Trip #VM2014 (Utara) Part 4: Perlis

2.6.2014

hari terakhir untuk trip #vm2014 edisi utara noooo! bangun pagi dengan rasa yang amat segar, masing-masing cukup tido (pool dalam satu bilik!) nyaman sekali tido kat homestay ni walaupun masing-masing seram nak bangun ke bilik air bila terjaga tengah malam. aptb lah!


breakfast pagi ni ditaja oleh kak long kawasan aka cik wi. pergh, masa kami sampai kat rumah cik wi, makanan breakfast dah siap terhidang! penuh satu meja. menunjuk skill masak ke cik wi? apapun rezeki kami lah ni. huhu.



hmm, kenyang bangat! sedap betul nasi lemak sambal sotong cik wi. teringat-ingat kesedapannya. belum lagi cerita makan pulut durian, memang syok habis. terima kasih daun keladi cik wi, lain kali kami datang lagi. eh? around 9.30 am, kami minta diri untuk meneruskan agenda yang tercatat dalam itinerary. 


kami menuju ke Padang Besar, tempat wajib di "lawati" apabila sampai di Perlis. hahaha. perjalanan ke Padang Besar melalui Chuping, tempat yang terkenal dengan penanaman tebu. walau bagaimanapun, kami tak nampak pokok tebu pun! yang ada cuma kawasan lapang dan anak pokok getah. benarlah kata orang, penanaman tebu di Chuping hampir menjadi sejarah. 


kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. kawasan arked niaga kat sini ada blok lama dan baru. kami decide nak terjah masuk blok lama. walaupun jam menunjukkan pukul 10 am, kebanyakan perniagaan baru je nak bermula. sekali imbas macam takde apa sangat yang menarik untuk kitaorang. ada banyak kedai baju, makanan dan household item. aim ai bila sampai Padang Besar ni nak beli toto. kat luar kawasan arked ni, ada beberapa kedai yang menjual toto, apa lagi masa untuk membeli 2 toto king size, setiap satu berharga rm42. 



usai mencuci mata di Padang Besar, kami teruskan perjalanan ke Gua Kelam. kami arrived around 11.30 am. masih awal pagi untuk sesi lawatan ke Gua Kelam agaknya sebab tak ramai sangat pengunjung. mula-mula kami tak plan nak masuk gua sebab tak rajin nak berjalan. tapi bila dah bayar fee masuk rm1 dan sampai kat muka pintu gua, rasa bersemangat pula. hehehe.





at first, kami plan nak jalan 50 m je, tup2 habis sampai 340 m sehala. syabas! dalam gua ni macam-macam la boleh tengok. kalau pencinta alam gua mesti lebih teruja kot. kami teruja gak, tapi takut pun ada, buatnya tiba-tiba gua runtuh ke apa, tak ke naya? over kan nak berimaginasi. hehehe.

 

geli pula tengok batman tido. eiii.




gigih dan penuh semangat kesukanan merentas gua kelam. ok gambar sebagai bukti kejadian. 


seterusnya kami menuju ke Tasik Timah Tasoh. kebetulan ada event SUKMA untuk game perahu layar. masa kami sampai game tak start lagi, kami posing je lah. huhuhu.



tak lengkap rasanya perjalanan ke Perlis kalau tak melawat ladang harumanis. around 1 pm, kami telah singgah di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis (kelassss sangat!) tak jauh dari pusat taman-taman kat Perlis ni. memandangkan season harumanis kat ladang ni dah habis, pusat operasi/ kafe pun dah tutup. walau bagaimanapun, peluang untuk merasai kenikmatan harumanis secara live masih ada. ada gerai2 yang jual buah harumanis, jus dan pulut mangga kat luar kawasan pusat ni.




masa tengah hari terik ni, segelas jus mangga harumanis memang terasa nikmatnya kat tekak. nyaman amat! kena pulak dengan pulut mangga yang mantap, perghhh memang terbaik lah! 




masa semakin mencemburui perjalanan kami. hehehe. kami meneruskan perjalanan ke tempat makan yang cukup terkenal kat Perlis ni iaitu Anjung Keli. kami sampai dalam kol 2 pm, dan seperti dijangka waktu ni masih ramai orang mungkin sebab cuti sekolah atau orang nak tengok SUKMA. semua pakat lapar nak makan kat Anjung Keli.



pelbagai jenis lauk ada dihidangkan kat Anjung Keli ni dan rasanya pun sedap. tak rugilah kalau makan kat sini. lunch kami pulak telah dibiayai oleh DJ, patutlah bertambah2 kesedapannya. hahaha.



muka puas hati dapat makan kat Anjung Keli.


Alhamdulillah, trip #vm2014 edisi utara telah sampai kemuncaknya. overall kami memang teruja dengan kesedapan makanan dan tempat2 yang menarik untuk dilawati. actually banyak lagi tempat yang boleh diterjah, tapi kami kesuntukan masa deh! tqvm kepada semua yang telah menjayakan trip kali ni, especially to DJ n Irma yang gigih memandu dengan cermat walaupun letih! 

okey, korang semua jangan lupa, mari sama-sama kita jayakan Visit Malaysia 2014! awas, jangan pandang sebelah mata lokasi pelancongan dalam negara kita. chow!

0 comment:

Powered by Blogger.