak ramai yang iftar kat sini. sepanjang kami duduk menunggu, ada 2 insiden customer terjerit2 pasal service dan food. agak menyeramkan disitu. huhu.



walau bagaimanapun, kami tetap makan dengan gembiranya. Alhamdulillah, kenyang! ok, look forward untuk customer service yang lebih tip top!

projek kuih raya. edisi kuih dam

12.7.2014 

setiap kali nak raya, masa tu lah nak selak resepi kuih raya, panaskan oven, cari penimbang dan lain-lain. pusing punya pusing, tiap tahun pun kuih raya sama gak yang dibuatnya. seperti biasa kuih dam, kuih wajib famili masa raya. serius kuih ni punyalah leceh nak buat, tapi bahan dia simple dan rasa dia sedap. as usual ketua pembuat kuih dam ialah lia. oleh kerana misi kuih dam start lambat, the sisters kena turun dapur untuk susun2 adunan, potong dan bakar!

tahun ni dam kaler hijau kuning!



yeah, berusaha!

kapis sejenis makanan laut

11.7.2014

weekend ni parents cari ikan kat pasar basah pasir penambang kuala selangor. actually, kalau sebut pasir penambang tempat ni memang popular dengan restoran seafood yang sedap. hmm, tapi food operator and owner restaurant chinese, so tak pernah pulak lah nak pi makan kan. hihi. berbalik kepada cerita pasar basah, 1st time ai datang sini. eh, walaupun pasar (je?), tapi phew banyaknya fresh seafood!! oleh kerana, ramai orang luar dah mula beli ikan n seafood kat sini, maka harga dah a bit mahal untuk local. apa nak buat kan? pagi tu ai shop ikan pun dah cecah rm150, tapi ok la stok seminggu katanya. yang menariknya kat pasar ni, 1st time ai jumpa kapis! selalunya ada kat laut sabah je, no idea macam mana kapis boleh ada kat sini. apa lagi beli lah 1/2 kg, nak test rasa. 

untuk yang tak tau apa tu kapis, macam ni bentuknya. macam familiar je kan bentuk ni? hmm, logo shell??

iftar rakan sekerja @puffy buffy cafe, cyberjaya

8.7.2014

cerita iftar hari ni bersama geng cawangan yang bertempat di cafe puffy buffy cafe, cyberjaya. first time kami semua terjah cafe ni. apa agaknya yang menarik eh? hari ni ialah hari kedua puffy buffy buat buffet iftar. pilihan makanan yang cukup-cukup dan bagi ai worth la for money. ikut tekak masing-masing lah ye.


kami sampai di puffy buffy agak awal, masa ni semua staff dok buat prep lagi untuk iftar. hehehe. dah lapar ke? masa kami walk ini, terus rasa like dengan cafe ni sebab environment dia yang nampak fresh. combination colour biru, pink n putih is so ngam. sesuai la dengan jiwa muda kami. hahaha. kami isi masa lapang dengan borak2, amik gambar sana sini dan usha kek2 yang menarik. phew. macam sedap jeeee. 






masa berbuka tiba. Alhamdulillah :-)


secara keseluruhannya, makanan untuk buffet ada rasa dan sedap la jugak untuk kami. cuma ada beberapa makanan yang dah tak panas mungkin sebab dah disediakan awal dan air cond cafe terlalu sejuk. memang santai la geng2 kami makan. tak reti2 nak balik walaupun ramai orang dah mula beransur pulang. yang bestnya, adik apam balik (sedap woo apam balik ni) siap tapau 2 bungkus apam balik untuk kami. 


p/s: tempat solat ada disediakan, tapi not up to standard la, sebab guna bilik belakang kat butik atas cafe. sabar je lah!

gambar random

7.7.2014

kenapa banyak sangat rama-rama giant sekarang ni? kat office pun penuh rama-rama giant ni. ada seekor dok lekat kat cermin kat level 4. phew.



posted from Bloggeroid

iftar hari ini

6.7.2014

Alhamdulillah, hari puasa ke 8! hari ni buka kat luar (bawa diri) bagi memberikan laluan dan keselesaan kepada hm yang bawa family kat rumah sewa kami. hmm. di mana lokasi? alamanda lah baru sempat layan maleficient seround!

selamat berbuka semua.


posted from Bloggeroid

promo ramadhan #pixajoy

4.7.2014

bila musim puasa tiba, macam-macam promo muncul. sale apa lagi. tinggal banyak fulus atau tak je. hahaha. as usual, pixajoy kembali dengan promo ramadhan/raya. ye lah, masa raya kan sakan nak amik gambar dengan kepelbagaian cara dan rupa. mana nak tayang baju, kuih raya, famili dan lain-lain. 

kalau dah sakan bergambar, kenalah sakan ber photo book? eh? kalau korang nak jimat belilah sebelum esok (5.7.14) sebab ada diskaun. 



ai mode insaf sekejap. now dah ada 5 mini layflat, 3 cool image wrap punya voucher. yang cool image wrap tu dah ada project (in progress) tinggal yang mini-mini tu dok tengah pikir nak buat pe. hahaha. tapi, memandangkan cik kecik qila punya photo book, ma'long tak buat-buat lagi, maka kena beli gak lah promo kali ni- aim cheap n chic je. hahaha.

p/s: nizam tu la ko asik stalk blog aku je, hadap la citer pixajoy ni. hahahaha.

sejarah hari ini #ajteam

3.7.2014

hari ini boleh dikatakan hari yang bersejarah jugak untuk ai n my #ajteam. finally, meeting pertama #mjmm dah berlangsung. Alhamdulillah, cukup kuorum dan mesyuarat boleh dijalankan. so, food analyst out there, cepat2 register yourself, OK?!

oh july!

1.7.2014

salam ramadhan dan salam bulan baru. amacam posa ke tak hari ni. hahaha :-) cepat kan masa berlalu, banyak lagi cita-cita yang belum tercapai. apapun semoga ramadhan kali ini akan dimanfaatkan dengan baik, segala ibadah kita akan diterima oleh Allah.

selamat datang july, please be good. haha!


anak buah ma'long is so kepohci. syok aaaa, dok ngan atuk n tok mak, pipi masing2 dah membolat. hahaha.

Powered by Blogger.